19 September 2011

PKLP (Program Khas Laluan ke Puncakjaya) di Hotel Depalma Ampang


PKLP - Himpunan 1,000 Pengedar HPA

Tempat: Hotel DePalma Ampang KL
Tarikh: 25/9/11 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
PERCUMA

Kelebihan:- Program Khas Laluan Ke Puncakjaya (PKLP)

1. Maintain 50NM pada hari program akan naik pangkat PB ke PLX dan pangkat2 seterusnya.

2. Pengisian hebat oleh Tn Hj Ismail Ahmad, PJS Hafidzan Faudzi, PJS Cg Murad Abu Bakar, PJS Azizan Ahmad & PJS Hj Khalid Iskri

3. Pelancaran produk-produk baru:-
> Vigor - Herba lelaki hebat
> Pueraria - Herba wanita anggun

4. Pertandingan Kopi Radix Tariiiikkkkkkk

Kenapa PKLP dilaksanakan?
1. Untuk menyuntik semangat baru kepada ahli HPA dengan peluang kenaikan pangkat dan bonus.
2. Untuk mencetuskan fenomena kopi Radix yang sudah dikenali ramai di kalangan masyarakat
3. Agar jualan syarikat dapat dipulihkan dengan pantas serta membantu pemulihan segera kewangan syarikat
4. Agar syarikat dapat kembali berdaya saing, mampu melangsaikan pembayaran bonus ikut jadual serta dapat kembali mendapat kepercayaan tinggi khususnya warga HPA.
5. akhirnya kegiatan bisnes ahli-ahli HPA akan kembali rancak.

Sila hantar SMS nama, no IC dan no hp ke

0194490082, 0136265260, 0132110267

15 September 2011

KENYATAAN RESMI SKEMA (Sekretariat ESP Malaysia)

Salam perjuangan.

Sekt ESP Malaysia (SKEMA) dgn persetujuan Tn Hj Ismail Ahmad telah memutuskan dlm Mesy Sekt Kali Ke 2 pd Rabu 14/9/11 di Dewan Amir Ramadhan, Jejawi, Perlis seperti berikut>

1) Program Khas Laluan Ke Puncakjaya (PKLP), akan di adakan pd Ahad 25/9 di HPAic. PLKP adalah program khas 1 hari (8pg-5ptg) laluan mudah kenaikan pangkat & menjana bonus dgn hanya maintain 50NM pd hari program. Fokus adalah kepada pembelian Kopi Radix. Bayaran penyertaan adalah percuma dan terbuka kpd semua pengedar HPA.

2) Pelancaran produk baru Vigor (herba lelaki hebat) & Pueraria (herba wanita anggun) akan di adakan pd jam 5ptg hari yg sama.

3) SKEMA juga mengingatkan kpd para pengedar Tawaran Hebat Insentif ESP 2011 (Cabutan bertuah-Ipad). SKEMA menggalakkan para pengedar utk menggempur rangkaian utk maintain minima 100NM sebulan pd Sept, Okt dan November 2011. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

4) SKEMA akan menganjurkan prog Akujanji PJS dan Pengurusan tertinggi HPA & Pembentangan Pelan Strategik 2025 pd 8-9 Okt di HPAic. (Khas utk PJS & Pengurusan tertinggi HPA shj).

5) Slogan baru HPA ialah:-
1HPA 1Perjuangan 1Ummah Gempurrr ..... Radix InsyaAllah!

Seeru aala barokatillah.
Teruskan dgn penuh keberkatan dari Allah Ta'ala.

PJS Hafidzan Faudzi
Pengerusi
Sekretariat ESP Malaysia

14 September 2011

PROGRAM LALUAN KE PUNCAK JAYA

KENYATAAN RESMI DARI SEKRETARIAT ESP MALAYSIA (SKEMA)

Assalamualaikum.

Kepada semua para PJS, Pelapis PJS dan semua pengedar dijemput menghadiri

TAKLIMAT KHAS PROGRAM LALUAN KE PUNCAK JAYA

Tarikh: Ahad 18 September 2011

Masa : Jam 8.00 malam hingga 10.00 malam.

Tempat : HPAIC SHAH ALAM.

