08 June 2011

50 peserta lagi hadir Bengkel ESP1 siri 2 di HPAIC 31 Mei 2011

/
Para Mentor bersama MC dan Speaker menggayakan kejayaan dalam genggaman para mentee.

Mentor Pjs Fauzani bersama para menteenya bergambar bersama Speaker Pjs Hj Khalid Iskri dan Pjs Cikgu Morad serta Presiden KPA Pjs Hafidzan Faudzi.

Mentor Pjs Jamaluddin Yeop Majlis bersama para menteenya bergambar bersama Presiden KPA dan Pensyarah bengkel dan Pengerusi Majlis.

Mentor Pjs Us Safuan Pamidi bersama para menteenya bergambar di akhir majlis bersama pensyarah bengkel dan pengerusi bengkel dan presiden KPA.

Mentor Pjs Hj Rosmandi Ishak bersama para menteenya bergambar kenangan bersama Presiden KPA dan pensyarah bengkel Pjs Hj Khalid Iskri dan Pjs Cikgu Morad serta pengerusi majlis Pjs Ismahali.

Mentor Pjs Cikgu Sani dari Perak bergambar kenangan bersama para menteenya di akhir majlis.

Setetusnya insyaAllah Bengkel ESP1 siri ke 3 akan diadakan di HPAIC sekali lagi pada hari Sabtu 18 Jun 2011 iaitu seminggu selepas program ESP di HPAIC pada hari Sabtu 11 Jun ini.

Hari Sabtu 18 Jun pada sebelah malamnya pula Pengarah Urusan Tn Hj Ismail bersama para GMnya akan meraikan kejayaan peserta ESP yang berjaya mencapai pangkat Pengurus Melati (PLX) setelah melakukan pembelian bersyarat sebanyak 150NM samada dalam program ESP atau semasa menghadiri Bengkel ESP pada 29 Mei, 31 Mei dan 18 Jun.

Program ini dinamakan Malam Anugerah PLX - ESP akan diadakan di Dewan besar HPAIC Shah Alam.

Semua pengedar dari berbagai peringkat dijemput menghadiri untuk meraikan bersama di Malam Anugerah ini pada hari Sabtu 18 JUN 2011 jam 8.00 malam bertempat di Menara HPAIC SHAH ALAM.

07 June 2011

Bengkel ESP Keusahawanan MLMS siri 1 di HPAIC SHAH ALAM


Seramai 50 orang peserta mengikuti Bengkel susulan ESP 1 Siri 1 di Dewan Tingkat 1, Menara HPAic, Shah Alam pada 29 Mei 2011 dari jam 08:00 pagi hingga 5:00 petang. Peserta dipecahkan kepada lima kumpulan dibawah bimbingan 5 orang PJS selaku Mentor. Berikut merupakan sebahagian daripada rakaman gambarfoto untuk dikongsi bersama:


Kumpulan Mentor PJS Ismahali Ridzwan Mohd Ismail

Raheeda Ibrahim melapaz AZAM selaku Mente dihadapan Mentor PJS Ismahali

Kumpulan Mentor PJS Rosmandi Ishak

Kumpulan Mentor PJS Fauzani Abd Rahim

Kumpulan Mentor PJS Ust. Safuan Pamidi

Penyampaian sijil penyertaan oleh PJS Hafizan Fauzi, Presiden KPA kepada peserta PL Shahrin b Ramli

PJ Ustazah Hjh Che Wan Jamilah

Sijil Penyertaan PPJS(PJE) Mohamad Ismail

PJS Cikgu Haji Murad Abu Bakar menyampaikan motivasi pemasaran dinamik dan keberkesanan produk-produk herba dan memberi penerangan berhubung dengan kemunculan set 4 produk yang dikenali dengan jenama: SET UNTUK KANAK-KANAK, SET UNTUK WANITA, SET UNTUK LELAKI dan SET WARGA EMAS yang akan diperkemaskan dalam pakej yang menarik.

