26 February 2010

Majlis IFTAR KPA

Tarikh: 25hb Februari, 2010
Tempat: HPA Cawangan Bangi.
Alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT, majlis kali ini telah dapat diadakan dengan jayanya oleh AJK Komuniti HPA Cawangan Bangi yang dipimpin oleh PJ Ustaz Fadil dan PJM Rosmandi sebagai penasihatnya. Tahniah kepada semua AJK Komuniti HPA Cawangan Bangi yang telah berusaha keras untuk melaksanakan tugasan yang diserahkan kepada mereka.



Suasana dewan kuliah di mana majlis ini dijalankan agak berlainan dengan adanya pembaharuan yang dilakukan pada dinding yang telah dipenuhi dengan banner baru dan gambar-gambar menarik. Usaha menghias dewan kuliah ini patut dicontohi oleh AJK Komuniti yang lain agar memudahkan pengedar-pengedar baru untuk mendapat maklumat tentang syarikat, pelan pemasaran dan pengetahuan produk secara asas.







Selepas berbuka puasa, majlis diteruskan dengan solat maghrib berjemaah dan diikuti dengan tazkirah "Maulidul Rasul" oleh PJS Ustaz Safuan Pamidi. Sambil memberi tazkirah sempat juga ustaz berjenaka dalam penyampaiannya untuk mengelakkan para hadirin dari "Pancing udang" selepas makan gulai ayam organik yang disediakan.




Solat Isya' telah diimamkan oleh Pengerusi Komuniti Bangi; Ustaz Fadzil dan para jemaah telah bersalam-salaman dengan mesra selepas doa dibacakan. Sesungguhnya kejayaan jemaah bergantung rapat dengan kesatuan fikir dan kesatuan hati. Situasi ini hanya boleh berlaku apabila setiap individu berusaha dengan bersungguh-sungguh (mujahadah)mendisiplinkan diri masing-masing untuk membersihkan hati (qalbu) dari sifat mazmumah yang dibenci oleh ALLAH SWT.

Sekiranya manusia ini tidak mahu melakukan DETOKSIFIKASI QALBU semasa hidup di dalam dunia yang sementara ini; nescaya mereka terpaksa menjalani proses pencucian rohani ini selepas mati; yakni di dalam kubur, di mahsyar, di sirot dan di dalam salah satu neraka yang menggerunkan. NAUZUBILLAH MINZALIK.

Hendaklah setiap individu ingat "Yang HALAL di HISAB, Yang HARAM di AZAB".

Slot akhir pada malam iftar diisi oleh ucapan ringkas daripada Penasihat Komuniti HPA Bangi; PJM Rosmandi Ishak dan diakhiri oleh taklimat oleh Presiden KPA; PJM Hafidzan Faudzi disusuli dengan demo Penapis Air DEW dan soaljawab (dialog).

Dalam taklimatnya; saudara Hafidzan telah melontarkan satu "IDEA" iaitu Program Pengedar Setia Cemerlang (PSC) yang mana ia memberi peluang kepada pengedar biasa yang tidak berkesempatan untuk menghadiri PBC untuk dapat mengikuti kursus satu hari PSC ini agar mereka dapat ditarbiyah untuk menjadi pengamal setia produk HPA.


Dalam usaha untuk mencapai jualan 20juta sebulan; beliau telah pun menyarankan kepada Presiden kelab-kelab yang lain agar menggempur pasaran dengan Penapis Air DEW mulai Mach 2010 ini dengan setiap PJS dan rangkaian mereka menjual 100 penapis. Sekiranya segala usaha penyatuan fikir dan hati dapat digembelingkan secepat mungkin di seluruh Malaysia maka dijangkakan bahawa sasaran untuk menjual RM20 juta sebulan akan dicapai sekurang-kurangnya dalam Mei 2010.

Semuga ALLAH SWT membantu kita semua untuk mendetoksifikasikan QALBU kita sebersih-bersihnya sepertimana AIR DEW dapat membersihkan tubuh kita daripada toksid yang kita longgokan semenjak bercerai susu ibu lagi.


GEMPUR PASARAN DENGAN KESATUAN FIKIR DAN JIWA