13 September 2011

KPJ & MAJLIS HARIRAYA BERSAMA PU1 DI IPOH

Kepada semua para pengedar khususnya di Negeri Perak adalah dijemput untuk menghadiri Kuliah Perubatan Jawi sempena Sambutan Majlis Hariraya bersama Pengarah Urusan 1 Tn Hj Ismail Hj Ahmad.

Tarikh:- 16 Sept. 2011 / 18 Syawal 1432H (Jumaat)

Tempat:- Hpa Cawangan Ipoh

Aturcara:-
7.15 mlm. : Solat Maghrib berjemaah
7.30 mlm : Majlis Sambutan Hariraya
8.30 mlm: Solat Isyak
9.00 mlm: Kuliah Perubatan Jawi oleh Tn Hj Ismail.

12 September 2011

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL HPA & IPTIP BERSAMA DYMM RAJA PERLIS


MALAM AMAL DAN BANTUAN ANAK YATIM SEMPENA SAMBUTAN AIDILFITRI DAN BULAN KEMERDEKAAN NEGERI PERLIS.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak HPA Industries Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis(IPTIP’s) untuk menjayakan Program Malam Amal dan Bantuan Anak Yatim Sempena Sambutan Aidilfitri dan Bulan Kemerdekaan. Majlis turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis serta Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis , YAB Menteri Besar Perlis, Exco- Exco Negeri Perlis dan Ketua-ketua Jabatan Negeri Perlis.
Berikut dinyatakan maklumat lanjut program:

Tarikh : 14 September 2011/16 Syawal 1432 H (Rabu)
Tempat : Perkarangan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP’s)
Masa : 5.00 petang-10.30 malam
Penyertaan : Masyarakat sekitar
: Anak-anak Yatim Negeri Perlis

Panduan berpakaian: Lelaki(baju batik), Perempuan(baju batik/ jubah)
Kehadiran VVIP
1. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis
2. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis
3. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis dan Jemaah Menteri
4. Exco-exco Negeri Perlis
5. Ketua-ketua Jabatan Negeri Perlis
6. Yang Berbahagia Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd dan isteri serta Pengurusan Tertinggi HPA
7. Barisan Pengurusan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis(IPTIP’s)
  • Diraikan adalah Anak-Anak Yatim Negeri Perlis

10 September 2011

JADUAL BENGKEL ESP (SEPT OKT NOV 2011)


BESP ZON TENGAH 2011


Bengkel ESP Zon Tengah Anjuran KPA (September 2011)

18 September 2011 (Ahad)

HPAic > Kursus Asas Mentor (Utk PJS & PPJS yg belum mengikuti kursus lagi)

HPAic > Kursus Mentor-Persediaan BESP 2


24 September 2011 (Sabtu)

HPAic > BESP 1 (Keusahawanan MLMS) dan BESP 2 (6M)

Caw Ipoh > BESP 1(Keusahawanan MLMS)



Bengkel ESP Zon Tengah Anjuran KPA (Oktober 2011)


2 Oktober 2011 (Ahad)

HPAic > Kursus Mentor-Persediaan BESP 3 (Sinergi Herba)


22 Oktober 2011 (Sabtu)

HPAic > BESP 2 (6M) dan BESP 3 (Sinergi Herba)

Caw Ampang > BESP 1 (Keusahawanan MLMS)

Caw Bangi > BESP 3 (Sinergi Herba)

Caw Tg Karang > BESP 2 (6M)



Bengkel ESP Zon Tengah Anjuran KPA (November 2011)

13 November 2011 (Ahad)

HPAic > BESP 2 (6M)

Caw Ampang > BESP 2 (6M)

Caw Bangi > BESP 3 (Sinergi Herba)

Caw Rawang > BESP 2 (6M)

Caw Ipoh > BESP 1 (Keusahawanan MLMS)


26 November 2011 (Sabtu)

Caw Tg Karang > BESP 3 (Sinergi Herba)




** Setiap bengkel terhad kepada 50 peserta shj.

** Kos percuma bagi Peserta ESP & RM50 bagi pesertabukan ESP** **

** Utk pendaftaran sila hubungi:-

019-449 0082 (Atikah), 013-626 5260 (Hasbi), 019-455 4564 (Lail)



