SEKRETARIAT ini ditubuhkan sebagai penyelaras segala aktiviti yang dilakukan di dalam ZON TENGAH (PERAK, WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR) agar berbetulan dengan kehendak HPA. Kerjasama yang erat diharap dari semua pihak samada daripada pihak pengurusan zon, cawangan dan pemimpin-pemimpin agar mengutamakan matlamat syarikat daripada kepentingan peribadi. KESATUAN HATI dan FIKRAH akan menghasilkan KEJAYAAN UMMAH dalam memartabatkan PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA. 1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH
11 December 2011
MAJLIS ANUGERAH INSENTIF SAMSUNG GALAXY TAB & MALAM AMAL
Semua pengedar dijemput hadir meraikan MAJLIS ANUGERAH ESP 2011 yang berlangsung di Perkarangan HPAIC Shah Alam pada hari Sabtu 17 hb Disember 2011.
Ada pelbagai acara menarik. Antaranya
1. Cabutan bertuah 40 IPAD jenis Samsung Galaxy Tab 10.1 yang akan diberikan kepada mereka yang bertuah dikalangan pengedar yang membuat belian minima 100NM berturut turut pada bulan September, Oktober dan November 2011.
2. Pelancaran Laman Web rasmi HPA - www.hpanet.my
3. Debat antara Kelab (KPA, KPU, KPS dan KPT).
4. Pertandingan Iklan Radix dari setiap Zon Hpa.
5. Pertandingan Gubahan Sachet Kopi Radix
6. Persembahan Nasyid pada sebelah malamnya untuk mengutip Derma Tabung Bencana Alam. Antara artis Nasyid jemputan pada malam itu ialah Munif Hijjaz, Wardina, Unic dan Nazrey Raihan.
Apa yang menarik lagi pameran jualan termasuk kiosk RFC akan diadakan sepanjang hari program dari pagi sehingga malam..
09 September 2011
INSENTIF ESP 2011
Berita Baik insentif ESP.Mantain 100NM mulai September, Oktober, November akan berpeluang mendapat sebuah IPAD. Syarat minima Mantaian 100NM 3 bulan berturut2 menawarkan 40BUAH IPAD. Cabutan akan diadakan pada 17hb DEC 2011 di HPAIC. Para pengedar pelbagai pangkat yg maintain minima 100NM setiap bulan layak
PJS Hafidzan Faudzi selaku Pengerusi Sekretariat ESP 2011-2012 bersama anggotanya yg terdiri dari PJS Cikgu Murad (Tim Pengerusi), PJS Ismahali (Setiausaha), Mohd Hariz Ismail (Unit IT & Penerangan) dan PJS Rosmandi Ishak (Unit Pemantauan) mengumumkan Insentif ESP 2011 yang telah diluluskan oleh Pengarah Urusan Tn Hj Ismail Hj Ahmad. Pengumuman ini dibuat semasa Kuliah Perubatan Jawi yang disampaikan oleh Pengarah Urusan sempena Majlis Hari Raya Hpa Zon Tengah di HPAIC. SHAH ALAM.Pihak KPA mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengarah Urusan yang telah meluluskan Insentif yang sangat istimewa ini...
Terima kasih Tuan Hj Ismail..
15 July 2011
AJK KPA kongsi pengalaman di Cawangan Ipoh.
Rombongan KPA bergambar bersama komuniti Ipoh sempena lawatan sambil perkongsian pengalaman pimpinan KPA.Isnin 11 Julai, pimpinan KPA diketuai oleh Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha dan semua ketua zon mengadakan lawatan sambil memberikan sedikit motivasi dan perkongsian pengalaman kepada para pengedar yang menghadiri kelas mingguan di dewan kuliah Cawangan Hpa Ipoh. Mereka terdiri daripada Pjs Hafidzan Faudzi, Pjs Rosmandi Ishak, Pjs Ismahali, Pjs Jamaluddin Yeop Majlis, Pjs Ahmad Azam Jaafar, Pjs Fauzani Abd Rahim dan Pjs Us Safuan Pamidi. Manakala Pjs tempatan yang hadir ialah Pjs Hj Jamaluddin Mohd Noor, Pjs Cikgu Sani Ibrahim, Pjs Nik Ahmad Shaikhan dan Pjs Abdul Jalil. Majlis dipengerusikan oleh Pelapis Pjs Rahaizan Mohd Noor dari Manjung Perak.
