22 June 2010

PERASMIAN MELAKA HALAL HUB DAN HPA HALAL MART

Alhamdulillah, pada 21 Jun 2010 adalah satu detik bersejarah bagi semua pengedar HPA kerana Halal Hub Melaka adalah merupakan Halal Hub Pertama di Malaysia yang diterajui oleh HPA Industries Sdn. Bhd (anchor) telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka). 150 IKS negeri Melaka bernaung di bawah Halal Hub Melaka ini.



Seramai 500 tetamu turut hadir dari pelbagai jabatan kerajaan termasuk PJS-PJS dan pengedar HPA seluruh negara dalam upacara perasmian Halal Hub dan HPA Halal Mart . Turut hadir Pengarah Urusan HPA, Tn. Hj. Ismail, PU2 Tn. Hj. Fisal dan GM-GM terdiri drp En. Rosli, En. Abd. Ghani, Pn. Rashidah dan lain-lain.

En. Zainal Abu iaitu Pengarah Eksekutif Perbadanan Kerajaan Negeri Melaka mengucapkan tahniah dan ucapan terima kasih kepada warga HPA yang menyahut seruan kerajaan sama-sama menerajui indutri halal negara di mana urusniaga produk halal dunia bernilai USD 3 billion.