09 September 2011

INSENTIF ESP 2011

Berita Baik insentif ESP.
Mantain 100NM mulai September, Oktober, November akan berpeluang mendapat sebuah IPAD. Syarat minima Mantaian 100NM 3 bulan berturut2 menawarkan 40BUAH IPAD. Cabutan akan diadakan pada 17hb DEC 2011 di HPAIC. Para pengedar pelbagai pangkat yg maintain minima 100NM setiap bulan layak




PJS Hafidzan Faudzi selaku Pengerusi Sekretariat ESP 2011-2012 bersama anggotanya yg terdiri dari PJS Cikgu Murad (Tim Pengerusi), PJS Ismahali (Setiausaha), Mohd Hariz Ismail (Unit IT & Penerangan) dan PJS Rosmandi Ishak (Unit Pemantauan) mengumumkan Insentif ESP 2011 yang telah diluluskan oleh Pengarah Urusan Tn Hj Ismail Hj Ahmad. Pengumuman ini dibuat semasa Kuliah Perubatan Jawi yang disampaikan oleh Pengarah Urusan sempena Majlis Hari Raya Hpa Zon Tengah di HPAIC. SHAH ALAM.

Pihak KPA mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengarah Urusan yang telah meluluskan Insentif yang sangat istimewa ini...
Terima kasih Tuan Hj Ismail..



Majlis Hariraya turut dihadiri En. Bokhari Ketua Pegawai Eksekutif TV Hijrah.

08 September 2011

SEKRETARIAT ESP DITUBUHKAN



Senarai Penuh Sekretariat ESP 2011-1012:


Penaung: Tn Hj Ismail Hj Ahmad

Pengerusi: PJS Hafidzan Faudzi

Timb. Pengerusi: PJS Hj Murad Abu Bakar

Setiausaha: PJS Mohd Ismahali Hj Ismail

Unit IT & Penerangan: En.Mohd Hariz Harun

Unit Latihan & Promosi: PJS Hj Murad Abu Bakar

Unit Penilaian: PJS Hj Rosmandi Ishak

Unit Bengkel ESP: PJS Mohd Aseri Hanapiah

Unit Pengurusan Data: PJS Hj Azizan Ahmad

AJK wakil Syarikat:

Ustaz Zolkharnain Abidin - Panel Syariah / Pen Pengarah Urusan 1

En. Nor Izham Mohd Noor

En. Shardi Elvisly Othman

Pn. Zaimah Ismail


AJK wakil KPA

PJS Hafidzan Faudzi

PJS Hj Rosmandi Ishak

PJS Mohd Ismahali bin Hj Ismail

PJS Cikgu Hj Murad bin Abu Bakar.


AJK wakil KPT

PJS Ustaz Mohd Ramizu Abdullah

PJS Ustaz Jamaluddin Jusoh

PJS Cikgu Hj Jalaluddin Yeop Majlis


AJK wakil KPU:

PJS Hj Azizan Ahmad

PJS Mohd Aseri Hanafiah

PJS Mohd Nazri Ahmad


AJK wakil KPS

PJS Siti Habibah Yusof

PJS Rahmat Daim

PJS Fauziah Abu Samah


AJK wakil KPB

PJS Zul Aznan Adrine

PJS Jeffri Armando


05 September 2011

KPJ dan Majlis Hari Raya bersama Pengarah Urusan



KPJ & Majlis Hariraya Aidilfitri bersama Tn Hj Ismail Ahmad

Rabu 7 hb. September 2011

Tuan/puan adalah dijemput ke majlis di atas.

Butiran:-

Tarikh:- 7 Sept. 2011 / 9 Ramadhan 1432H (Rabu)

Tempat:- HPAic

Aturcara:-

7:19mlm> Solat Maghrib berjemaah & Jamuan Hariraya
8:29mlm> Solat Isyak berjemaah
9:00mlm> Kuliah Perubatan Jawi Tn Hj Ismail Ahmad

21 August 2011

150 ikuti Bengkel Sinergi Herba kali pertama di HPAIC

Pengarah Urusan 1 Tn Hj Ismail mengendalikan sendiri Bengkel Sinergi Produk kali pertama di Hpaic yang dihadiri 150 peserta terdiri dari para pengedar dan pengurusan HPA Zon Tengah bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Antara peserta lelaki yang mengikuti Bengkel ESP Sinergi Herba kali pertama di hpaic.

