Showing posts with label komuniti. Show all posts
Showing posts with label komuniti. Show all posts

06 November 2011

SALAM AIDIL ADHA & SELAMAT BERKORBAN

KELAB PEMIMPIN ALWAHIDA (KPA) mengucapkan Salam Aidil Adha dan Selamat Berkorban kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia khususnya kepada semua warga HPA di Zon Tengah.
Sempena Hariraya Aidil Adha tahun ini HPA akan mengadakan Majlis Korban Perdana dengan kerjasama Surau Al Amin Seksyen 18 Shah Alam. Sehubungan dengan itu semua warga HPA dijemput hadir ke Majlis ini pada hari RABU 9 NOVEMBER bersamaan 13 ZULHIJJAH 1432. Penyembelihan & Agihan akan dilakukan di perkarangan Surau Al-Amin Seksyen 18. Jamuan makan akan diadakan selepas jam 12.30 tengahari. Semua dijemput hadir meraikannya.
Pada tahun sudah Majlis Korban HPA diadakan di Masjid Serendah bersama ahli kariah pada hari kedua 11 Zulhijjah. Kelihatan dalam gambar Presiden KPA Pjs Hafidzan Faudzi bersama Penasihat Komuniti Rawang Pjs Jamaluddin Yeop Majlis setelah berjaya menumbangkan seekor lembu untuk dikorbankan.

03 March 2010

UNTUK RENUNGAN

Fakta yang disampaikan oleh Pengurus Besar AWM semasa taklimat PROGRAM GEN2 di MESJID AL GHUFRAN TTDI pada 15hb FEB 2010 yang lalu.



Jumlah Pengedar HPA : 600,000 orang
Jumlah yang aktif (dapat bonus) : 40,000 orang (6.6%)
Jumalah pengedar setia (istiqomah) : 8,000 orang (150 org drpd nya PJS)
Jumlah yang terlibat dengan komuniti : 1,000 orang

KESIMPULANNYA: CUMA 1,000 ORANG SAHAJA YANG BENAR-BENAR MENGGERAKKAN KOMUNITI DAN KUMPULAN MASING-MASING UNTUK MEMBANTU HPA MENJUAL PRODUK DI PASARAN SETIAP BULAN.

ADAKAH ANDA DI ANTARA 1,000 ORANG YANG BENAR-BENAR SEBAGAI PEJUANG (DAIE) BAGI HPA.

KALAU BUKAN SEKARANG BILA???

GEMBELING JUAL PENAPIS AIR DEW

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PJS



Berikutan dari mesyuarat AJK KPA, beberapa PJS dengan En Fisal Ahmad Tajuddin (Bapak Angkat Pengedar Zon Tengah) di HPA bangi pada 12hb Feb yang lalu, Presiden KPA; PJM Hafidzan menegaskan untuk mencapai penjualan RM20juta/bulan dalam masa terdekat, beliau menyarankan supaya setiap PJS dan kumpulan mereka dari setiap zon Utara, Timur, Tengah, Selatan dan Borneo menjual 100 unit penapis DEW mulai 1hb Mach 2010 dengan serentak.


Beberapa hari yang lalu, pengedar-pengedar telah dikejutkan dengan penurunan harga produk minuman berkabonat. Ini adalah disebabkan HPA telah memiliki KILANG BOTOL MINUMAN sendiri dan dengan itu mampu bersaing dalam pasaran yang di monopoli oleh bukan ISLAM

26 February 2010

Majlis IFTAR KPA

Tarikh: 25hb Februari, 2010
Tempat: HPA Cawangan Bangi.
Alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT, majlis kali ini telah dapat diadakan dengan jayanya oleh AJK Komuniti HPA Cawangan Bangi yang dipimpin oleh PJ Ustaz Fadil dan PJM Rosmandi sebagai penasihatnya. Tahniah kepada semua AJK Komuniti HPA Cawangan Bangi yang telah berusaha keras untuk melaksanakan tugasan yang diserahkan kepada mereka.



