04 March 2010

PJS SITI HABIBAH DILANTIK PRESIDEN KPS





































PJS SITI HABIBAH BT YUSUF - PRESIDEN KELAB PEMIMPIN SELATAN (KPS)

Tanggal 4 Mac 2010, Khamis mengukir satu sejarah bagi kepimpinan baru bagi HPA zon selatan. Mesyuarat pembentangan dan penubuhan Kelab Pemimpin Selatan (KPS) yang telah diadakan di Dewan Nuruddin Fahmy, Kluang, Johor. Majlis dimulakan jam 10 pagi dengan ucapan GM Zon Selatan, En. Abd. Ghani dengan taklimat perkembangan terkini HPA di zon selatan.

Seterusnya GM AWM, En. Mohd. Faisol Abd. Rahman telah menyampaikan kata-kata amanat dan nasihat sebelum mengumumkan perlantikan jawatankuasa KPS yang diputuskan oleh pihak pengurusan HPA.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Kelab Pemimpin Selatan (KPS)

Presiden : PJS Siti Habibah Yusuf

Timbalan 1 : PJS Rahmat Daim

Timbalan 2 : PJS Mohd. Shafie Tasiron

Setiausaha : PJS Alimah Sam

Bendahari : PJS Evi Shoraiya Riduan Yamani

Unit Kehalian : PJS Maslizar Mat Seman, PJ Rahmah Rahmat, PJ Nasimah Musa

Unit Kebajikan : PJS Fauziah Abu Samah, PJS Rogayah Mod. Zain, PJ Mirzahtul Laila

Unit Latihan : PJS Rosli Daud, PJS Naziadi Margini, PJ Roslina Hasim

Unit IT dan Sebaran : PJS Ahmad Shaffik Mohd, PJS Rahim Mutawil, PJ Hassan Sulaiman

Unit Perubatan Jawi : PJS Zahirah Mohamed, PJS Rosjulila Husin, PJ Ust. Abd. Hadi Mohd. Isa

Majlis penyerahan watikah perlantikan yang ditandatangi oleh Pengarah Urusan HPA dan GM AWM telah disempurnakan oleh EN. Mohd. Faisol dan En. Abd. Ghani.

Presiden KPA, PJS Hafidzan dan Presiden KPU, Tn. Hj. Azizan telah dijemput memberikan ucapan, motivasi dan perkongsian pengalaman dalam menguruskan KPA dan KPU. Presiden KPT, PJS Ust Ramizu tidak dapat hadir.

Mesyuarat pertama jawantankuasa KPS telah diadakan sebelah petang jam 3 pm bagi membincangkan aktiviti yang akan dijalankan terutamanya Program Gen 2 Zon Selatan yang telah ditetapkan pada bulan April.

Tahniah kepada Jawatankuasa KPS. Semoga Allah beri kekuatan dalam menjalankan amanah ini.