SEKRETARIAT ini ditubuhkan sebagai penyelaras segala aktiviti yang dilakukan di dalam ZON TENGAH (PERAK, WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR) agar berbetulan dengan kehendak HPA. Kerjasama yang erat diharap dari semua pihak samada daripada pihak pengurusan zon, cawangan dan pemimpin-pemimpin agar mengutamakan matlamat syarikat daripada kepentingan peribadi. KESATUAN HATI dan FIKRAH akan menghasilkan KEJAYAAN UMMAH dalam memartabatkan PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA. 1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH
31 July 2011
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KOWAHIDA KALI KE 5 DI HPAIC
Sila klik imej dibawah untuk melihat senarai nama perwakilan ke mesyuarat agung KOWAHIDA kali ke 5 di HPAIC Shah Alam pada hari Sabtu 6 Ogos ini.
30 July 2011
Maklumat Bengkel ESP siri 1 dan siri 2
Adalah dimaklumkan bahawa BAHAGIAN LATIHAN ZON TENGAH akan mengadakan Bengkel Lanjutan ESP iaitu Bengkel ESP 1(Bengkel Keusahawanan MLMs) & Bengkel ESP 2(Teknik Penajaan Efektif) di Cawangan-cawangan utama terpilih. Maklumat bengkel adalah seperti berikut:-
TARIKH | PROGRAM | TEMPAT | MASA | TERMA&SYARAT |
6 OGOS 2011 (SABTU) | BESP 1 (Bengkel Keusahawanan MLMS) | CAWANGAN BANGI | 8.30AM-5.00PM | PESERTA ESP ‘PERCUMA’, BUKAN PESERTA ESP BAYARAN RM50 TERHAD 50 ORG |
7 OGOS 2011 (AHAD) | BESP 1, IFTAR, SOLAT TERAWIH, KULIAH MAGHRIB PENCERAMAH: Al Fadhil Ustaz Ahmad Adnan Fadzil | CAWANGAN RAWANG | 8.30AM-10.00PM | PESERTA ESP ‘PERCUMA’, BUKAN PESERTA ESP BAYARAN RM50 TERHAD 50 ORG |
13 OGOS 2011 (SABTU) | BESP 1, IFTAR Bersama GM Mohamad Faisol Ab Rahman, SOLAT TERAWIH | CAWANGAN IPOH | 8.30AM-10.00PM | PESERTA ESP ‘PERCUMA’, BUKAN PESERTA ESP BAYARAN RM50 TERHAD 50 ORG |
17 OGOS 2011 ( RABU) | BESP 2 (Teknik Penajaan Efektif) | DEWAN HPAIC | 8.30AM-5.00PM | PESERTA ESP ‘PERCUMA’, BUKAN PESERTA ESP BAYARAN RM50 TERHAD 50 ORG |
SEMUA cawangan, kiosk dan halal mart samaada tersenarai ataupun tidak bolehlah membuat hebahan kepada umum berkenaan perkara ini. Keprihatinan dan kerjasama semua pihak berhubung perkara ini AMATLAH diharapkan. Pendaftaran terus kepada Pegawai Latihan Zon Tengah 019-4490082, 013-6265260, 019-4454564(sms nama, no tel, no ic peserta)
28 July 2011
PERASMIAN SAWAH PADI ORGANIK HPA DI KELANTAN
Alhamdulillah sawah padi (bendang atau baruh) organik seluas 8 ekar di Tunjung Kota Bharu Kelantan telah diresmikan penanamannya oleh Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail bersama sebahagian PJS dari seluruh Malaysia.
Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah Exco Kerajaan Negeri Kelantan YB Dato' Hj Hussam Musa
Dalam ucapan aluannya Dato' Hussam amat mengalukan usaha HPA dalam penanaman padi organik di Negeri Kelantan. Beliau juga mencadangkan selepas ini pihak HPA juga dapat menggunakan DINAR EMAS dalam pemberian bonus pengedar dan gaji pekerja. Ini akan melengkapkan lagi usaha HPA dalam memertabatkan ekonomi ummah dalam misi dan visinya.
Selepas majlis perasmian, semua para hadirin yang terdiri dari para pemimpin HPA dari seluruh Malaysia dihidangkan makanan masakan kampung.
26 July 2011
95 lagi ikuti Bengkel Keusahawanan dan Kepimpinan MLMS di Zon Tengah
/
Manakala di HPAIC pula pada hari yang sama seramai 55 orang peserta mengikuti bengkel ESP siri 1 buat kali ke 6. Berikut adalah gambar para peserta yang mengikuti bengkel di HPAIC Shahl Alam pada 23 Julai 2011.
