17 November 2010

SAMBUTAN AIDIL ADHA & MAJLIS KORBAN HPA ZON TENGAH

/

Dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Nurul Iman Masjid Serendah, HPA Zon Tengah dan Kelab Pemimpin AlWahida (KPA) akan mengadakan Majlis Ibadah Korban dan Sambutan Aidil Adha warga HPA di perkarangan Masjid Nurul Iman Serendah pada hari SABTU 13 ZULHIJJAH 1431H bersamaan 20 November 2010

Tentatif program adalah seperti berikut:

20 Nov 2010 (SABTU)

6.45 am : Berkumpul di Masjid

7.00 am : Upacara Sembelihan korban 2 ekor lembu

8.00 am : Melapah lembu korban

8.30 am : Taklimat program

Pembahagian tugas- Gotong Royong

9.00 am : Pertandingan melukis untuk kanak-kanak

Peringkat umur ( 12 tahun ke bawah)

10.45 am : Pengagihan daging korban kepada nama yang tersenarai

11.00 pm : Ceramah Korban

Penceramah – Ustaz Ahmad Adnan Fadhil

12.00 pm : Ucapan dari pengerusi Masjid Nurul Iman

Ucapan dari Presiden KPA PJS En Hafidzan Faudzi

Ucapan dari Pengurus Zon Tengah

Penyampaian Hadiah kepada para pemenang

Penyampaian Cenderahati kepada pihak Masjid

01.15 pm : Solat Zohor

02.00 pm : Jamuan Aidil Adha

03.00 pm : Bersurai


Sehubungan dengan itu semua pengedar HPA khususnya dikawasan berhampiran dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Pihak HPA menyumbang 2 ekor lembu dan 100 ekor ayam organik untuk tujuan majlis ini. 1 ekor lembu akan diagihkan daging mentah manakala lagi 1 ekor akan dimasak bersama ayam organik untuk jamuan aidiladha selepas solat zohor.

Pengarah Program: En Ahmad Zaharuddin Bin Kamaruddin (Setiausaha Masjid Nurul Iman)

Tim. Pengarah: PJ Abdul Jamil bin Osman (Pengerusi Komuniti HPA Rawang / Serendah)

Semua PJS, Pelapis PJS, Jawatankuasa Komuniti HPA di Zon Tengah dan semua pengedar HPA khususnya yang berdekatan dijemput hadir. Digalakkan datang awal (selepas subuh) untuk menyaksikan sembelihan korban yang akan dilakukan oleh AlFadhil Us Ahmad Fadhil Setiausaha Panel Syariah HPA.

/

15 November 2010

MAJLIS SAMBUTAN AIDILADHA & IBADAH KORBAN

Di jemput semua warga HPA ke SAMBUTAN AIDILADHA & IBADAH KORBAN dengan kerjsama Pusat Operasi HPA zon tengah, KPA dan Masjid Nurul Iman, Serendah pada:
Tarikh : 20 November 2010 (Sabtu)
Masa : 8 pg - 3 ptg
Tempat : Perkarangan Masjid Nurul Iman, Serendah

Pelbagai acara akan diadakan...

* Kepada semua PJS dan Kelab Pelapis PJS KPA di haruskan membawa kuih muih

PERUBAHAN JADUAL KELAS MINGGUAN


HALALKAH PENYEMBELIHAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MODEN?

Inilah logo rasmi Halal Jakim yang terbaru


Us. Mohd Amri (berbaju biru) bersama pegawai penyelidiknya

Penolong Pengarah Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal JAKIM, Ustaz Mohd Amri Abdullah sekali lagi dijemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan bidang kuasanya di Menara HPAIC pada malam ini .

Kali ini beliau akan menyampaikan topik Persoalan Halalkah Penyembelihan yang dilakukan dengan menggunakan kaedah teknologi moden. Jemputlah hadir beramai-ramai.

