14 February 2011

Program "MANTAP" .....Pemantapan PJS, Pelapis PJS dan Herbalis

Program Pemantapan Kini di Isytihar " MANTAP "


Salam pada bakal peserta

Siapkan Mental & Fizikal mulai sekarang. Lakukan perubahan diri.

MANTAP akan memantapkan anda semua.

Info tambahan

Peserta di sarankan supaya tidak membawa barang berharga seperti barang kemas dsb serta jumlah wang yang banyak. Pihak urusetia bagaimana pun menyediakan khidmat menyimpan barang barang tersebut sekira para peserta memerlukannya
 
Peralatan dalam kumpulan mengikut Kelab

Setiap Kelab dikehendaki menyediakan seperti berikut;

1. 4 biji periuk nasi berkapasiti 10 orang makan bagi setiap periuk.

2. 4 biji periuk lauk berkapasiti 10 orang makan bagi setiap periuk.

3. Senduk yang secukupnya.

Kepada seluruh peserta di kehendaki membawa pinggang dan gelas sendiri untuk tujuan makan.

Begitu juga setiap peserta wajib membawa 3 Pen Marker(Merah, Biru dan Hitam).




Semua peserta dikehendaki wajib mendaftar seperti berikut;

22hb Feb 2011 jam 6.00 petang

Lokasi: Hotel Amir Ramadhan, Komplek Wahida, Jejawi, Perlis

Kos pendaftaran: RM 100 perorang( termasuk penginapan, pengankutan dan makanan )


*SILA BAWA BEKALAN MAKANAN SENDIRI SEPERTI SARDIN HPA, BERAS, BAWANG, LIMAU NIPIS dan MINUMAN HPA
Arahan Pertama Peserta Program Pemantapan PJS dan Pelapis


Semua peserta di wajibkan untuk menghafal 2 lagu UNIC

1. Lagu Usahawan

2. Hijrah

Sila dapatkan album UNIC dan pastikan tuan dan puan menghafal lagu tersebut.

Kepada tuan dan puan yang mendaftarkan diri menghadiri program pemantapan PJS dan Pelapis pada 23 & 24 hb Feb 2011 di Taman Herba , Bukit Ayer, Perlis diminta untuk seperti berikut;


1. Reconfirm kehadiran anda dengan menghubungi setiausaha PJS Kelab masing masing atau sms terus ke En Kamal pada no hp 0134804717 selewat lewatnya pada 15hb Feb 2011.

2. Bagi yang tidak mendaftar tetapi ingin hadir boleh memohon dengan menghubungi terus En Kamal.

3. Peralatan wajib di bawa;

- peralatan mandi (sabun, ubat gigi, tuala dsbnya)

- pakaian sukan ( kasut, seluar sukan, t shirt bagi lelaki dan pakaian sukan untuk muslimat)

- pakaian solat termasuk sejadah

- selipar

- alatan menulis termasuk buku nota, marker pen, pen, pensil dan yang difikirkan perlu

- Al quran dan Wirid Matsurat

- Ubatan sendiri seperti minyak but but dan produk HPA yang difikirkan untuk kegunaan sendiri.

4. Peserta tidak di sarankan membawa peralatan komputer pada hari program tersebut.

Sebarang perubahan atau penambahan maklumat akan GM infokan dari waktu ke waktu.

Sekian. Wasallam