Peserta lelaki
Peserta Wanita
Mentor bersama Speaker, Presiden KPA dan AGM Zon Tengah
24 July 2011
Kuih Hari Raya HPA keluaran Melaka Halal Hub
Bersempena dengan sambutan Hariraya tahun ini 1432H, pihak Melaka Halal Hub telah menyediakan kuih raya berjenama HPA yang telah pun berada di pasaran melalui cawangan HPA di stesyen utama.
Kepada semua pengedar HPA bertuah kerana semua kuih raya yang telah pun dipasarkan ini mempunyai 2NM.
Harga Pengguna RM 27.00
Harga Pengedar RM25.00 beserta 2NM ganjaran.
10 jenis kuih raya dalam seperti dalam gambar disebelah ialah seperti berikut:
1. MR31 BLUEBERRY TART
2. MR43 ALMOND LONDON
3. MR55 1 UMMAH
4. MR56 ALMOND SLICE
5. MR57 BUBBLE CHOCOLATE
6. MR58 COCONUT COOKIES
7. MR59 TOP-TOP CRISPY
8. MR60 EAGLE EYES COOKIES
9. MR61 COKLAT CHIP COOKIES
10. MR62 OAT COOKIES
22 July 2011
Bengkel ESP siri 1 kali ke 6 di HPAIC dan kali pertama di Ipoh.
1. Dewan Utama Tingkat 1 Menara HPAIC Shah Alam
2. Dewan Seminar Tingkat 2 HPA Cawangan Ipoh Perak.
Daftar segera pengedar dibawah jaringan anda samada yang sudah mengikuti mana-mana ESP di seluruh Malaysia (yuran PERCUMA)ataupun yang belum mengikuti ESP (yuran rm50.00) dengan menghubungi Pegawai Unit Latihan HPA Zon Tengah di Hpaic Shah Alam:
013-6265260 (Hasbi)
019-4554564 (Nurul Lail)
019-4490082 (Atikah)
019-4548727 (Azira)
31 MENTOR diberi Latihan Pengendalian Bengkel ESP.
Seramai 31 orang peserta terdiri daripda PJS dan Pelapis PJS KPA terutama sekali kepada bakal menjadi Mentor menghadiri Latihan Kejurulatihan (Train The Trainer) di Dewan Utama, Menara HPAic, Shah Alam, Selangor bermula dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang 21 Jul 2011.
Kursus ini diadakan untuk memberi Mentor kefahaman bagaimana menjadi pembimbing dan fasilitator yang lebih efektif lagi supaya objektif laluan kejayaan akan dapat direalisasikan dengan lebih berkesan lagi.
Modul 1: 9:00pg -11:00 pagi: Andragogi Pemantapan Peranan Mentor disampaikan oleh PJS Mohd Ismahali Hj Ismail, Setiausaha merangkap Ketua Unit Latihan KPA.
Modul 2: 11:30 pagi – 1:30 tghari: Pengendalian LDK Efektif disampaikan oleh PJS Hafidzan Faudzi, Presiden KPA.
Modul 1: 2:30 – 4:30 ptg: Mentor-Mentee : Kearah Melahirkan Usahawan Herbalis HPA Cemerlang dan bagaimana mendapatkan peserta ESP & BESP disampakan oleh PJS Cikgu Hj. Murad Abu Bakar, Presiden PERJAWI.
5:00 petang: Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Penyertaan Mentor KPA dilaksanakan oleh Puan Zaimah bt Ismail, Penolong Pengurus Besar, Zon Tengah.
Gambar dirakam dan disunting oleh : PPJS Hj Mohamad Ismail www.hpakrinchi.blogspot.com
20 July 2011
Latihan Kejurulatihan (Training The Trainer) di HPAIC 21 JULAI
Tentatif Program
Tarikh: Hari Khamis 21 Julai 2011
Tempat: Dewan Utama Menara HPAIC Shah Alam.
Pendaftaran bermula
11.00pg -1.00tgh:
Modul 2:- Andragogi Pemantapan Peranan Mentor - PJS Mohd Ismahali Hj Ismail
2.00 - 4:30ptg
Modul 3:- Pengendalian LDK Efektif-PJS Hafidzan Faudzi
4:30ptg
Penutup & Sijil Mentor KPA
5:00ptg
Bersurai
19 July 2011
JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN KILANG AIR ALKALI DAN PADI ORGANIK HPA DI KELANTAN
SESI PERTAMA (PAGI)
10.00 - 11.00 am :
Menyambut kedatangan PU, GM & PJS
11.00 - 12.45 am:
Melawat Tapak Sawah Padi di Tunjung, Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan.