Antara peserta wanita yang mengikuti Bengkel ESP Sinergi Herba kali pertama di hpaic.

Presiden PERJAWI PJM Cikgu Murad turut hadir mengikuti Bengkel ESP Sinergi Herba

Wakil peserta wanita sedang mendeklamasikan sajak dengan penuh perasaan.

PJS Cikgu Sani dari Perak mewakili peserta lelaki turut mendeklamasikan sajak dengan penuh semangat menarik perhatian semua peserta yang mengikuti bengkel.


PJS Abdullah Abdul Rahim mengetuai Senaman Pernafasan sebelum bengkel bermula

En Hasbi salah seorang Pegawai Latihan di HPAIC mengetuai bacaan Al-Maathurat diawal pagi sebelum bengkel bermula.

Semua peserta dijemput menghadiri Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di tingkat 10 Menara HPAIC.

Jamuan makan selepas solat Maghrib disediakan secara buffet.


Program diakhiri dengan solat tarawih yang diimami oleh kenalan lama Tn Hj Ismail

Selepas solat tawawih 4 rakaat diadakan majlis tazkirah selama 30 minit dan selepas itu disambung semula tarawih sebanyak 4 rakaat lagi dan akhirnya solat witir 3 rakaat.


18 August 2011

Penurunan Harga Ahli Ubat Gigi Miswak.

Ubat Gigi Miswak (100g) yang sebelum ini dijual dengan harga RM4.00 untuk ahli telahpun diturunkan kepada RM3.50 untuk ahli dengan mengekalkan nilaimata 1 dan harga pengguna RM6.00.


UBAT Gigi Miswak HPA

RM 6.00
Ubat Gigi Miswak dengan ekstrak semulajadi kayu sugi dan berkesan dalam memberikan anda keyakinan serta penjagaan mulut yang optimum. Seiring dengan kehendak Syarak, formula semulajadinya:

· Membersih dengan berkesan untuk memutihkan gigi
· Mencegah kerosakan gigi
· Melindungi gigi daripada kaviti
· Mencegah plak gigi
· Menyegarkan nafas

16 August 2011

Tempoh Belian syarat 150NM melalui ESP dilanjutkan


TEMPOH MAINTAIN 150 NILAI MATA

Sungai Petani 16 OGOS - Mesyuarat Tribunal hari ini bersama PU telah meluluskan tempoh maintain 150 pv / nilai mata boleh dibuat dalam tempoh sebulan dan boleh dibuat belian dimana-mana agen stok yangg berdaftar.

Antara Syaratnya :
  1. Borang kuning maintain 150 pv kena ambil distation utama / cwg berdekatan.
  2. Salinan sijil ESP atau bengkel perlu di lampirkan dgn invois dan borang maintain ESP.
  3. Bagi program yg berlangsung pd 25 haribulan keatas akan dikira pd bulan berikutnya.
  4. Proksi sama sekali tidak dibenarkan.
Sekian harap maklum.

Sumber: http://pemasaranalwahida.blogspot.com

14 August 2011

BENGKEL SINERGI HERBA DI HPAIC 20 OGOS


Tn Hj Ismail Ahmad Pengarah Urusan Hpa sendiri akan mengendalikan Bengkel Sinergi Herba yang akan diadakan di Hpaic pada hari Sabtu 20 Ogos ini.

Oleh itu Bengkel Teknik Penajaan Efektif yang dijadualkan pada tarikh sama akan DITANGGUHKAN selepas Hari Raya nanti yang tarikhnya akan ditentukan kemudian.

Semua pengedar yang telah mengikuti Esp dan Bengkel Esp siri 1 bolehlah mendaftar mulai sekarang dengan menghubungi segera Pegawai Latihan di Hpaic Cik Atikah 019-4490082.

Tentatif program:

8pg - 4ptg : Bengkel Sinergi Herba oleh Tn Hj Ismail

5ptg - 7mlm : Khatam Al Quran

7 - 10mlm : Iftar dan Tarawih

Bengkel terbuka pada semua. Terhad kepada 200 peserta sahaja.