Dalam mesyuarat bersama komuniti Ipoh selepas itu, kelas mingguan yang telah ditetapkan oleh Komuniti akan diteruskan pada setiap hari Jumaat malam dan para pimpinan Kpa akan hadir sebulan sekali mengikut jadual yang akan dibuat oleh Sekteriat Latihan KPA selepas ini selain dari jemputan khas komuniti untuk menjemput mana mana pimpinan HPA dari seluruh Malaysia.
Mesyuarat bersama pada malam itu juga memutuskan pada hari Khamis 28 hb Julai ini akan diadakan Majlis Iftar (Majlis Berbuka Puasa Sunat hari Khamis) bersama Setiausaha Panel Syariah Ustaz Ahmad Adnan Fadhil dan jawatankuasa KPA yang kebetulan dalam perjalanan ke Program ESP2 Zon Utara di Sg Petani Kedah.
Program pada malam itu diakhiri dengan jamuan makan buah durian yang dibawa oleh Pjs Cikgu Sani dari Bukit Gantang.


11 July 2011
Aktifkan 6 pengedar di aras 1 melalui ESP


Pengarah Urusan Tn Hj Ismail Ahmad menyarankan semua PJS dan Pelapis PJS supaya dapat mengaktifkan semula 6 pengedar di aras pertama masing-masing samada yang dah berpangkat mahupun belum melalui program ESP.
Saranan ini dibuat dalam Majlis Penerangan Hibah PJS 2011 yang diadakan di Jejawi Perlis pada 6 Julai baru baru ini.
Dalam majlis itu juga Tn Hj Ismail mengumumkan bahawa semua PJS yang ada sekarang dikekalkan status PJS nya dalam tempoh 3 bulan mulai sekarang dengan memenuhi syarat syarat yang telah diputuskan dan dipantau melalui Kelab dan Pejabat Latihan Zon.
Antara syarat-syarat yang telah putuskan dalam Majlis Penerangan Hibah PJS ialah seperti berikut:
1. Permohonan PJS hendaklah dibuat melalui Pejabat Latihan Zon setelah sesaorang Pengedar merasakan beliau layak untuk di pertimbangkan ke status.
2. Syarat utama melepasi kelayakan untuk di nilai sebagai PJS adalah pencapaian bonus terkini RM 1000.00, Pangkat PJ, keaktifan dalam Siri Program ESP dan program yang lain, tidak melibatkan diri dalam mana mana JUALAN LANGSUNG (MLM,SLM, Jualan langsung internet sistem, Binary, Piramid dan apa apa bentuk yang di kategorikan ujud unsur penajaan dan pembinaan rangkaian) dan komited. Semua ini akan diberikan permarkahan secara merit dan sebahagiannya adalah secara mandatori.
3. Pihak Latihan zon akan mengisi lapuran penilanan dan akan menghantar ke AWM HQ untuk di analisa oleh Panel Penasihat Perlantikan PJS sebelum di serahkan kepada Pengarah Urusan untuk di HIBAH kan.
4. Tempoh Lantikan adalah 3 bulan. Sebarang perlantikan semula adalah bergantung kepada penilaian semasa.
5. Kefahaman mengenai MLM syariah, Produk, Plan 3 tahun Sukses, Skill sebagai Mentor, Keaktifan bersama Kelab dan memiliki Kualiti Kimpimpinan tanpa mengambil kira dari jaringan dan kumpulan mana adalah suatu penilaian utama dalam permarkahan Merit.
6.Semua PJS dan bakal PJS diwajibkan serta memastikan membawa minima 6 orang downline pada aras 1 di program ESP serta melakukan maintain 150 NM untuk kenaikan pangkat PLX dan 100NM bagi peserta yang dah berpangkat. Ini sejajar dengan pembentukan rangkaian melalui program ESP seperti yang di anjurkan oleh HPA.
