13 February 2011

MAJLIS IFTAR, PENGAJIAN HADIS 40 DAN TAKLIMAT KPA

Majlis Berbuka Puasa Sunat Hari Khamis yang lebih dikenali sebagai Majlis Iftar akan diadakan semula pada hari Khamis 17 Februari ini di Menara HPAIC Shah Alam.

Majlis Iftar KPA yang telah pun berjalan sejak 2009 akan diadakan semula pada tahun ini untuk semua PJS, Pelapis PJS dan 3 wakil Komuniti (termasuk pengurus cawangan) di Zon Tengah HPA. Majlis bermula dari berbuka puasa dan Solat Maghrib berjemaah akan disusuli dengan pengajian hadis 40 oleh Setiausaha Panel Syariah merangkap GM & Pengurus HPA Zon Tengah Yg Berusaha Us. Ahmad Adnan bin Fadhil. Selepas solat Isyak berjemaah pula akan diadakan Taklimat dari Presiden dan Ketua2 Unit KPA.

Tentatif Program:
Tempat: HPAIC SHAH ALAM
Tarikh: Hari Khamis jam 7.00 malam - 11.30 malam
=====================================
7.00 - 8.00 malam : Jamuan berbuka puasa dan Solat Maghrib (Tingkat 4)
8.00 - 9.00 malam: Kuliah Pengajian Hadis 40 oleh Us. Ahmad Adnan Fadhil (Tingkat 4)
9.00 - 9.30 malam: Solat Isyak berjemaah ditingkat 4
9.30 - 11.30 malam : Taklimat dan sesi soaljawab bersama Presiden dan Jawatankuasa baru KPA (Dewan besar di Tingkat 1)
11.30 malam : BERSURAI

Kehadiran WAJIB untuk semua PJS KPA bersama Pelapis PJS dan Wakil Kominiti setiap cawangan. Pengurus atau wakil kakitangan cawangan juga dijemput untuk sama-sama menghayati perjuangan HPA melalui program ini.