SMS nama dan No. IC kepada :
019-4490082 / 013-6265260 / 013-2110267

Nota: Terbuka kepada PJS, PPJS, Agen Stok dan Ahli HPA yang telah mengikuti ESP – Kemasukan Percuma. Bayaran RM50.00 kepada yang tidak hadir ESP. Daftar segera di Cawangan Berdekatan anda

#Peserta baru dan termasuk peserta ESP boleh membuat belian 150NM untuk melayakan mendapat pangkat PLX (20%)


11 August 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS IFTOR JAMA'IE KOMITI KLANG (ZON 4 KPA)


Assalamualaikum.

Sukacita dimaklumkan bahawa Komiti Zon 4 KPA akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Hpa Cawangan Klang pada hari Ahad 14 Ogos 2011.

Majlis akan diserikan lagi dengan program Tazkirah sebelum berbuka puasa dan Motivasi selepas solat tarawih.

Tazkirah oleh PJS US SAFUAN PAMIDI (Ketua Zon 4 KPA)
Motivasi oleh PJS HAFIDZAN FAUDZI (Presiden KPA)

Setiausaha Komiti PJS US MOHAMAD ASRI ZAKARIA memaklumkan Menu utama majlis berbuka puasa ialah Kari Kambing & Ayam masak merah.

Sehubungan dengan itu semua pengedar khususnya yang tinggal di kawasan Klang dan sekitarnya dijemput sama sama memeriahkannya. Sumbangan buah tangan seperti buah-buahan dan kuih muih dialu-alukan.

BESP, DAURAH HADIS dan IFTAR di Cawangan Ipoh 13 OGOS DIBATALKAN

MAKLUMAN PROGRAM ZON TENGAH



*** Pendaftaran bengkel dengan SMS nama, no tel, no ic, no ahli pada
Cik Atikah (019-4490082)
En Lail (019-4554564),
En Hasbi (013-6265260)

10 August 2011

KOWAHIDA kekalkan dividen 10% operasi tahun kewangan 2010

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke-5 Koperasi Wahida HPA Berhad (KOWAHIDA) bertempat di HPAIC pada 6 Ogos yang lalu berjalan dengan cukup baik di mana seramai hampir 50 orang perwakilan yang hadir ke mesyuarat tersebut. Perwakilan yang hadir adalah terdiri daripada anggota-anggota Koperasi Wahida HPA Bhd. seluruh Malaysia yang dibahagikan bagi wakil-wakil zon masing-masing.



(Pengerusi KOWAHIDA En Mohamad Faisol menyerahkan cenderahati kepada En Meor Mohd Shariffudin, Timbalan Pengarah SKM Perlis yang sudi merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan KOWAHIDA kali ke 5)

Mesyuarat itu telah di rasmikan oleh En Meor Mohd Shariffudin, Timbalan Pengarah SKM(Suruhanjaya Koperasi Malaysia) Perlis, En Meor dalam ucapan beliau menyatakan bahawa KOWAHIDA adalah dalam senarai koperasi terbaik di Negeri Perlis dan mengucapkan tahniah kepada KOWAHIDA kerana telah dianugerahkan Koperasi Tunas Cemerlang pada Hari Koperasi Negara di Putrajaya baru baru ini..




Di samping itu juga Pengerusi KOWAHIDA, En Mohamad Faisol Bin Abdul Rahman dalam ucapan beliau memberi keyakinan kepada anggota bahawa koperasi akan merangka lebih banyak projek-projek besar bagi menjana lebih pendapatan serta dapat memberi keuntungan yang lebih baik kepada anggota insyaAllah..

Pada Mesyuarat tersebut Ahli Lembaga dan Pewakilan KOWAHIDA bersetuju mengisytiharkan dividen sebanyak 10% bagi modal saham berakhir 2010 kepada anggota yang layak.

Barisan baru ALK juga telah di lantik dalam mesyuarat tersebut, 2 orang ALK lama telah digugurkan, En Ismail bin Othman dan Pn Nor Haida binti Rameli.

ALK baru yang dilantik bagi mengantikan ALK yang digugurkan adalah En Harryzan bin Yaakub dan En Zambri bin Abd Aziz. Barisan baru Ahli Lembaga ini diberi harapan dan kepercayaan penuh oleh anggota bagi menggerakkan koperasi ke arah cita-cita besar anggota dan salah satunya adalah koperasi menuju ke arah pembentukan sebuah perbankan Islam.