Butiran lanjut adalah seperti berikut

Program : Teknologi Moden dalam Penyembelihan Halal
Tarikh: 15hb November 2010
Masa: 8.30 malam - 11.30 malam
Penceramah: Oleh : Ustaz Mohd Amri Abdullah
Tempat: HPA International Center, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Datang beramai-ramai bagi menambahkan pengisian ilmu.


Inilah ayam yang banyak dijual di pasaraya yang dimiliki oleh orang bukan Islam. TESCO pernah disaman RM1.6 juta kerana menjual ayam yang tidak disembelih seperti ini.
/

14 November 2010

KULIAH HADITH BERSANAD THIBBUN NABAWI DI HPAIC


Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil, ( S/U Penal Syariah HPA ) akan menyampaikan Kuliah Hadith Sahih Bukhari yang akan menjelaskan 100 hadith secara talaqqi bersanad. Para peserta akan dapat ilmu yang boleh dijadikan sokongan kepada hujah - hujah " Mengapa Perlunya Perubatan Jawi " insyaallah. Butiran adalah seperti berikut :


Tarikh : 21 November 2010 ( Ahad )

Tempat : Dewan HPAic, Shah Alam

Masa : 8:00 pagi - 5:30 petang

Perserta : 100 orang shj.

Bayaran : RM 50.00

* Untuk makan para peserta.


Sebarang pertanya berkaitan program tersebut dan untuk pendaftaran peserta sila hubungi Pn. Azira di talian 019-4548727.

13 November 2010

AHLI HPA SEKITAR TAIPING....DAFTAR RAMAI-RAMAI


PELAN PEMASARAN HPA TERBAIK DALAM DUNIA PERNIAGAAN MLM

Presiden Kelab Pemimpin AlWahida (KPA) menerima cenderahati dari Penolong Pengurus Besar HPA Zon Tengah Pn. Zaimah Ismail selepas selesai Majlis Pemantapan Pelan Pemasaran HPA di Menara HPAIC di Shah Alam.



12 Nov di HPAic Shah Alam, Presiden KPA Pjs Hafidzan Faudzi menegaskan bahawa Pelan Pemasaran HPA adalah antara yang terbaik dalam perniagaan MLM di seluruh dunia. Alhamdulillah kehadiran adalah 150 orang di HPAic semalam.

Kelebihan yang terdapat dalam Pelan Pemasaran HPA

1. Bonus Kongsi Keuntungan Syarikat (Profit Sharing) pada BONUS PEMBELIAN STABIL, BONUS KEMAJUAN JARINGAN dan BONUS PENGARAH JATI SETIA.

2. Bonus Royalti / Pencen pada BONUS GENERASI PANGKAT dan BONUS PENGARAH JATI (EMAS / INTAN / MAHKOTA)

Menurutnya lagi walaupun struktur organisasi perniagaan MLM HPA ini berbentuk piramid, tetapi kaedah pemberian bonus HPA berbentuk piramid terbalik. Bermula dari 6% pada generasi pertama sehinggalah kepada 2% pada generasi ke 6 hingga ke generasi ke 10. Generasi ke 7, 8, 9 dan 10 hanya dibayar kepada PJS. Begitu juga bonus Generasi PJ dalan bonus PJE/I/M bermula dari 5% pada generasi 1 dan 1% pada generasi ke 5.

Beliau juga menjelaskan bahawa Kejayaan kita bukan bergantung kepada upline tetapi bergantung kepada sejauhmana kita dapat menguruskan downline dengan baik. Lagi besar Nilai Mata yang dikumpulkan oleh downline kita, maka besarlah bonus kita walaupun pangkat kita rendah. Sebaliknya walaupun besar pangkat kita, jika Nilai Mata yang dikumpulkan oleh dowline kita itu rendah maka rendahlah bonus kita.

Sebaiknya untuk mendapatkan bonus yang lebih besar Pangkat kita mestilah tinggi dan Jumlah Nilai Mata kumpulan kita juga mestilah besar.