Taklimat dan Perasmian Sawah Padi Organik
Simbolik Perasmian Padi Organik
12.45 - 1.30 pm :
Makan Tengahari
2.00 pm :
Rehat dan Solat Zohor.
SESI KEDUA (MALAM)
07.00 - 07.30 pm :
Makan Malam "Gulai Nasi Kawah"
07.30 - 08.45 pm :
Solat Maghrib berjemaah
Kuliah Maghrib oleh Ustaz Johari Mat.
Solat Isyak berjemaah.
08.45 - 09.00 pm :
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
09.00 - 09.15 pm :
Persembahan Ar-Rasy
09.15 - 11.00 pm :
Kuliah Perubatan Jawi & Perasmian Kilang Air Alkali oleh
Pengarah Urusan Tn Hj Ismail Hj Ahmad.
Tandatangan Plug Perasmian (Simbolik Perasmian)
11.00 - 11.15 pm :
Persembahan Dikir Ar-Rasy
11.15 -11.30 pm :
Cabutan bertuah
11.45 pm : Bersurai.
18 July 2011
Himpunan 1000 pengedar HPA dalam ESP musim kedua di Shah Alam.
Al Fadhil Us. Zolkarnain memberikan Kefahaman pentingnya meluruskan niat kerana Allah di dalam slot pertama. Diikuti dengan penjelasan dari Pjs Us. Jamaluddin Jusoh Al hafiz yang memberi Kesedaran Makanan Kesihatan mengikut sunnah Rasul.
Manakala Pjs Us Ramizu dan Pjs Siti Abidah memberikan kefahaman tentang pentingnya menjaga kesihatan lelaki, warga emas, wanita dan kanak-kanak untuk beribadah kepada Allah dan memperjuangkan produk halal yg menjadi tanggungjawab kita bersama dan mengajak semua peserta merasakan bertanggungjawab untuk mencukupkan produk halal di atas muka bumi ini.
Presiden KPA Pjs Hafidzan Faudzi pula dalam slotnya Pelan 3 tahun bersama HPA mengajak para peserta supaya dapat menJana Pendapatan utk kekuatan ekonom...i Ummah dan Kebersamaan dalam Mencukupkan Produk Halal Tanggungjawab Bersama.
Pn. Azira Mamat Pegawai Latihan dan Promosi Hpa International Centre dipilih mewakili staf memberikan pengalamannya 4 hun bersama HPA dan menceritakan Kenapa ia bersama HPA.
5 IKON leader terdiri daripada pejuang HPA lama dan baru telah menggegarkan dewan dengan suntikan semangat dan roh perjuangan mengangkat maruah ummah pada sudut fizikal, emosi, mental dan kerohanian Islam. (Ekonomi,Pengubatan, Pemakanan, Pendidikan dan Tanggungjawab Sosial). Mereka ialah PJS Hj Rahmat Daim Timbalan Presiden KPT, PJS Hj Rosmandi Ishak Timbalan Presiden KPA dan 3 orang pelapis PJS dari KPT.
Peserta juga telah diijazahkan sanad hadis perubatan Islam daripada SU Panel Syariah. 50 peserta telah menerima undian hadiah istimewa. Persembahan nasyid kumpulan Ar Rasyy membawa lagu Aurat Wanita, Isteri Mithali, HPA Boleh, Permaidani, Teman Sejati. Akhirnya 1000 peserta menyanyikan lagi MENUJU WAWASAN ...ISLAM BOLEH ! berpautan tangan dan ditutup dengan alunan Doa Rabitah......Peserta juga menerima 2 sijil iaitu sijil sanad hadis dan sijil penyertaan ESP....walaupun hadir secara PERCUMA.
3 orang pengerusi majlis yang sangat mencerikan majlis ialah:
1. PJS CIKGU SANI IBRAHIM dari Perak
2. PJS CIKGU WAN HARIMAN dari Terengganu
3. PJS ISMAHALI setiausaha KPA dari Selangor.
15 July 2011
AJK KPA kongsi pengalaman di Cawangan Ipoh.