27 May 2011

Bengkel Keusahawanan MLMSyariah di HPAIC


Bengkel Keusahawanan MLMS adalah antara 5 Bengkel wajib yang diberi PERCUMA kepada peserta ESP. Oleh itu semua peserta ESP di seluruh Malaysia yang telah memperolehi sijil ESP bolehlah mendaftar secara percuma di mana-mana tempat yg diadakan bengkel ini yang akan dikendalikan oleh KPA, KPU, KPT dan KPS. Namun begitu para pengedar yang tiada sijil ESP juga boleh diterima jika ada kekosongan tempat tetapi dikenakan bayaran RM50.

Untuk Zon KPA, telah pun ditetapkan tarikh pada hari Ahad 29 Mei 2011 dan hari Selasa 31 Mei 2011. Peserta hanya diperlukan sebanyak 50 orang sahaja. setiap bengkel. Untuk bengkel pada hari Ahad 29 Mei ini telah pun penuh. Senarai peserta sila klik http://pusatoperasizontengah.blogspot.com/2011/05/nama-nama-peserta-bengkel-susulan-esp.html

Selebihnya boleh lah mendaftar mulai sekarang dengan Cik Atikah 019-4490082 untuk bengkel ini siri ke 2 pada hari Selasa 31 Mei 2011 juga di HPAIC SHAH ALAM.

Bengkel ini bertujuan untuk melahirkan seramai mungkin usahawan MLMS dengan mewujudkan program "Mentor Mentee" yang berkesan. Ini akan mewujudkan "Real Business" tanpa melibatkan proksi.

Para PJS yang telah mengikuti Kursus Bengkel di Sg Petani bersama Pengarah Urusan pada 24 Mei baru baru ini telah pun berjanji apabila mereka menjadi mentor nanti akan membimbing peserta di dalam kumpulannya selama 3 tahun walaupun bukan line mereka.

Tugas mentor ini termasuk dalam akad hibah PJS. PJS yang berpengalaman akan berusaha mendidik kumpulan baru ini untuk berjaya kerana ramai penajaan tidak di arah kemana langkah seterusnya sehingga mereka menjadi pengguna tetapi tidak menjadai usahawan.

Target program ESP ialah untuk melahirkan usahawan yang mendapat pendapatan 5 angka stabil dalam tempoh 3 tahun selepas mengikuti 30 bengkel kemahiran serta program yang difikirkan perlu untuk pengukuhan gerak kerja.

Mentor hendaklah mempunyai semangat yang tinggi untuk membantu orang dan tidak harus ada sifat "bias" dalam menyelesaikan skil komunikasi dan perlu mengetahui nilai yang boleh kita pegang.

Apa yang berlaku dalam PBC sebelum ini situasinya tidak "Real Business" lantaran tidak wujudnya usahawan pada penama yang berpangkat atau usahawan "instant" yang wujud dengan penanaman modal tinggi bagi membeli pangkat. Penyerapan roh perjuangan produk halal masih rendah dibandingkan situasi mengejar status dan pangkat yang akhirnya ahli-ahli HPA bukan sahaja kabur dengan perjuangan tetapi mereka lebih mengenali KOPI RADIX dari sebuah jihad ekonomi dalam HPA.

Oleh sebab itulah program Mentor Mentee diwujudkan untuk kesinambungan perjuangan ini seribu tahun lagi....

23 May 2011

Mesyuarat KPA putuskan PBC ditangguhkan untuk memberi laluan kepada ESP dan BESP


Mesyuarat KPA yang diadakan di HPAIC Shah Alam pada 20 Mei 2011 seiya sekata bersetuju semua program PBC di Zon Tengah khususnya di Lembah Klang ditangguhkan dulu sehingga program ESP dan Bengkel ESP selesai diadakan. Ini kerana menurut Presiden KPA Pjs Hafidzan Faudzi, bila bengkel ESP diadakan nanti, ianya benar benar telah menggantikan program PBC. Semua PJS nanti akan dilibatkan sebagai MENTOR dalam program Bengkel susulan selepas program ESP.

