26 February 2010

Majlis Dialog & Iftar KPA di Ipoh Perak

InsyaAllah satu majlis berbuka puasa sunat hari Isnin akan diadakan di HPA Cawangan Ipoh Perak. Bersempena dengan majlis ini satu Majlis Dialog bersama pemimpin akan diadakan selepas Isyak:

Tarikh: 1 Mac 2010

Hari : ISNIN

Masa : 7 mlm - 11 mlm

Tempat : HPA Cawangan Ipoh Perak.

Sehubungan dengan itu, KPA menjemput semua pengedar khususnya di kawasan Ipoh agar dapat hadir ke program tersebut.

Majlis IFTAR KPA

Tarikh: 25hb Februari, 2010
Tempat: HPA Cawangan Bangi.
Alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT, majlis kali ini telah dapat diadakan dengan jayanya oleh AJK Komuniti HPA Cawangan Bangi yang dipimpin oleh PJ Ustaz Fadil dan PJM Rosmandi sebagai penasihatnya. Tahniah kepada semua AJK Komuniti HPA Cawangan Bangi yang telah berusaha keras untuk melaksanakan tugasan yang diserahkan kepada mereka.



Suasana dewan kuliah di mana majlis ini dijalankan agak berlainan dengan adanya pembaharuan yang dilakukan pada dinding yang telah dipenuhi dengan banner baru dan gambar-gambar menarik. Usaha menghias dewan kuliah ini patut dicontohi oleh AJK Komuniti yang lain agar memudahkan pengedar-pengedar baru untuk mendapat maklumat tentang syarikat, pelan pemasaran dan pengetahuan produk secara asas.







Selepas berbuka puasa, majlis diteruskan dengan solat maghrib berjemaah dan diikuti dengan tazkirah "Maulidul Rasul" oleh PJS Ustaz Safuan Pamidi. Sambil memberi tazkirah sempat juga ustaz berjenaka dalam penyampaiannya untuk mengelakkan para hadirin dari "Pancing udang" selepas makan gulai ayam organik yang disediakan.




Solat Isya' telah diimamkan oleh Pengerusi Komuniti Bangi; Ustaz Fadzil dan para jemaah telah bersalam-salaman dengan mesra selepas doa dibacakan. Sesungguhnya kejayaan jemaah bergantung rapat dengan kesatuan fikir dan kesatuan hati. Situasi ini hanya boleh berlaku apabila setiap individu berusaha dengan bersungguh-sungguh (mujahadah)mendisiplinkan diri masing-masing untuk membersihkan hati (qalbu) dari sifat mazmumah yang dibenci oleh ALLAH SWT.

Sekiranya manusia ini tidak mahu melakukan DETOKSIFIKASI QALBU semasa hidup di dalam dunia yang sementara ini; nescaya mereka terpaksa menjalani proses pencucian rohani ini selepas mati; yakni di dalam kubur, di mahsyar, di sirot dan di dalam salah satu neraka yang menggerunkan. NAUZUBILLAH MINZALIK.

Hendaklah setiap individu ingat "Yang HALAL di HISAB, Yang HARAM di AZAB".

Slot akhir pada malam iftar diisi oleh ucapan ringkas daripada Penasihat Komuniti HPA Bangi; PJM Rosmandi Ishak dan diakhiri oleh taklimat oleh Presiden KPA; PJM Hafidzan Faudzi disusuli dengan demo Penapis Air DEW dan soaljawab (dialog).

Dalam taklimatnya; saudara Hafidzan telah melontarkan satu "IDEA" iaitu Program Pengedar Setia Cemerlang (PSC) yang mana ia memberi peluang kepada pengedar biasa yang tidak berkesempatan untuk menghadiri PBC untuk dapat mengikuti kursus satu hari PSC ini agar mereka dapat ditarbiyah untuk menjadi pengamal setia produk HPA.


Dalam usaha untuk mencapai jualan 20juta sebulan; beliau telah pun menyarankan kepada Presiden kelab-kelab yang lain agar menggempur pasaran dengan Penapis Air DEW mulai Mach 2010 ini dengan setiap PJS dan rangkaian mereka menjual 100 penapis. Sekiranya segala usaha penyatuan fikir dan hati dapat digembelingkan secepat mungkin di seluruh Malaysia maka dijangkakan bahawa sasaran untuk menjual RM20 juta sebulan akan dicapai sekurang-kurangnya dalam Mei 2010.

Semuga ALLAH SWT membantu kita semua untuk mendetoksifikasikan QALBU kita sebersih-bersihnya sepertimana AIR DEW dapat membersihkan tubuh kita daripada toksid yang kita longgokan semenjak bercerai susu ibu lagi.


GEMPUR PASARAN DENGAN KESATUAN FIKIR DAN JIWA

Program KPJ bersama PU

Tarikh: 22hb Februari, 2010
Tempat: Hotel De Palma Ampang

Aktiviti Program:

1-Klinik Diagnos dan Kaunseling yang dijalankan oleh Biro Program Unit Herbalis KPA.









