SEKRETARIAT ini ditubuhkan sebagai penyelaras segala aktiviti yang dilakukan di dalam ZON TENGAH (PERAK, WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR) agar berbetulan dengan kehendak HPA. Kerjasama yang erat diharap dari semua pihak samada daripada pihak pengurusan zon, cawangan dan pemimpin-pemimpin agar mengutamakan matlamat syarikat daripada kepentingan peribadi. KESATUAN HATI dan FIKRAH akan menghasilkan KEJAYAAN UMMAH dalam memartabatkan PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA. 1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH
27 May 2011
Bengkel Keusahawanan MLMSyariah di HPAIC
Bengkel Keusahawanan MLMS adalah antara 5 Bengkel wajib yang diberi PERCUMA kepada peserta ESP. Oleh itu semua peserta ESP di seluruh Malaysia yang telah memperolehi sijil ESP bolehlah mendaftar secara percuma di mana-mana tempat yg diadakan bengkel ini yang akan dikendalikan oleh KPA, KPU, KPT dan KPS. Namun begitu para pengedar yang tiada sijil ESP juga boleh diterima jika ada kekosongan tempat tetapi dikenakan bayaran RM50.
Untuk Zon KPA, telah pun ditetapkan tarikh pada hari Ahad 29 Mei 2011 dan hari Selasa 31 Mei 2011. Peserta hanya diperlukan sebanyak 50 orang sahaja. setiap bengkel. Untuk bengkel pada hari Ahad 29 Mei ini telah pun penuh. Senarai peserta sila klik http://pusatoperasizontengah.blogspot.com/2011/05/nama-nama-peserta-bengkel-susulan-esp.html
Selebihnya boleh lah mendaftar mulai sekarang dengan Cik Atikah 019-4490082 untuk bengkel ini siri ke 2 pada hari Selasa 31 Mei 2011 juga di HPAIC SHAH ALAM.
Bengkel ini bertujuan untuk melahirkan seramai mungkin usahawan MLMS dengan mewujudkan program "Mentor Mentee" yang berkesan. Ini akan mewujudkan "Real Business" tanpa melibatkan proksi.
Para PJS yang telah mengikuti Kursus Bengkel di Sg Petani bersama Pengarah Urusan pada 24 Mei baru baru ini telah pun berjanji apabila mereka menjadi mentor nanti akan membimbing peserta di dalam kumpulannya selama 3 tahun walaupun bukan line mereka.
Tugas mentor ini termasuk dalam akad hibah PJS. PJS yang berpengalaman akan berusaha mendidik kumpulan baru ini untuk berjaya kerana ramai penajaan tidak di arah kemana langkah seterusnya sehingga mereka menjadi pengguna tetapi tidak menjadai usahawan.
Target program ESP ialah untuk melahirkan usahawan yang mendapat pendapatan 5 angka stabil dalam tempoh 3 tahun selepas mengikuti 30 bengkel kemahiran serta program yang difikirkan perlu untuk pengukuhan gerak kerja.
Mentor hendaklah mempunyai semangat yang tinggi untuk membantu orang dan tidak harus ada sifat "bias" dalam menyelesaikan skil komunikasi dan perlu mengetahui nilai yang boleh kita pegang.
Apa yang berlaku dalam PBC sebelum ini situasinya tidak "Real Business" lantaran tidak wujudnya usahawan pada penama yang berpangkat atau usahawan "instant" yang wujud dengan penanaman modal tinggi bagi membeli pangkat. Penyerapan roh perjuangan produk halal masih rendah dibandingkan situasi mengejar status dan pangkat yang akhirnya ahli-ahli HPA bukan sahaja kabur dengan perjuangan tetapi mereka lebih mengenali KOPI RADIX dari sebuah jihad ekonomi dalam HPA.
Oleh sebab itulah program Mentor Mentee diwujudkan untuk kesinambungan perjuangan ini seribu tahun lagi....