01 July 2011
MAJLIS PERASMIAN KILANG BARU KOPI RADIX DAN MAJLIS PENERANGAN TENTANG HIBAH PJS TAHUN INI
Rabu 6 Julai 2011 jam 3.00 petang sebuah lagi kilang automatik Kopi Radix akan dirasmikan oleh Pengarah Urusan bersama para PJS dari seluruh Malaysia dan Indonesie di kawasan MIEL Jejawi Sematang Arau Perlis. Semua pengedar dan orang ramai boleh menghadirinya bagi menyaksikan upacara perasmian ini.Sebelum ini kilang yang memuatkan 10 mesin automatik telah pun beroperasi sejak 2 tahun sudah tetapi masih tidak mencukupi permintaan yang semakin tinggi sehingga payah nak dapat bekalan di cawangan sejak 6 bulan kebelakangan ini kerana ianya telah pun ditempah lebih awal oleh para Agen Stok yang terdiri dari para pengedar HPA di seluruh Malaysia.
Akhirnya dengan kekuatan modal yg sedikit ditambah dengan kesabaran dan semangat juang yang tinggi di kalangan pengedar selama 6 bulan dapat juga disiapkan sebuah lagi kilang yang mempunyai 10 mesin automatik yang boleh mengeluarkan 400,000 sachet sekali pusingan (10 mesin x40,000) per hari bekerja (dari jam 8.30 pagi sehingga 5.30 ptg). Jika dilakukan 2 shift sudah tentu pengeluarannya menjadi 800,000 sachet sehari (40,000 kopi papan).
Ini bererti mulai bulan Julai ini pengeluaran kopi radix adalah 3 kali ganda dari yang sebelumnya. Untuk peringkat awal semua cawangan yang menjadi stesyen utama iaitu sebanyak 27 cawangan akan dibekalkan kopi radix dengan secukupnya.
6 cawangan di Zon Tengah yang menjadi stesyen utama ialah IPOH, RAWANG, HPAIC SHAH ALAM, AMPANG, KAJANG DAN BANGI.
Cawangan- cawangan yg lain di Zon Tengah yang terus beroperasi tetapi belum menjadi stesyen utama ialah seperti MANJUNG, SRI ISKANDAR, TELUK INTAN, SIMPANG EMPAT, TG KARANG, TG MALIM, SUNGAI BULUH, DEPALMA AMPANG, JLN RAJA LAUT, WANGSA MAJU, SRI PERMAISURI, SUNWAY, KLANG, BUKIT TINGGI, BANTING. PUCHONG dan SERDANG.
MALIS PENERANGAN TENTANG HIBAH PJS TAHUN INI. pula akan diadakan pada hari yang sama di sebelah pagi di Dewan Amir Ramadhan Kompleks Al Wahida di Jalan Jejawi Dalam Arau Perlis. Oleh itu sebagai ingatan kepada semua para PJS walaupun telah dimaklumkan melalui sms oleh Presiden dan SU KPA agar dapat menghadirkan diri lebih awal kerana penginapan disediakan oleh pihak urusetia di Jejawi. Sila laporkan kehadiran yang memerlukan penginapan kepada En Kamal Ismail Penolong Pengurus Pemasaran AWM.