2-Taklimat Penapis Air Dew oleh PJM Hafidzan Faudzi






3-Kuliah Perubatan JAWI oleh Tn Hj Ismail Ahmad











16 February 2010

KURSUS IRIDOLOGI




Kepada yang berminat untuk menguasai ilmu diagnos yang sangat bermanfaat ini; sila hubungi dan daftar segera nama ANDA dengan Ketua Biro Program Unit Herbalis KPA Pn. Kaiyisah 012-3356005.



PENYERTAAN TERHAD KEPADA 50 ORANG SAHAJA. PENGUMUMAN TAMAT PENYERTAAN AKAN DIBUAT DALAM BLOG BILA QUOTA PESERTA TELAH MENCUKUPI.

15 February 2010

PROGRAM GEN2 KALI siri2

Alhamdulillah, seramai 65 orang telah menghadirkan diri dan mengikuti kursus GEN2 anjuran KPA pada kali kedua ini. Pengarah program ini ialah PJM En. Rosmandi Ishak.
Antara penceramah yang telah memberi sumbangan ilmu terdiri daripada En. Faisol Abd. Rahman (GM Al Wahida), Ust. Adnan Fadhil (Ahli Panel Syariah HPA), PJM En. Hafidzan Faudzi (Presiden KPA), PJM Tn. Hj. Khalid Ishkri dan PJS Tn. Hj. Ramly Ahmad (Ketua Unit Herbalis KPA).
Ucapan TAHNIAH daripada Kelab KPA untuk semua yang telah menjayakan program ini...


KENYATAAN RASMI


Dipetik daripada Akhbar Harian Metro 12 Februari 2010 m/s 16A

13 February 2010

IFTAR

Majlis iftar (berbuka puasa) untuk semua PJS KPA dan wakil komuniti akan di adakan pada :
Tarikh : 25 Feb 2010
Tempat : HPA Cawangan Bangi
Masa : Bermula dengan solat maghrib berjemaah

Setiap komuniti dibenarkan menghantar 2 orang wakil sahaja

PERKONGSIAN ILMU CEMERLANG (PIC) & SIJIL HERBALIS




SIJIL HERBALIS
Tarikh : 11-31 Mac 2010
Maklumat lanjut sila hubungi HPA training 04-4419094/ Cik Norasyikin 019-6330727/Cik Azira 019-4548727

12 February 2010

KULIAH PERUBATAN JAWI (KPJ)

KPJ pada kali ini akan bersama PU Tn. Hj. Ismail Hj. Ahmad
Tarikh : 22 Feb. 2010
Tempat : Hotel De Palma Ampang
Masa : 8.45 mlm.
PERCUMA.....
Semua dijemput hadir ....


Bersempena dengan KPJ yang akan di adakan, Unit Herbalis KPA mengambil kesempatan ini untuk mengadakan KLINIK DIAGNOS DAN KAUNSELING.

Mula jam 5:00 petang hingga jam 8:00 malam

Tujuan: Untuk membantu mereka yang ada masalah kesihatan mendapat kaunseling daripada herbalis yang berdaftar dengan Unit Herbalis KPA. Mereka akan di diagnos melalui saraf tapak tangan dan iridologi dan kaunseling rawatan herba.

BERITA TERKINI



RFC Maydin Mall, Melaka akan beroperasi pada 15 Februari 2010

-Harap Maklum-
daripada Pn. Zaimah (AGM Zon Selatan)

11 February 2010

KENYATAAN RASMI

SALAM SEMUA SEKALI.
Hari ini GM menerima terlalu banyak panggilan dan sms bertanyakan mengenai lapuran Akhbar Harian METRO( Khamis 11 Feb 2010). Disini GM ingin maklumkan bahawa kes ini tidak ada kaitan dengan mana-mana staf HPA dan kumpulannya.

Sekian
Posted by GM at Thursday, February 11, 2010

10 February 2010

PROGRAM PEMANTAPAN USAHAWAN

KPA dibawah Unit Latihan akan mengadakan Program Pemantapan Usahawan (Gen 2) sebagai latihan kepimpinan generasi kedua kepada bekas-bekas peserta PBC dibawah KPA yang istiqamah menghadiri Kelas Mingguan di Cawangan.

Mereka yang telah dipilih melalui Komuniti di Cawangan HPA dikehendaki mengikuti program ini.


TEMPAT : MASJID AL GHUFRAN PINGGIR TAMAN TUN DR ISMAIL KUALA LUMPUR

TARIKH : 15 FEB 2010

MASA : 8 PAGI - 7 PETANG

BAYARAN : RM50 TERMASUK 3 KALI MAKAN.

MOTIVATOR:
1. PENGURUS BESAR AWM EN. MOHD FAISOL ABDUL RAHMAN
2. PJS CIKGU MORAD ABU BAKAR
3. PJS TN HJ KHALID ISHKRI
4. PJS EN HAFIDZAN FAUDZI

PENGARAH PROGRAM:
PJS EN ROSMANDI ISHAK

PENDAFTARAN:
PJS JAMALUDDIN YEOP MAJLIS