26 June 2010

Komuniti HPA Sri Gombak tuan rumah IFTOR KPA bulan JULAI

/
Presiden KPA sedang memberi cenderahati kepada SU Panel Syariah HPA Us. Adnan Fadhil
diakhir majlis diatas kesudian beliau memberikan tazkirah.


Alhamdulillah Majlis Iftor KPA yang diadakan setiap bulan di cawangan Lembah Klang semakin mendapat sambutan. Di HPA Shah Alam baru-baru ini, majlis ini dihadiri lebih dari 60 orang pengedar yang terdiri dari perwakilan setiap komuniti cawangan.

Majlis Iftor KPA yang diadakan setiap bulan sejak tahun lepas bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama pengedar khususnya dikalangan pemimpin terutamanya PJS.

Majlis bermula dengan berbuka puasa sunat hari Khamis, Solat Maghrib & Isyak berjemaah, Tazkirah dengan membaca kitab hadis 40 susunan Imam Nawawi dan seterusnya akan diadakan Dialog bersama pemimpin selepas diberi taklimat semasa oleh Presiden KPA.

Mulai bulan sudah di HPA WANGSA MAJU dan bulan ini di HPA SHAH ALAM, tazkirah disampaikan oleh Setiausaha Panel Syariah yang juga merupakan GM bagi HPA ZON TENGAH iaitu Yang Berbahagia Us. Ahmad Adnan Fadhil.

Pada bulan depan KPA telah memilih HPA SRI GOMBAK sebagai tuan rumah untuk mengadakan majlis IFTOR yang telah ditetapkan tarikhnya pada hari Khamis 15 JULAI 2010. Us. Adnan menjanjikan mulai bulan depan di Sri Gombak beliau akan membaca sekurang-kurangnya 3 hadis dari kitab hadis 40 berserta dengan huraiannya.

Sehubungan dengan itu, pihak KPA mengharapkan wakil dari setiap komuniti dan semua PJS di Zon Tengah dapat menjadikan majlis ini sebagai satu kewajipan. Jadikan ia sebagai medium kekeluargaan (usrah bulanan) bagi leader dibawah KPA.