Berikut adalah tentatif untuk program berikut
Tarikh: 6hb Julai 2011
Jam: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi: Kangar, Perlis
Tentatif Ringkas
8.00 pg : Pendaftaran dan Bacaan Matsurat
9.00 pg : Ucapan dan Pembukaan oleh Pengarah Urusan
9.30 pg : Taklimat mengenai akujanji oleh PANEL (GM dan Panel Syariah)
11.30 pg: Rehat dan makan t.hari
1.30 ptg: Solat Zuhur berjemaah
3.00 ptg: Bertolak ke Kilang GMP Jejawi Perlis untuk lawatan dan perasmian Kilang Kopi dan Dapur Segar
4.00 ptg: Penutup
*perubahan tentatif akan di maklum kemudian
Pakaian
Jaket Hitam
Kehadiran wajib untuk semua PJS dan PELAPIS
Semua GM danAGM di wajibkan hadir
Sebarang pertanyaan sila hubungi En Kamal 0134804717, Cik Malin 0125298179 dan En Shamsani 0193801885
SENARAI PJS DI ZON TENGAH
Senarai PJS Zon Tengah dibawah pengawasan KPA telah pun dipecahkan kepada 6 Zon berikut:
ZON 1 ( Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya dan Sepang)
1. PJS HJ ROSMANDI ISHAK - Ketua Zon 1
2. PJS HAFIDZAN FAUDZI
3. PJS HJ MURAD ABU BAKAR
4. PJS HJ SAHIR NAIM
5. PJS AZNIN UJANG
6. PJS SITI RAHMAH UJANG
7. PJS NOR HAIDA RAMELI @ FATIN
8. PJS ZAINON ISMAIL
ZON 2 (Tg Malim, Rawang, Sg Buluh, Damansara dan Petaling Jaya)
1. PJS JAMALUDDIN HJ YEOP MAJLIS - Ketua Zon 2
2. PJS ABDULLAH BIN KADIR (PAK CHOP)
3. PJS ABDUL YADIE
4. PJS SAJARUDDIN TASIRON
5. PJS HJH NORHAYATI YUNUS.
ZON 3 ( Kuala Lumpur, Wangsa Maju, Ampang, Ulu Langat, Sri Permaisuri, Bt Caves dan Bentong)
1. PJS AHMAD AZAM BIN JAAFAR - Ketua Zon 3
2. PJS HJ MARJUNI SALLEH
3. PJS HJ JUMANI SALAM
4. PJS HJ ZAINAL AHMAD
5. PJS ABDULLAH ABD RAHIM (PAK LAH)
6. PJS HJ KHALID ISKRI
7. PJS JUITA TAHA
8. PJS NORSHIDAH DAUD
9. PJS ZAILEHAN
10. PJS ZAIMAH ABD KADIR
ZON 4 (Shah Alam Klang, Puchong, Bukit Tinggi, Banting dan Kuala Langat)
1. PJS US SAFUAN PAMIDI - Ketua Zon 4
2. PJS US MUHAMMAD ASRI
3. PJS ISMAHALI MOHD RIDWAN
4. PJS ZAMBERI IBRAHIM
5. PJS HJH NORMAH SATTAR
6. PJS HJH HABSHAH ARIFIN
ZON 5 (Kuala Selangor, Tg Karang, Sg Besar, Sabak Bernam dan Simpang Empat)
1. PJS FAUZANI ABD RAHIM - Ketua Zon 5
2. PJS CIKGU HARULNIZAR
3. PJS MUNIRAH
ZON 6 (Ipoh, Sri Iskandar, Manjong dan Teluk Intan)
1. PJS HJ JAMALUDDIN MD NOR - Ketua Zon 6
2. PJS MUHAMMAD SANI BIN IBRAHIM
3. PJS KHALILAH WONG BT ABDULLAH
4. MYZA SDN BHD (PEWARIS PJS ARWAH KAK BEDAH)
5. PJS MEOR JOHAIDI HAMID
6. PJS NIK AHMAD SHAIKHAN B RAJA DAUD.
7.
28 June 2011
KELAYAKAN BARU PJS
Ini kenyataan dari blog GM AWM yang baru di posting tengahari tadi:
1. Mulai sekarang syarat utama permohonanan PJS adalah minimum bonus RM 1000 dan aktif serta komited dalam semua program utama ESP, Bengkel ESP, KPJ ESP, Anugerah ESP dan semua program berkaitan dengan ESP. Borang permohonan PJS sila dapatkan di zon masing-masing melalui jabatan latihan Zon.
2. Untuk permohonan menyambung status PJS yang sedia ada, pihak Latihan Zon di kehendaki membuat lapuran penilaian melalui Borang yang akan disediakan oleh pihak AWM (En Kamal). Syarat utama menyambung kontrak PJS juga tertakluk kepada keatifan dan komitmen PJS sedia ada terhadap program program yang berkaitan dengan ESP.
