31 July 2010

SHEQAL meriahkan KPJ di Cawangan Ipoh





ISNIN 26 JULAI KPJ di Cawangan Ipoh bertajuk "Unsur-unsur panas dan sejuk (Yin dan Yang), disampaikan oleh Tn Hj Zakaria, antaranya cara mandi yang betul, cara penggunaan Sirap Aren, Bedak Dingin HPA dan banyak lagi. Saudara Sheqal dijemput untuk mendeklamasikan sajak beliau yang bertajuk " Pejuang Seni".

Sebelum kuliah ini dimulakan, terlebih dahulu dijemput PJS Cikgu Sani menyampaikan kata-kata aluan. PJE Mohd Ayub pula dijemput selepas itu untuk memberikan testimoni beliau mengenai penggunaan Herba Tuju Angin selepas beliau pulang dari Umrah. Minyak But-but pula beliau aplikasikan ke atas kucing beliau yang mengalami luka-luka.

PJE Mohd Ayub sedang berkongsi testimoninya

Sejurus selepas itu, Tn Hj Zakaria memulakan kuliah perubatan beliau selama 1 jam 45 min bermula dari 9.15 malam sehingga 11 malam.

Testimoni kedua selepas itu disampaikan oleh PJ Puan Shafariah mengenai masalah 'berdesing' di telinga apabila beliau menggunakan telefon bimbit. Beliau menggunakan HB dan masalah itu hilang sama sekali. Teh Herba beliau gunakan untuk menyembuhkan kesan 'operation' semasa beliau melahirkan anak.

PJ Puan Shafariah bercerita tentang pengalamannya mengamalkan produk HPA

Sebagai penutup KPJ malam itu, Sheqal sekali lagi dijemput untuk menyampaikan sebuah nasyid lama dan dinyanyikan beramai-ramai bersama hadirin. Mengagumkan, suara beliau masih lagi kekal merdu dan nyaring seperti dahulu.

Penyampaian cenderahati diberikan kepada 2 orang peserta testimoni tadi dan 5 cabutan bertuah disampaikan kepada pemenang.

KPJ ini dipengerusikan oleh Saudara Zuki bin Jusoh Setiausaha Komuniti HPA Cawangan Ipoh.
/

30 July 2010

KPJ SEBELUM RAMADHAN

/



JADUAL & TEMPAT TERTAKLUK DARI SEMASA KE SEMASA. BAGAIMANAPUN PIHAK KAMI AKAN MEMBERITAHU JIKA ADA PERUBAHAN.

p/s: Sebarang pertanyaan boleh hubungi ATIKAH 019-4490082 atau emailkan kepada awm_atikarowi@yahoo.com
/

29 July 2010

AKUJANJI PJS KPA BERSAMA PU DAN PANEL SYARIAH HPA

Kepada semua PJS KPA

Dimaklumkan bahawa Majlis Aku Janji PJS KPA bersama Pengarah Urusan dan Panel Syariah HPA akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 9 OGOS 2010 (ISNIN)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Omar Mokhtar (Atas RFC Sg. Petani)
Semua PJS KPA diwajibkan hadir tanpa sebarang alasan.

ATURCARA MAJLIS

08.30 AM : SARAPAN
09.15 AM : TAYANGAN VIDEO PROFAIL
09.30 AM : SESI 1 (MISI & VISI HPA) - PENGARAH URUSAN HPA
11.00 AM : REHAT & MINUM PAGI
11.15 AM : SESI 2 (MLM SYARIAH) - PANEL SYARIAH
01.00 PM : SOLAT & MAKAN TENGAHARI
02.15 PM : SESI 3 (TANDATANGAN AKUJANJI) - PANEL SYARIAH
03.30 PM : PENYAMPAIAN WATIKAH
04.00 PM : PERLANTIKAN AJK KONVEK
04.30 PM : MINUM PETANG & BERSURAI

Nota: Penginapan ada disediakan pada hari Ahad 8 Ogos.
/

27 July 2010

MEGA PBC RAMADHAN di SHAH ALAM


Program Mega PBC kali ke 2 di Zon Tengah akan berlangsung dalam bulan Ramadhan di Hotel DePalma Shah Alam pada 28-29 OGOS 2010 ini.