Bengkel pertama selepas ESP ialah Bengkel Kepimpinan dan Keusahawanan MLMS yang akan diadakan di HPAIC pada hari Ahad 29 Mei ini. Mereka yang dipilih sebagai MENTOR untuk benkel pertama yang akan mengikuti kursus bengkel bersama Pengarah Urusan di Sungai Petani hari Selasa 24 Mei ini dari KPA yang telah diputuskan ialah:
1. PJS HAFIDZAN FAUDZI
2. PJS ROSMANDI ISHAK
3. PJS MURAD ABU BAKAR
4. PJS KHALID ISKRI
5. PJS MARJUNI SALLEH
6. PJS JAMALUDDIN MD NOR (PERAK)
7. PJS ISMAHALI
8. PJS SAFUAN PAMIDI
9. PJS FAUZANI ABDUL RAHIM
10.PJS JAMALUDDIN YEOP MAJLIS

Mesyuarat juga memutuskan jadual kelas mingguan akan disusun semula oleh Unit Latihan KPA Pjs Rosmandi dalam tempoh 2 minggu dari sekarang. Hanya 8 tempat dikekalkan Kelas Mingguan di Lembah Klang iaitu:
1. Cawangan Bandar Baru Bangi (Rabu)
2. Cawangan Wangsa Maju (Isnin)
3. Cawangan Ampang (Selasa)
4. Cawangan Rawang (Selasa)
5. Cawangan Klang (Rabu)
6. Cawangan HPAIC Shah Alam (Jumaat) - Kelas akan diadakan di Tingkat 10
7. Cawangan Tanjung Karang (Jumaat)
8. Cawangan Gombak / Batu Caves. (Rabu)

Mesyuarat selama 3 jam bermula jam 9 malam sehingga 12 malam yg turut dihadiri oleh PJS Hj Khalid Iskri dan wakil komuniti cawangan turut membahaskan isu penajaan semula yg telah diputuskan bersama Pengarah Urusan, GM, Panel Syariah, Pjs Syura dan Wakil Pelapis Pjs setiap kelab baru baru ini. Presiden KPA menjelaskan semula bahawa penajaan semula yang tak dibenarkan ialah penajaan rangkaian. Hanya individu sahaja yang boleh ditaja semula jika individu berkenaan tidak pernah aktif sejak 2007 dan menjadi ahli pada tahun 2007 kebawah. Jika individu berkenaan mempunyai rangkaian, maka rangkaian lamanya itu tidak mengikutinya tetapi akan di pass up kepada penaja lamanya dulu. Individu yg ditaja semula itu akan mendapat no keahlian baru dan kembali zero.

Mesyuarat juga dengan rasminya telah melantik PJS HJ JAMALUDDIN MD NOOR dari Manjung menjadi AJK KPA sebagai Ketua Zon Negeri Perak berkuatkuasa serta merta.

Presiden juga mengumumkan bahawa Setiausaha KPA yang baru dilantik En Ismahali telah pun dilantik sebagai Pengarah Jati Setia berkuatkuasa urusniaga bulan Mei 2011. Semua ahli mesyuarat mengucapkan TAHNIAH kepada PJS MOHD ISMAHALI BIN HJ ISMAIL yang baru-baru ini menerima Anugerah Pusat Jualan Terbaik dan juga sebagai Pelapis Pjs Terbaik. Beliau juga kini merupakan Pengerusi Tetap Program ESP di seluruh Malaysia.

18 May 2011

BENGKEL ESP DI HPAIC 29 MEI

Untuk lebih jelas sila klik diatas gambar diatas.

Seperti yang dijanjikan dalam program ESP, 30 bengkel dalam tempoh 3 tahun akan disediakan kepada semua ahli HPA dan diberi percuma 5 daripada bengkel itu kepada perserta ESP.

Bengkel pertama yang bertajuk Bengkel Keusahawanan MLMS akan diadakan seperti dalam jadual dalam poster di atas. Untuk pengedar yang berada di Zon Tengah Bengkel ESP yg pertama ini akan diadakan di Menara HPAIC pada hari Ahad 29 Mei 2011. Kepada ahli HPA yang membawa Sijil ESP mereka berhak mendapat yuran PERCUMA malah jika peserta belum berpangkat semasa menghadiri ESP dulu tak sempat membuat belian 150NM semasa program ESP boleh berbuat demikian semasa menghadiri Bengkel percuma ini.

Kepada mereka yang belum menghadiri program ESP boleh juga menghadiri program bengkel ini tetapi dikenakan bayaran RM50.00.