Isnin 11 Julai, pimpinan KPA diketuai oleh Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha dan semua ketua zon mengadakan lawatan sambil memberikan sedikit motivasi dan perkongsian pengalaman kepada para pengedar yang menghadiri kelas mingguan di dewan kuliah Cawangan Hpa Ipoh. Mereka terdiri daripada Pjs Hafidzan Faudzi, Pjs Rosmandi Ishak, Pjs Ismahali, Pjs Jamaluddin Yeop Majlis, Pjs Ahmad Azam Jaafar, Pjs Fauzani Abd Rahim dan Pjs Us Safuan Pamidi. Manakala Pjs tempatan yang hadir ialah Pjs Hj Jamaluddin Mohd Noor, Pjs Cikgu Sani Ibrahim, Pjs Nik Ahmad Shaikhan dan Pjs Abdul Jalil. Majlis dipengerusikan oleh Pelapis Pjs Rahaizan Mohd Noor dari Manjung Perak.
Dalam mesyuarat bersama komuniti Ipoh selepas itu, kelas mingguan yang telah ditetapkan oleh Komuniti akan diteruskan pada setiap hari Jumaat malam dan para pimpinan Kpa akan hadir sebulan sekali mengikut jadual yang akan dibuat oleh Sekteriat Latihan KPA selepas ini selain dari jemputan khas komuniti untuk menjemput mana mana pimpinan HPA dari seluruh Malaysia.
Mesyuarat bersama pada malam itu juga memutuskan pada hari Khamis 28 hb Julai ini akan diadakan Majlis Iftar (Majlis Berbuka Puasa Sunat hari Khamis) bersama Setiausaha Panel Syariah Ustaz Ahmad Adnan Fadhil dan jawatankuasa KPA yang kebetulan dalam perjalanan ke Program ESP2 Zon Utara di Sg Petani Kedah.
Program pada malam itu diakhiri dengan jamuan makan buah durian yang dibawa oleh Pjs Cikgu Sani dari Bukit Gantang.
11 July 2011
Aktifkan 6 pengedar di aras 1 melalui ESP
Pengarah Urusan Tn Hj Ismail Ahmad menyarankan semua PJS dan Pelapis PJS supaya dapat mengaktifkan semula 6 pengedar di aras pertama masing-masing samada yang dah berpangkat mahupun belum melalui program ESP.
Saranan ini dibuat dalam Majlis Penerangan Hibah PJS 2011 yang diadakan di Jejawi Perlis pada 6 Julai baru baru ini.
Dalam majlis itu juga Tn Hj Ismail mengumumkan bahawa semua PJS yang ada sekarang dikekalkan status PJS nya dalam tempoh 3 bulan mulai sekarang dengan memenuhi syarat syarat yang telah diputuskan dan dipantau melalui Kelab dan Pejabat Latihan Zon.
Antara syarat-syarat yang telah putuskan dalam Majlis Penerangan Hibah PJS ialah seperti berikut:
1. Permohonan PJS hendaklah dibuat melalui Pejabat Latihan Zon setelah sesaorang Pengedar merasakan beliau layak untuk di pertimbangkan ke status.
2. Syarat utama melepasi kelayakan untuk di nilai sebagai PJS adalah pencapaian bonus terkini RM 1000.00, Pangkat PJ, keaktifan dalam Siri Program ESP dan program yang lain, tidak melibatkan diri dalam mana mana JUALAN LANGSUNG (MLM,SLM, Jualan langsung internet sistem, Binary, Piramid dan apa apa bentuk yang di kategorikan ujud unsur penajaan dan pembinaan rangkaian) dan komited. Semua ini akan diberikan permarkahan secara merit dan sebahagiannya adalah secara mandatori.
3. Pihak Latihan zon akan mengisi lapuran penilanan dan akan menghantar ke AWM HQ untuk di analisa oleh Panel Penasihat Perlantikan PJS sebelum di serahkan kepada Pengarah Urusan untuk di HIBAH kan.
4. Tempoh Lantikan adalah 3 bulan. Sebarang perlantikan semula adalah bergantung kepada penilaian semasa.
5. Kefahaman mengenai MLM syariah, Produk, Plan 3 tahun Sukses, Skill sebagai Mentor, Keaktifan bersama Kelab dan memiliki Kualiti Kimpimpinan tanpa mengambil kira dari jaringan dan kumpulan mana adalah suatu penilaian utama dalam permarkahan Merit.
6.Semua PJS dan bakal PJS diwajibkan serta memastikan membawa minima 6 orang downline pada aras 1 di program ESP serta melakukan maintain 150 NM untuk kenaikan pangkat PLX dan 100NM bagi peserta yang dah berpangkat. Ini sejajar dengan pembentukan rangkaian melalui program ESP seperti yang di anjurkan oleh HPA.