3. Setiap kontrak penyambungan PJS hanya untuk tempoh 3 bulan sahaja. Selain dari komitmen dan keaktifan dalam program berkaitan ESP, syarat kelayakan juga bergantung kepada displin, tidak melibatkan diri dalam MLM lain samada secra langsung atau sebaliknya, karakter kepimpinan tanpa mengira jaringan, keaktifan program mingguan, cawangan samada dianjurkan oleh syarikat dan kelab.
4. Semua PJS dan bakal PJS di wajibkan memastikan membawa minima 6 downline pada aras 1 di program ESP serta melakukan maintain 150NM untuk kenaikan PLX. Ini sejajar dengan pembentukan rangkaian melalui program ESP seperti yang di anjurkan oleh HPA.
5. Kelayakan dan Keaktifan sebagai Mentor dalam program ESP, adalah suatu advantage/kelebihan dalam proses penilaian dalam perlantikan PJS.
5. Anggota Panel yang terlibat didalam penyambungan status PJS adalah terdiri seperti berikut;
a) Pengarah Urusan 1 HPA
b) Pengarah Urusan 2 HPA
c) Pengurus Besar AWM
d) Pengurus Besar MIS
e) Panel Syariah Ust Adnan bin Fadzil
f) Panel Syariah Ust Zolkarnain Abidin.
27 June 2011
SHAMSUL KAMAL dilantik sebagai Penolong Setiausaha KPA
Mesyuarat KPA baru baru ini sebulat suara melantik PPJS Shamsul Kamal bin Idris sebagai Penolong Setiausaha KPA dan PJS Fauzani bin Abd Rahim sebagai Penolong Bendahari KPA berkuatkuasa sertamerta.
Menurut Presiden KPA PJS Hafidzan Faudzi perlantikan ini sudah sampai masanya memandangkan urusan kerja Kelab semakin banyak dan dapat meringankan bebanan tugas Setiausaha PJS Ismahali yang kini tenaganya bukan sahaja diperlukan di peringkat Zon malah tenaga sukarela beliau dimanfaatkan juga oleh syarikat untuk bertugas di luar kawasan seperti ke Sabah dan Sarawak..
En Shamsul Kamal lulusan Ijazah Pengajian Islam UM berpangkat Pelapis PJS bergerak aktif di Bandar Baru Bangi Selangor dan Senawang Negeri Sembilan telah pun terpilih mewakili pengedar HPA Malaysia bersama PJS Ismahali, PJS Rosmandi Ishak dan PJS Hj Khalid Iskri mengikuti Elite Team di Bogor Indonesia pada 13-15 Jan 2011. Beliau juga diamanahkan mengetuai Ketua Unit Penerbitan KPA sebelum ini.
05 April 2011
MINI KONVEK HPA BAGI ZON TENGAH

InsyaALLAH Mini Konvek atau Hari Anugerah HPA bagi Zon Tengah 2011 akan berlangsung pada hari SABTU 16 APRIL di Hotel Depalma Ampang.
Mini Konvek ini melibatkan 3 negeri iaitu Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Kerjasama antara Ibu Pejabat HPA Zon Tengah di HPAIC dan semua PJS dibawah Kelab Pemimpin Al Wahida (KPA) bakal melancarkan lagi HARI HIMPUNAN & PENGANUGERAHAN HPA ZON TENGAH 2011. InsyaALLAH kita semua akan bekerjasama untuk menjayakannya.
Surat jemputan kepada penerima anugerah di tiga buah negeri ini telah pun dihantar melalui pos oleh kakitangan HPA Zon Tengah di HPAIC mulai semalam hari Isnin 4 APRIL 2011.
Tuan/puan diminta membuat pengesahan kehadiran dengan menghubungi Cik Siti Noor Atikah bt Rowi (019-4490082) bagi penerima hadiah wanita dan bagi penerima anugerah lelaki hubungi En Hasbi Ikhwan Hanafi 0136265260 sebelum 10 APRIL 2011.