Adalah dimaklumkan bahawa Maintain 150 NM di Bengkel ESP hanya dibenarkan untuk PESERTA ESP yang telah menyertai Program ESP sahaja (bagi yang belum maintain), manakala bagi peserta baru perlulah menyertai Program ESP terlebih dahulu bagi membolehkan untuk maintain 150NM.

Program ESP yg terdekat akan diadakan di HPAIC pada hari Sabtu 11 JUN 2011.

16 May 2011

Ceramah "Ramadhan di Gaza"


TAJUK CERAMAH :

Catatan Ramadhan di Gaza(RADIG)

TARIKH :

21/5/2011(Sabtu)

MASA :

8.30mlm - 11.30mlm

TEMPAT : Dewan Menara HPAic Tingkat 1(atas pasaraya Halal HPAic)

PENCERAMAH : Haji Abdul Aziz Hj Abu Bakar


Masuk adalah PERCUMA.....

Serba Ringkas Penceramah :

Beliau merupakan Wakil NGO's MAPIM(Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia), beliau telah ke Gaza Palestin Ramadhan yg lalu, Beliau melihat sendiri kemusnahan dan penderitaan yg di alami oleh rakyat Pelestin. Beliau telah menjadi tetamu rasmi kerajaan Hamas, beliau berpeluang berjumpa PM Ismail Hanieyah dan sekarang mengumpulkan dana untuk pembinaan Masjid & HospiTal....

InsyaAllah dengan kehadiran anda, kita dpt membantu mengumpul dana tersebut dan membantu rakyat Palestin, saudara kita!!!

15 May 2011

KPJ DI RAWANG DAN KULIAH HADIS DI HPAIC

Program terkini di Zon Tengah

1. Kuliah Perubatan Jawi oleh Us. Mohamad Ibrahim di Hpa Cawangan Rawang pada hari Isnin 16 Mei 2011 bermula jam 8.30 malam sehingga 11.30 malam

2. Kuliah Hadis menggunakan kitab Bulughul Maram yang akan disampaikan oleh Us. Ahmad Adnan Fadhil Setiausaha Panel Syariah HPA di Dewan Utama Tingkat 1 Menara Hpaic Shah Alam pada hari Khamis 19 Mei 2011 bermula Solat Maghrib berjemaah sehingga jam 10.00 malam.

Semua pengedar HPA khususnya yang berdekatan dijemput hadir pada kedua-dua majlis tersebut diatas.

10 May 2011

4 ESP LAGI: IPOH, PENANG, KUANTAN DAN JOHOR BAHRU


MAKLUMAT TERKINI

ESP DI IPOH PADA 14 MEI 2011 TELAH DI BATALKAN , SEBARANG MAKLUMAN PERUBAHAN AKAN DIMAKLUMKAN DARI MASA KE SEMASA..MOHON DI HEBAHKAN PADA SEMUA..

Justeru itu semua ahli yang telah membeli tiket masuk ESP Ipoh bolehlah digunakan untuk ESP Penang pada 22hb Mei nanti. Diharap semua ahli dapat memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap makluman ini.

PASAR ESP AKAN DI DIADAKAN PADA 14 MEI 2011 JAM 10.30 PAGI DI PASARAYA HALAL HPAIC BAGI MENGGANTIKAN ESP TERSEBUT

MOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG BERLAKU..

ESP seterusnya 14 MEI di Hotel Sri Malaysia Ipoh





Gunakan ESP sebagai peluang mencari rakan kongsi yang baik bersama HPA.
Itulah diantara ungkapan sulung Pengurus Besar AWM En Mohamad Faisol ketika membentangkan Target Perlaksanaan ESP di Hpaic malam tadi.

Menurutnya lagi HPA adalah sebuah perniagaan yang sangat unit kerana
1. Ianya membangunkan sistem MLMS.
2. Dibangunkan oleh pemimpin yang soleh, alim, cintakan agama, mempunyai semangat yang kental, mempunyai cita-cita besar untuk menuju kejayaan dunia dan akhirat.
3. Memperjuangkan produk halal dan toyyibah.
4. Sebuah perniagaan yang berasaskan herba dan bersumberkan Thibbunnabawi.
5. Mempunyai tonggak kepimpinan pengedar yang tak ada pada syarikat MLM yang lain.

