04 April 2011

HPA sertai MIHAS dan Forum Penyelidikan Halal Sedunia.


HPA amat komited memperjuangkan Kecukupan Produk Halal sebagai Tanggungjawab Bersama. 10 wakil HPA hari ini menghadiri Forum Halal Dunia (World Halal Forum). Dirasmikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Terima kasih kepada warga HPA. HPA menjadi 'event sponsor' World Halal Forum.

HPA juga akan menyertai Pameran Halal Sedunia yang dikenali sebagai MIHAS 2011 di KLCC bermula hari Rabu ini 6 April dan berakhir pada 9 April.

Semua warga HPA dijemput menghadirinya. Both HPA berada di dewan C iaitu C93 dan C98. 6-8 April untuk mereka yang ada perniagaan (warga HPA cuma bawa business card tanda ada perniagaan atas nama HPA). Hari Sabtu 9 April dibuka untuk orang ramai.

Di samping Mihas, Forum Penyelidikan Halal Sedunia (WHR) diadakan di Pusat KonvensyenKuala Lumpur (KLCC) untuk memberi penerangan yang lebih jelas dan berinformasi mengenai isu-isu yang berkaitan dengan industri halal dan platform untuk berkongsi idea dan inovasi baru untuk faedah industri.

Kesungguhan Malaysia menjadi peneraju hab halal dunia terbukti dengan penubuhan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) yang diletakkan di bawah Badan Bertindak Pelaksanaan Kebangsaan (NITF) untuk menjadi sebuah institusi yang memfokuskan usaha memajukan industri halal di negara ini.

HDC berperanan dan bertanggungjawab untuk menjadi peneraju kepada penetapan piawaian halal termasuk proses mengaudit, pengeluaran sijil halal bagi melindungi integriti halal, membangun, mempromosi dan memasarkan jenama halal Malaysia dan mempromosi konsep barangan halal dan perkhidmatan di Malaysia kepada pasaran dunia yang lebih luas.

Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang membangunkan piawaian makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2004. Ternyata, Malaysia mempunyai kelebihan dan kepakaran menerajui industri halal ini.