22 March 2011
INTENSIF HERBALIS SIRI 1 DI HPAIC
Semua pengedar HPA dan khususnya para pemimpin KPA (PJS, Pelapis PJS dan para herbalis) dijemput menghadiri program Intensif kursus herbalis 1 hari yang akan disampaikan oleh Usahawan Herbalis HPA dari Indonesia Dr Zaidur Akbar pada hari Sabtu ini 26hb Mac 2011 di Dewan Menara Hpaic Shah Alam. Beliau akan membawa tajuk "Kupasan YIN & YANG". Bayaran yang dikenakan cuma RM25.00 sahaja termasuk makan tengahari dan bahan kursus.
17 March 2011
Taklimat ESP - REAL BUSINESS di HPAIC
GM En Mohamad Faisol Abdul Rahman akan menyampaikan suatu taklimat berkenaan Program Ekslusif Sehari Bersama Pengarah Urusan (ESP) pada butiran berikut:-
Tarikh: Sabtu, 19 Mac 2011
Masa: 8:30 malam (mula dengan solat Isyak berjemaah)
Tempat: HPAic (Tingkat 10)
Semua PJS, Pelapis dan Herbalis KPA adalah diminta hadir.
Seterusnya semua dijemput untuk sama2 mendirikan Qiyam Mega KPA bersama peserta Mega PBC di HPAIC.
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Setiausaha KPA En Ismahali (019-282 5716)
16 February 2011
Program Unit IT & Multimedia KPA
Kursus Asas Blog
Unit IT dan Multimedia KPA akan mengadakan Kursus Asas Blog pada tarikh yang akan ditentukan malam esok semasa taklimat KPA di Majlis Iftar di HPAIC. Diharap semua Ketua Unit IT setiap komuniti atau zon dapat hadir sekali bersama para PJS dan Pelapis PJS KPA.
Berikut merupakan modul yang akan dibentangkan dan diajarkan pada para peserta bagaimana untuk membuat blog dan menggunakannya.
Modul 1: Pengenalan
1. Pengenalan Google
2. Pengenalan Blogger/Blogspot
3. Cara membuka akaun Google
4. Cara membuka akaun Blogger
5. Cara membuat blog baru
Modul 2:
1. Bagaimana memulakan penulisan artikel
2. Bagaimana memasukkan gambar dan video
3. Bagaimana mengubah artikel
3. Bagaimana mengubah setting blog
4. Bagaimana mengubahsuai rekabentuk blog
Modul 3: Teknik asas menarik trafik ke blog
1) Trafik Dari Blog Commenting
2) Trafik Dari Facebook
3) Trafik Dari Twitter
4) Trafik Dari Laman Pengiklanan
5) Trafik Dari Feedburner
6) Trafik Dari Ebook Percuma
7) Trafik Dari Forum
8) Trafik Dari Link Ex-Change
Semua PJS, Pelapis PJS dan wakil dari semua komuniti HPA di Cawangan Zon Tengah dijemput hadir pada malam esok Khamis 17 Feb 2011 menghadiri Majlis Iftar dan Pengajian Hadis yang akan disampaikan oleh Us. Ahmad Adnan Fadhil. Taklimat KPA akan disampaikan oleh Presiden KPA bersama Ketua2 Unit dan Zon selepas solat Isyak berjemaah.
/
05 July 2010
MAJLIS PELANCARAN KELAB PELAPIS PJS-KPA
ORGANISASI :
Dari kiri: PJI Fauzani (Tim Pengerusi), PJ Us. Mohd Radzi Arifin (Pengerusi), PJ Ismahali (Setiausaha), dan PJ Hamzah (Bendahari)Pengerusi : PJ Mohamad Radzi Bin Ariffin
Timb. Pengerusi : PJI Fauzani Bin Abd.Rahim
Setiausaha : PJ Mohd Ismahali Ridzwan B Mohd Ismail
Pen. Stiausaha : PJ Hasmin @ Asmidar Bt Muhd Nawir
Bendahari : PJ Hamzah Bin Hj Saidaly
AJK :