Beliau memberikan kata kata semangat itu semalam sebelum Penceramah utama Presiden PERJAWI Pjs Hj Murad Abu Bakar. Cikgu Murad dalam kuliahnya yang bertajuk Pencucian dan Pengimbangan - Satu Falsafah Perubatan Herba Holistik sebelum itu menceritakan kelebihan produk Mocha Radix dimana Kekuatan Mocha Radix ada pada Koko, Kopi dan 7 herba yang digunakan.

Presiden KPA Pjs Hafidzan Faudzi juga turut memberikan kata-kata perangsang menceritakan pengalaman beliau bersama HPA sejak 1995 lagi di UPM. En Hafidzan menyeru semua pemimpin pengedar HPA di Zon Tengah ini supaya dapat menggempur program ESP seterusnya pada hujung minggu ini di Hotel Sri Malaysia Ipoh Perak pada hari Sabtu 14 Mei ini... Tiket ESP boleh dibeli disemua cawangan HPA di Zon Tengah..

Lokasi Hotel Seri Malaysia Ipoh

Lot 10406,Jalan Sturrock,Off Jalan Tambun,30350 Ipoh,Perak, Malaysia.

Tel : 05-241 2936
Fax: 05-241 2946

08 May 2011

LAPORAN BERGAMBAR ESP DI AMPANG 2 MEI 2011

Dari pagi sehingga malam Pengarah Urusan Tn Hj Ismail mengisi program yg dibahagikan kepada 3 sesi. Sesi pagi, Sesi petang dan Sesi malam.

Dr Yusri Yahya turut mengisi slot di sesi pagi. Beliau mengupas tajuk Terapi Jiwa yang banyak menyentuh hati para peserta yg terdiri dari berbagai latar belakang berumur 18 tahun ke atas.

3 dari 5 IKON yang dibawa untuk ESP di Ampang. Mereka ialah dari kiri: PJS SYED SALEHUDDIN AL HADAD, PJS US JAMALUDDIN JUSUH ALHAFIZ dan PJS HJ RAHMAT DAIM. 2 lagi IKON yg duduk di bahagian wanita adalah PJS SITI HABIBAH YUSOF dan PJS NORHANI KONTING.

Kumpulan Nasyid UNIC turut menghiburkan peserta dengan mendendangkan terus lagu-lagu motivasi yg telah dialbumkan dalam album nasyid Hijrah keluaran HPA.

Peserta bertuah menerima hadiah utama JAWI WATER SYSTEM dari Pengarah Urusan HPA.

Selepas habis sesi pagi Tn Hj Ismail mengetuai lawatan ke Pasar ESP. Bermula dari gerai Melaka Halal Hub dan seterusnya..

Petugas Pasar ESP sudah bersiap dari awal pagi untuk menerima order pukal kopi radix dan 4 lagi produk utama dalam program ESP.

Satu lagi produk terbaru HPA yg juga diperkenalkan dalam Pasar ESP iaitu Minyak Enjin kereta berjenama HPALUBE.

5 IKON HPA yang diperkenal oleh Pengarah Urusan dalam program ESP di Ampang selepas masing-masing memberi kata-kata semangat dan berkongsi pengalaman diatas kejayaan mereka bersama HPA.

Kumpulan Dikir Barat dari Kelantan turut menghiburkan peserta dan berjaya menghidupkan suasana bila mengemukakan kuiz diakhir persembahan dan memberi hadiah berupa album cd mereka.

Tn Hj Ismail bersama VVIP mengetuai nasyid doa waktu Dhuha sebelum majlis bermula.

Acara cabutan bertuah bermula dengan GM En Mohd Faisol memulakan cabutan. 10 hadiah bertuah disediakan. 1 unit Jawi Water Filter, 2 Jam Tawaf Hpa dan 7 set alatan bekam.

5 IKON ESP HPA diberi penghormatan menandatangani poskad HPA kepada semua peserta untuk mendapatkan hadiah misteri...


Presiden KPA Pjs Hafidzan Faudzi mengetuai para peserta membaca ikrar ESP di awal sesi pagi.

Tn Hj Ismail di sesi malam menyampaikan Kuliah Perubatan Jawi khas untuk ESP. KPJ pada sebelah malam ini dibuka penyertaannya secara percuma kepada orang ramai.