LANTIKAN BARU BARISAN AHLI LEMBAGA KOPERASI 2011/2012

1. Mohammad Faisol bin Abd Rahman (Pengerusi)

2. Azizan bin Ahmad (Setiausaha)

3. Mohd Rosli bin Abu Bakar (Bendahari) - Lantikan Semula-

4. Hafidzan bin Faudzi

5. Fisal bin Ahmad Tajuddin

6. Abdul Ghani bin Hussein

7. Ramly bin Ahmad

8. Rashidah bt Abd Rahim

9. Siti Zawiah bt Abd Rahman

10. Zaharah bt Yusoff

11. Nor Bee bt Ramli

12. Zambri bin Othman - Lantikan Semula-

13. Faezah bt Daud - Lantikan Semula-

14. Harryzan bin Yaakub - Lantikan Baru-

15. Zambri bin Abd Aziz - Lantikan Baru-



Sekitar Mesyuarat Agung Kowahida Kali ke 5 (6 OGOS 2011)








Akhirnya KOWAHIDA telah mengisytiharkan dividen bagi tahun kewangan 2010 sebanyak 10 PERATUS pada 6 Ogos 2011 dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke 5 yang diadakan di HPAIC Shah Alam.

Anggota yang layak mendapat agihan Dividen ini adalah anggota yang melabur sebelum 3o Jun 2010..

09 August 2011

KENYATAAN RASMI DARI MELAKA HALAL HUB




Pemberitahuan Tentang Penggunaan Butter dalam Kek Lapis & Kuih Raya HPA
=================================================================

..
Salam. Untuk pengetahuan semua :
  1. Kek lapis dan biskut raya HPA tidak menggunakan "golden churn butter" sebaliknya menggunakan lemak kelapa sawit yang dikilangkan oleh Sime Darby Sdn. Bhd. Butter jenma lain tidak pasti kehalalanya kerana kebanyakkan diimport dari New Zealand dan Australia. Untuk selamat lebih baik menggunakan butter atau majerin yang dibuat di Malaysia seperti jenama Planta, Seri Pelangi dan sebagainya.
  2. Kepada semua cawangan, zon dan semua yang terlibat mohon memaklumkan kepada pelanggan dan ahli HPA mengenai perkara ini.
  3. Saya lampirkan sijil halal yang berkaitan dan surat daripada pembekal butter sebagai panduan kita.
  4. Mohon semak dengan teliti produk selain daripada jenama HPA mengenai kehalalanya.
  5. Biskut HPA juga menggunakan butter daripada lemak kelapa sawit dan mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM. Sebarang pertanyaan, mohon untuk terus menhubungi saya.
Terima kasih.

"KECUKUPAN PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

RASHIDAH ABD. RAHMAN
MANAGER MHH.
HPA INDUSTRIES SDN. BHD.
LOT 125, MELAKA HALAL HUB,
77300 SERKAM, MELAKA
TEL: +606-2634100 FAX; +606-2636100
HP: 012-7269544 / 016-7628548
EMAIL: rashidahmhh_hpa@yahoo.com

03 August 2011

BESP siri 2 : TEKNIK PENAJAAN EFEKTIF - Sabtu 20 Ogos di HPAIC


Bengkel ESP siri kedua yang bertajuk Teknik Penajaan Efektif akan diadakan kali pertama di Menara Hpaic Shah Alam pada hari Sabtu 20 Ogos 2011.

Bengkel ini hanya ditawarkan kepada mereka yang telah mengikuti bengkel siri pertama Keusahawanan dan Kepimpinan MLMS. Oleh itu semua Mentor dalam bengkel sebelum ini bolehlah mengingatakan para menteenya agar mendaftar segera dengan pihak pengurusan bahagian latihan HPAIC.

Sila daftar segera; SMSkan nama penuh, no kad pengenalan, no HPA dan no h/p ke:-
013-626 5260, 019-449 0082, 013-211 0267.