1. PJ Rohani Dollah -- Bandar Tun Razak.
2. PJ Sumniyaton Bt Jaffar -- Tanjung Karang
3. PJE Aspalela Bt Tawal -- Tanjung Malim
4. PJE Nor Hidayah Bt Hussin @ Abd Rafek -- Hutan Melintang
5. PJ Mohd Husin Bin Ab Satar -- Shah Alam
6. PJE Ismail bin Mohammad -- Ampang
7. PJ Abdul Jamil Bin Othman -- Rawang
8. PJ Zumara Bin Zakaria -- Gombak
9. PJ Hanafi Bin Bakar -- Klang / Bukit Tinggi
10. PJE Syed Bahri Bin Syed Mokhtarruddin -- Bandar Baru Bangi / Kajang
TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN AMANAH KEPADA SEMUA YANG TELAH DILANTIK
31 May 2010
KELAS MINGGUAN DAN KPJ MINGGU INI
1. Kelas Mingguan di HPA Caw Kajang: PJS Siti Rahmah dan Herbalis Syifa'
2. Kelas Mingguan di HPA Caw Wangsa Maju: PJS Habshah
SELASA 1 JUN 2010
1. Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) di HPA Caw Ipoh : Herbalis Hj Zakaria
2. Kelas Mingguan di HPA Caw Ampang: PJS Hjh Noliah Ahmad dan Herbalis Sobri
3. Kelas Mingguan di HPA Caw Rawang: PJS Zailehan dan PJS Jamaluddin Yeop Majlis
4. Kelas Mingguan di HPA Caw Shah Alam: PJS Munirah dan PJS Hj Marjuni
5. Kelas Mingguan di HPA Caw Bangi: PJS Hjh Normah Sattar dan PJS Nor Haida @ Fatin
RABU 2 JUN 2010
1. Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) di Hotel De Palma Shah Alam : PJM Cikgu Murad
2. Kelas Mingguan di HPA Caw Klang: PJS Pn Hjh Norhayati Yunus dan Herbalis Hj Mesday
3. Kelas Mingguan di HPA Caw Sri Gombak: PJS Norshidah dan Herbalis Kaiyishah Yeoh
4. Kelas Mingguan di HPA Caw Tg Malim: PJS Abd Yadie dan PJE Aspalela
5. Kelas Mingguan di HPA Caw Bentong: PJS Hj Zainal dan PJS Hjh Zaimah
6. Kelas Mingguan di HPA Caw Serdang : PJS Juita
7. Kelas Mingguan di HPA Caw Tg Karang: PJS Aznin dan Herbalis Hanim
JUMAAT 4 JUN 2010
1. Kelas Mingguan di HPA Tasik Sri Permaisuri: PJS Zainon
2. Kelas Mingguan di HPA Serendah: PJS Hafidzan Faudzi dan Herbalis Asma'
3. Kelas Mingguan di HPA Puchong: PJS Rosmandi dan Herbalis Aminuddin
4. Kelas Mingguan di HPA Halal Mart Bukit Tinggi Klang: PJS Us. Safuan Pamidi
AHAD 6 JUN 2010
1. Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) di Dewan Rahman Talib UPSI Tg Malim : Herbalis Ramly Ahmad
04 May 2010
KULIAH PERUBATAN JAWI MEI 2010
03 March 2010
UNTUK RENUNGAN
Jumlah Pengedar HPA : 600,000 orang
Jumlah yang aktif (dapat bonus) : 40,000 orang (6.6%)
Jumalah pengedar setia (istiqomah) : 8,000 orang (150 org drpd nya PJS)
Jumlah yang terlibat dengan komuniti : 1,000 orang
KESIMPULANNYA: CUMA 1,000 ORANG SAHAJA YANG BENAR-BENAR MENGGERAKKAN KOMUNITI DAN KUMPULAN MASING-MASING UNTUK MEMBANTU HPA MENJUAL PRODUK DI PASARAN SETIAP BULAN.
ADAKAH ANDA DI ANTARA 1,000 ORANG YANG BENAR-BENAR SEBAGAI PEJUANG (DAIE) BAGI HPA.
KALAU BUKAN SEKARANG BILA???
GEMBELING JUAL PENAPIS AIR DEW
![]() | ![]() |