07 May 2011

KPJ KHAS SEMPENA PASAR ESP DI HPAIC


Sempena Pasar ESP khas yang bakal diadakan di Pasaraya Halal Mall HPAIC pada hari Isnin 9 Mei 2011 ini, satu Kuliah Perbatan Jawi akan diadakan pada sebelah malamnya. Presiden PERJAWI PJM'S Tn Hj Cikgu Murad bin Abu Bakar akan menyampaikan Kuliah Perubatan Jawi di Dewan Utama Tingkat 1 Menara HPAIC Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam bermula jam 8.30 malam sehingga 11.30 malam.

Sehubungan dengan itu KPA bagi pihak HPA Zon Tengah menjemput semua para pengedar HPA khususnya yg berdekatan agar dapat hadir dan menyebarkan maklumat ini kepada semua orang dari perlbagai lapisan masyarakat. Ianya terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Pasar ESP yang biasa disediakan disemua tempat program ESP di seluruh Malaysia akan diadakan dalam Pasaraya Halal Mall HPAIC bermula dari jam 2.00 petang.

Semua produk pilihan dalam program ESP akan dijual pada hari itu seperti KOPI RADIX JUMBO, KOPI RADIX PAPAN, KOKO RADIX KILO, MOCHA RADIX DAN RADIX GOAT dan lain-lain produk yg mengiringinya seperti produk Melaka Halal Hub, Minyak Enjin HPALUBE dan lain-lain.

24 April 2011

ESP - REAL BUSINESS di Hotel Depalma Ampang 2 MEI 2011


EKSLUSIF SEHARI BERSMA PENGARAH URUSAN

MOTO: KECUKUPAN PRODUK HALAL DI PASARAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

ESP: Program keilmuan herba dan motivasi bagi memupuk kesedaran pengguna muslim.

Kepada peserta ESP

Pada hari ESP dilangsungkan, PASAR ESP akan diadakan pameran dan jualan, Melaka Halal Hub, RFC, JHS, Muslimah, Jawi Filter, produk set lengkap, pemeriksaan kesihatan percuma, serta penjualan Produk-produk Khas


1. Kopi Radix
2. Kopi Diet
3. Koko Radix
4. Mocha Radix
5. Radix Goat


Oleh itu disarankan para Agen Stok HPA menjadi peserta ESP untuk mendapatkan produk-produk utama HPA seperti diatas. Kerana Produk KHAS hanya boleh dibeli oleh peserta ESP sahaja.


2. Pemohon baru Agen Stok

Dengan mengikuti Kursus ESP anda layak memohon menjadi Agen Stok HPA (Stokis, Pengurus Stokis, Pusat Jualan dan Pusat Agensi). Tidak perlu lagi mengikuti program khas agen stok dengan Pengarah Urusan dan Panel Syariah seperti sebelum ini.


Penjualan Produk Terlaris dan produk Promosi tertentu hanya kepada peserta kursus sahaja .

DAPATKAN TIKET MASUK BERHARHA RM100.00 MULAI SEKARANG DI SEMUA CAWANGAN HPA ZON TENGAH DAN DI HPAIC SHAH ALAM.

Cabutan bertuah 1 unit Jawi Filter & 2 Unit Jam Tawaf.

Persembahan Amran Hpa Raihan

Pendaftaran 7.30 - 8.30 pagi

Program akan bermula tepat jam 9.00 pagi sehingga 11.00 malam.

* Makanan / minuman tidak disediakan

*Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk

*Peserta perlu berpakaian kemas sepanjang program

*Pendaftaran selepas 8.45 pagi hari program tidak diterima

*Satu tiket hanya untuk seorang dan satu tempat duduk sahaja.



20 April 2011

KPJ BERSAMA TN HJ ISMAIL DI HPAIC MALAM ESOK KHAMIS 21 APRIL

Insya Allah Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail akan memberikan Kuliah Perubatan Herba dalam Program KPJ malam esok (KHAMIS 21 APRIL 2011) di Dewan Tingkat 1 Menara HPAIC di Shah Alam mulai jam 8.30 malam sehingga 11.30 malam.