Berikut adalah senarai Mentor dan Speaker dalam Program Bengkel sepanjang bulan Ramadhan di Zon Tengah:

BESP 1; Bangi; Sabtu 6 Ogos
---------------------------------------
Speaker 1: Cikgu Murad
Speaker 2: Hj Khalid Iskri
M1- PJS Pak Lah (Abdullah Abdul Rahim)
M2- PJS Zamri Ibrahim
M3- PJS Sajarudin Tasiron
M4- PPJS Shamsul Kamal Idris
M5- PPJS Siti Noraniah Abdul Rahman (Asma)
PIC:- Isma
PIC-Person In Charge

BESP 1; Rawang; Ahad 7 Ogos
----------------------------------------
Speaker 1: Hafidzan Faudzi
Speaker 2: Hj Jamaluddin Yeop Majlis
M1- PJS Zainal Ahmad
M2- PJS Isma
M3- PJS Siti Rahmah Ujang
M4- PJS Fatin Rameli
M5- PPJS Abdul Jamil Othman
PIC- Hafidzan/Isma

BESP 1; Ipoh; Sabtu 13 Ogos
---------------------------------------
Speaker 1: Hafidzan Faudzi
Speaker 2: Isma
M1- PJS Hj Jamaluddin Md Nor
M2- PJS Cikgu Sani Ibrahim
M3- PJS Hj RosmandiIshak
M4- PJS Meor Johaidi
M5- PPJS Azakiah
PIC- PJS Perak


BESP 2; HPAic; Sabtu; 20 Ogos
----------------------------------------

Speaker 1: Cikgu Murad
Speaker 2: Hj Khalid Iskri
M1- PJS Fauzani Abdul Rahim
M2- PJS Ustaz Safuan Pamidi
M3- PJS Ahmad Azam Jaafar
M4- PJS Jamaluddin Yeop Majlis
M5- PJS Cikgu Sani Ibrahim
PIC- Hafidzan/Isma

01 August 2011

Bimbingan (daurah) Pengajian Hadis 40 bersanad di Hpa Rawang

Bersempena dengan Bengkel ESP 1 (Keusahawanan dan Kepimpinan MLMS) kali pertama di Cawangan Rawang hari Ahad 7 Ogos ini satu majlis Daurah (bimbingan) pengajian hadis 40 bersanad kepada Imam Sayuti dan kepada Rasulullah SAW akan diadakan sebelum majlis berbuka puasa.

Majlis ini akan dipimpin oleh AR-RAJI' AFWA RABBIHI AT-THALIB AHMAD ADNAN BIN FADZIL. Setiausaha Panel Syariah HPA dan Mudir Am MANHAL-HPA. Beliau yang lebih dikenali dengan nama Us. Nan juga merupakan GM Teknologi Hpa Group of Company telah menghasilkan lebih 30 buah buku dan juga sebagai pengendali laman soal-jawab agama www.ilmudanulamak.net.

Penyertaan terbuka kepada semua pengedar dengan mendaftar dulu dengan Pegawai Latihan di Hpaic kerana pendataran terhad kepada 70 orang sahaja. Yuran dikenakan sebanyak RM20 (untuk buku dan derma tabung MANHAL). Mereka yang berminat boleh lah menghubungi no hp ini:

013-6265260 ATAU 019-4490082 ATAU 013-2110267

Pendaftaran Bengkel ESP masih dibuka juga dengan menghubungi nombor diatas dengan memberi maklumat lengkap peserta iaitu Nama, No IC dan no. tel.

Jadual di hari tersebut ringkasnya adalah seperti berikut:

TEMPAT : HPA CAWANGAN RAWANG
TARIKH: AHAD 7 RAMADHAN 1432 H / 7 OGOS 2011

8.30 pagi - 4.30 petang : Bengkel Keusahawanan dan Kepimpinan MLMS (peserta bengkel berdaftar sahaja)

4.30 - 5.30 petang : Solat Asar dan Pendaftaran peserta Daurah

5.30 - 7.00 petang : Majlis Daurah Hadis 40 bersanad dari Imam Sayuti oleh Al Fadhil Us. Adnan.

7.30 - 8.30 malam : Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib berjamaah (Solat bergilir antara jemaah lelaki dan jemaah perempuan).

8.45 - 10.15 malam : Solat Tarawih dan Witir berjemaah.

10.30 malam : Penutup dan bersurai...



31 July 2011

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN KOWAHIDA KALI KE 5 DI HPAIC


Sila klik imej dibawah untuk melihat senarai nama perwakilan ke mesyuarat agung KOWAHIDA kali ke 5 di HPAIC Shah Alam pada hari Sabtu 6 Ogos ini.