Mesyuarat KPA pada hari Selasa 20 April baru-baru ini telah melantik PJS MOHAMAD ASRI BIN ZAKARIA dari Meru Klang sebagai Bendahari KPA (Kelab Pemimpin AlWahida Zon Tengah) yang baru menggantikan PJS SITI HABIBAH YUSOFF yang kini telah dilantik sebagai Presiden KPS (Kelab Pemimpin Al Wahida Zon Selatan).
PJS US ASRI merupakan Agen Stok bertaraf Pusat Agensi di Meru Klang baru sahaja dilantik sebagai Pengarah Jati Setia pada tahun 2009. Beliau bergerak aktif di Klang dan merupakan Setiausaha Komuniti HPA Cawangan Klang sejak komuniti Klang ditubuhkan setelah Cawangan Klang beroperasi pada tahun 2006.
KPA juga merakamkankan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada PJS PN SITI HABIBAH MOHD YUSOFF yang telah menjalankan tugas dengan baik sepanjang perkhidmatannya selaku BENDAHARI KPA sejak 2008. TAHNIAH kerana dilantik menerajui KPS.
PJS SITI HABIBAH YUSOFF menandatangani cek terakhir pada buku cek akaun KPA pd 20 April 2010 di Bandar Baru Bangi.
/