Semua dijemput hadir kerana pada malam tersebut semua produk utama seperti KOPI RADIX JUMBO, PAPAN, DIET, KOKO RADIX, MOCHA RADIX dan RADIX GOAT akan dijual sepertimana dalam program ESP.... tetapi tiada kenaikan pangkat ye.... Ini bukan ESP tetapi KPJ BERSAMA PENGARAH URUSAN...

19 April 2011

KPJ di Cawangan Rawang malam ini. SELASA 19 APRIL


Kuliah Perubatan Jawi atau singkatannya KPJ akan diadakan malam ini di HPA Cawangan Rawang. Herbalis Pjs Us. Jamaluddin Jusoh AlHafiz atau lebih dikenail dengan nama Ustaz Ja dari Terengganu telah dipilih oleh pihak HPA Zon Tengah untuk mengisi program ini pada malam ini..

Oleh itu pihak KPA dan Jawatankuasa Komuniti Rawang mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Us. Ja yang juga merupakan Motivator HPA Zon Timur dan Anggota Majlis Syura PJS Semalaysia dari KPT (Kelab Pemimpin Timur). Beliau adalah Pengetua Madrasah Darul Bayan di Paka Terengganu. Blog beliau bernama MUJAHID HPA boleh dilayari dengan menaip alamat www.ctjust.blogspot.com

Semua pengedar HPA di Zon Tengah khususnya yang berhampiran adalah dijemput beramai-ramai bersama rangkaian dan prospek masing-masing. Jamuan ringan diakhir majlis akan disediakan oleh pihak Komuniti Hpa Cawangan Rawang.

12 April 2011

TENTATIF MINI KONVEK HPA ZON TENGAH DI HOTEL DEPALMA AMPANG


16 APRIL 2011

BIL

MASA

AKTIVITI

1.

7.30 pg

Pendaftaran Peserta & Hadirin

2.

8.00 pg

Ketibaan VVIP / VIP

3.

8.30 pg

Majlis Di mulakan

Tayangan Montaj Hari Anugerah

4.

8.35 pg

Ucapan Alu-aluan MC

5.

8.40 pg

Bacaan Doa Pembukaan

6.

8.45 pg

Ucapan Alu-aluan Presiden KPA

7.

8.50 pg

Ucapan GM

8.

9.00 pg

Ucapan Perasmian

9.

9.30 pg

Persembahan Nasyid-Sunnah Org Berjuang

10.

9.40 pg

Penyampaian anugerah

- Stokis Terbaik

- Pengurus stokis daerah terbaik

- Pusat jualan terbaik

- Pusat agensi terbaik

11.

9.55 pg

Penyampaian

Anugerah Pengarah Melati Terbaik

Anugerah Pengarah Meranti Terbaik

Anugerah Pengarah Jati Terbaik

Anugerah Pelapis Terbaik

12.

10.10 pg

Persembahan Nasyid - Hijrah

13.

10.20 pg

Penyampaian

Anugerah Pengarah Jati Emas Terbaik

Anugerah Jati Intan Terbaik

Anugerah Jati Mahkota Terbaik

14.

10.35 pg

Penyampaian

Anugerah Asia Ocenia

Anugerah Percutian Global

15.

10.50 pg

Persembahan Nasyid – Musafir Perjuangan

16.

11.00 pg

Penyampaian Anugerah

Pelaburan Saham kowahida RM300

17.

11.30 pg

Cabutan Bertuah 01

Nasyid ‘Sajak Usahawan’

18.

11.40 pg

Pelaburan Saham kowahida RM500

19.

12.00 tgh

Persembahan Nasyid- Gelombang Kejayaan

(Mantap Team & PJS)

20.

12.10 tgh

Kategori Kedua ( Pakej Pelancongan ke Indonesia utk 1 org)

21.

12.20 tgh

Top 20 PJ

22.

12.30 tgh

Kategori Ketiga(Pakej Umrah 1 orang)

Kategori Ketiga(Pakej Umrah 2 orang)

23.

12.40 tgh

Montaj ESP

Cabutan Bertuah 02

Persembahan Nasyid Penutup –

Sunnah Org Berjuang & Menuju Wawasan

24.

1.00 tgh

Bersurai…