Suasana dewan kuliah di mana majlis ini dijalankan agak berlainan dengan adanya pembaharuan yang dilakukan pada dinding yang telah dipenuhi dengan banner baru dan gambar-gambar menarik. Usaha menghias dewan kuliah ini patut dicontohi oleh AJK Komuniti yang lain agar memudahkan pengedar-pengedar baru untuk mendapat maklumat tentang syarikat, pelan pemasaran dan pengetahuan produk secara asas.







Selepas berbuka puasa, majlis diteruskan dengan solat maghrib berjemaah dan diikuti dengan tazkirah "Maulidul Rasul" oleh PJS Ustaz Safuan Pamidi. Sambil memberi tazkirah sempat juga ustaz berjenaka dalam penyampaiannya untuk mengelakkan para hadirin dari "Pancing udang" selepas makan gulai ayam organik yang disediakan.




Solat Isya' telah diimamkan oleh Pengerusi Komuniti Bangi; Ustaz Fadzil dan para jemaah telah bersalam-salaman dengan mesra selepas doa dibacakan. Sesungguhnya kejayaan jemaah bergantung rapat dengan kesatuan fikir dan kesatuan hati. Situasi ini hanya boleh berlaku apabila setiap individu berusaha dengan bersungguh-sungguh (mujahadah)mendisiplinkan diri masing-masing untuk membersihkan hati (qalbu) dari sifat mazmumah yang dibenci oleh ALLAH SWT.

Sekiranya manusia ini tidak mahu melakukan DETOKSIFIKASI QALBU semasa hidup di dalam dunia yang sementara ini; nescaya mereka terpaksa menjalani proses pencucian rohani ini selepas mati; yakni di dalam kubur, di mahsyar, di sirot dan di dalam salah satu neraka yang menggerunkan. NAUZUBILLAH MINZALIK.

Hendaklah setiap individu ingat "Yang HALAL di HISAB, Yang HARAM di AZAB".

Slot akhir pada malam iftar diisi oleh ucapan ringkas daripada Penasihat Komuniti HPA Bangi; PJM Rosmandi Ishak dan diakhiri oleh taklimat oleh Presiden KPA; PJM Hafidzan Faudzi disusuli dengan demo Penapis Air DEW dan soaljawab (dialog).

Dalam taklimatnya; saudara Hafidzan telah melontarkan satu "IDEA" iaitu Program Pengedar Setia Cemerlang (PSC) yang mana ia memberi peluang kepada pengedar biasa yang tidak berkesempatan untuk menghadiri PBC untuk dapat mengikuti kursus satu hari PSC ini agar mereka dapat ditarbiyah untuk menjadi pengamal setia produk HPA.


Dalam usaha untuk mencapai jualan 20juta sebulan; beliau telah pun menyarankan kepada Presiden kelab-kelab yang lain agar menggempur pasaran dengan Penapis Air DEW mulai Mach 2010 ini dengan setiap PJS dan rangkaian mereka menjual 100 penapis. Sekiranya segala usaha penyatuan fikir dan hati dapat digembelingkan secepat mungkin di seluruh Malaysia maka dijangkakan bahawa sasaran untuk menjual RM20 juta sebulan akan dicapai sekurang-kurangnya dalam Mei 2010.

Semuga ALLAH SWT membantu kita semua untuk mendetoksifikasikan QALBU kita sebersih-bersihnya sepertimana AIR DEW dapat membersihkan tubuh kita daripada toksid yang kita longgokan semenjak bercerai susu ibu lagi.


GEMPUR PASARAN DENGAN KESATUAN FIKIR DAN JIWA

13 February 2010

IFTAR

Majlis iftar (berbuka puasa) untuk semua PJS KPA dan wakil komuniti akan di adakan pada :
Tarikh : 25 Feb 2010
Tempat : HPA Cawangan Bangi
Masa : Bermula dengan solat maghrib berjemaah

Setiap komuniti dibenarkan menghantar 2 orang wakil sahaja