11 November 2010

ALHAMDULILLAH...... TURUN HARGA

RAHSIA KEHEBATAN PELAN PEMASARAN MLMS HPA

Pengajian Thibbun Nabawi Bersanad

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, S/u Panel Syariah HPA akan menyampaikan Kuliah Hadith Sahih Bukhari yang akan menjelaskan 100 hadith secara talaqqi bersanad. Para peserta akan dapat mengaji 100 hadith-hadith berkenaan perawatan yang boleh dijadikan sokongan hujah-hujah mengapa Perawatan Jawi insyaAllah. Butiran adalah seperti berikut:-

Tarikh: Ahad, 21 November 2010
Masa: 8 pagi - 11:30 mlm
Tempat: HPAic
Bilangan peserta: Terhad 100 peserta pertama

Kepada yang berminat, tn/pn boleh menghubungi melalui sms:-
Pn Azira, 019-454 8727.

Ke arah perawatan Jawi!

BENGKEL IT KPA BERSAMA GM















SEMUA PJS, PELAPIS DAN AJK KOMUNITI KPA DIMINTA HADIR !

Tarikh : 30 Nov 2010 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 1 ptg
Tempat : HPAic, Seksyen 13, Shah Alam.
Tetamu :
En. Mohammad Faisol Abdul Rahman, GM AWM
Ust. Ahmad Adnan Fadzil, GM Zon Tengah

Pengarah program :
PJS Jamaluddin Yeop Majlis
Ketua Unit IT KPA

10 November 2010

TAKZIAH BUAT PJS CIKGU NADZRI SEKELUARGA






AL FATIHAH

Takziah kepada PJS Cikgu Nadzri dan PJS Noormah sekeluarga di atas pemergian anak mereka kembali kerahmatullah pagi tadi.

Muhammad Adi Aqwa bin Mohd Nadzri (30.6.1993-10.11.2010)
(Anak ke-9 PJS Hj Mohd Nadzri, Tikam Batu)

*Meninggal dunia - terlibat di dalam kemalangan
[Solat Jenazah di Masjid Barakah Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah
insyaAllah selepas solat Zohor 10.11.2010 / 3.12.1431 Rabu]

08 November 2010

GARAM BUKIT HPA (Halagel) berasal dari Gunung Himalaya

Pengarah Urusan Halagel Sdn Bhd En Mohamad Yakob Munshi Deen menerima cenderahati dari Presiden KPA selepas membentangkan kertas kerja mengenai Gelatin Halal dan Kelebihan Garam Bukit Halagel yang dipasarkan oleh HPA di Menara HPAic pada 7 Nov 2010.

Garam Bukit HPA (Halagel) adalah garam yang berasal dari kawasan Gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling tulen, berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geometrik kristal yang amat sempurna.

Suatu ketika dahulu garam bukit dikenali sebagai "Raja Garam atau emas putih" kerana ia hanya dihidangkan kepada golongan diraja sahaja. Elemen garam yang amat kecil memudahkan sel badan kita untuk menyerap unsurnya. Ia tidak cerna dalam badan malah ia tidak mengandungi kalori merbahaya.

Garam bukit Hpa mengandungi 84 elemen semulajadi yang diperlukan oleh badan kita. Sebaliknya garam biasa (dari laut) selepas proses pembersihan hanya mengandungi natrium klorida dan bahan tambahan (bahan awet).

Garam bukit Hpa dihasilkan secara semulajadi selama jutaan tahun dapat membebaskan tenaga didalam badan kita dan dapat menyeimbangkan kadar metabolisma tubuh. Sedangkan garam laut yang melalui proses kimia bukan dihasilkan secara semulajadi akan bertindak sebagai racun dimana tubuh sendiri cuba menyingkirkannya secepat mungkin untuk melindungi dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh kita untuk menyingkirkan garam laut yang kaya dengan Natrium Klorida terutama pada organ penyingkiran seperti ginjal.

Sekiranya kandungan Natrium Klorida terlalu tinggi dan badan gagal menyingkirkannya, pengkristalan semula berlaku dimana badan akan menggunakan proten lemak haiwan yang tidak dicernakan untuk membentuk asid urik supaya dapat menghindarkan garam.

Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urid, asid urik akan mengikat dirinya dengan natrium klorida untuk membentuk kristal baru dan menempatkan dirinya terus kedalam sendi tulang dan berlakunya sakit sendi (arthritis) atau Ghout.
Oleh itu selamatkanlah diri dan keluarga anda dengan menggunakan garam bukit HPA yang semulajadi tanpa bahan tambahan dan pewarna.

Gunakanlah Garam Bukit HPA! Lebih berkhasiat, lebih tulen dan lebih bersih..

Cuma RM2 sepeket dan dapat o.25 Nilai Mata kepada pengedar HPA.

Dapatkan segera di semua cawangan Hpa yang berhampiran atau melalui mana-mana stokis. /



07 November 2010

PELANCARAN MAJALAH IKON & MINYAK WANGI AKHIL HAYY

LENSA: kpa2u.blogspot.com



LENSA HQ :hpagroup of companies


04 November 2010

Halalkah Produk Bergelatin pada hari ini?


Ahad 7 November 2010 akan diadakan seminar bertajuk "Halalkah produk yang dibuat menggunakan gelatin pada hari ini?" yang akan disampaikan oleh En. Mohamad Yakob bin Munshi Deen, Pengarah Urusan Halagel Sdn Bhd. Seminar akan bermula pada pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam. Datang beramai-ramai bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan kesedaran tentang halal haram makanan dan minuman.

01 November 2010

Jualan HPA Malaysia dan Indonesia kini RM23juta sebulan


HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) milik Bumiputera terbesar di negara ini, menyasarkan mempunyai pasar raya besar berkonsep produk halal dan suci keluaran orang Islam sendiri dalam tempoh lima tahun akan datang.

Keyakinan itu bersandarkan HPA yang juga MLM berkonsep syariah bermula daripada jualan daripada rumah ke rumah sebelum dinaikkan taraf kepada cawangan, halal mart dan terbaru HPA Halal Mall yang dilancarkan pada 2 Oktober lalu.


Majlis pelancaran HPA Halal Mall itu bersamaan dengan perasmian mercu tanda HPA dikenali HPA International Center (HPAIC) yang bernilai hampir RM60 juta di Seksyen 13, Shah Alam Selangor pada hari yang sama, disempurnakan Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad bersama lebih 2,000 Pengarah Jati Setia (PJS) dan ahli syarikat itu dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Brunei.

Ismail berkata, pelancaran HPAIC bermakna ‘gelombang kedua’ yang harus dilalui semua warga syarikat itu selepas kejayaan yang diraih syarikat yang bermula dengan modal permulaan hanya RM3,000 pada 1998, tetapi kini mencatatkan jualan hampir RM20 juta sebulan di Malaysia dan RM3 juta di Indonesia.


“Permintaan produk halal di seluruh dunia tahun ini saja berjumlah RM7.1 trilion dan HPA melihat peluang yang cukup besar untuk HPA kerana perjuangan kita selama ini untuk membawa produk halal dan suci kepada ummah.


“HPA Mall adalah langkah awal untuk kita merealisasikan impian mempunyai emporium produk halal dan suci kita sendiri pada masa depan dengan sasaran kita pasar raya besar di atas jenama kita akan dibuka selewat-lewatnya lima tahun lagi,” katanya.

Menurutnya, HPA yakin pemasaran tidak menjadi masalah kerana selain mempunyai lebih 670,000 ahli yang komited di Malaysia dan 250,000 di Indonesia, Kemboja, Thailand dan Brunei, produk halal dan suci dicari semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.


Ismail berkata, masalah utama untuk HPA membuka pasar raya besar sekarang ialah faktor kekurangan produk.

“Perancangan HPA ialah selain produk yang kami keluarkan sendiri, syarikat ini juga menjadi pemasar bagi produk orang Islam yang dikenal pasti halal dan suci serta daripada bahan bermutu,” katanya.


Disebabkan itu, katanya, HPA kini melaksanakan program khas untuk mencari usahawan Bumiputera menjadi rakan niaga kepada HPA.


Sumber: Harian Metro Business News 1 Nov 2010