Oleh itu semua para pemimpin HPA di seluruh Malaysia terutamanya PJS KPA dan Ahli Kelab Pelapis PJS KPA dan semua Komiti Cawangan dibawah KPA di Zon Tengah HPA dapat menggempur peserta ke program Mega Pbc yang akan dihadiri oleh Pengarah Urusan, Pengurus Besar dan pemimpin kanan HPA.


TENTATIF PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG

( MEGA PBC RAMADHAN )

HOTEL DE PALMA SHAH ALAM

28 Ogos 2010

MASA

PERKARA

PENCERAMAH

08.00 pg - 8.30 pg

Pendaftaran Peserta


08.30 pg – 09.00 pg

Alunan Zikir `Asmaul Husna’ dan Nasyid `Rasulullah’

Taklimat Kursus dan Taaruf Fasilitator

PJS Hj. Marjuni

Ahli Tribunal

Kelab Pemimpin Al Wahida

09.00 pg – 10.15 pg

MODUL 1 : KENALI HPA & TAYANGAN VIDEO

PJS Rosmandi

Timb. Presiden

Kelab Pemimpin Al Wahida

10.15 pg – 10.30 pg

Rehat


10.30 pg - 01.30 ptg

MODUL 2 : PERUBATAN JAWI &PENGETAHUAN

PRODUK HPA

Tn. Hj. Ismail Hj. Ahmad

Pengarah Urusan HPA

01.30 ptg – 02.30 ptg

Solat Zohor & `Check in’


02.30 ptg – 04.00 ptg

MODUL 3 : RAHSIA HPA MENJADI PILIHAN KITA

En. Mohd. Faisol

Pengurus Besar

Al Wahida Marketing Sdn Bhd

04.00 ptg – 05.00 ptg

Rehat & Solat ’Asar


05.00 ptg – 06.30 ptg

MODUL 4 : GERAKERJA 6M

- BUDAYA KERJA USAHAWAN HPA

PJS Ust. Ramizu

Presiden

Kelab Pemimpin Timur

06.30 ptg – 09.30 mlm

Siap Diri, Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Solat Isya’ &

Solat Sunat Tarawih

Ust. Ahmad Adnan

09.30 mlm – 11.00 mlm

MODUL 5 : PRINSIP `MULTI LEVEL MARKETING

SYARIAH (MLMS)’ HPA

Ust. Ahmad Adnan

Setiausaha

Panel Syariah HPA &

GM Zon Tengah

TENTATIF PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG

( MEGA PBC RAMADHAN )

HOTEL DE PALMA SHAH ALAM

28 Ogos 2010

MASA

PERKARA

PENCERAMAH

04.00 pg - 06.20 pg

Bersahur, Qiamullail dan Solat Subuh Berjamaah

Ust. Zolkarnain Abidin

Al Hafiz

06.20 pg - 07.30 pg

KULIAH SUBUH : KE ARAH MELAHIRKAN

USAHAWAN HPA SEJATI

Ust. Zolkarnain Abidin

Al Hafiz

Ahli Panel Syariah HPA

07.30 pg – 08.30 pg

teknik Senaman Pernafasan

Sarapan dan Siap Diri

PJS Hj. Sahir

Ahli Tribunal

Kelab Pemimpin Al Wahida

08.30 pg – 09.00 pg

Bacaan Al Ma’thurat

Zikir ‘Asmaul Husna’ & Nasyid ‘Suci Sekeping Hati’

PJS Aznin

MC

09.00 pg – 10.30 pg

MODUL 6 : TEKNIK MENGENDALIKAN `HOMEPARTY’

PJS Cikgu Murad

Pensyarah

Kuliah Perubatan JAWI

DOTY 2003 & 2005

10.30 pg – 11.00 pg

Rehat dan Nasyid `Lukisan Alam’


11.00 pg – 12.30 tgh

MODUL 7 : DIAGNOSIS SARAF TAPAK TANGAN

PJS Fatin

Setiausaha

Kelab Pemimpin Al Wahida

12.30 tgh – 01.00 ptg

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Diagnosis Saraf Tapak Tangan


12.45 tgh – 02.00 ptg

Solat Zohor & `Check Out’


02.00 ptg – 03.30 ptg

MODUL 8 : STRATEGI MENJANA PENDAPATAN

PJS Hafidzan

Presiden

Kelab Pemimpin Al Wahida

03.30 ptg – 04.00 ptg

Mengisi Borang Kelayakan Pangkat PLX (20 %)


04.00 ptg – 04.45 ptg

Penyampaian Hadiah

Ucapan Motivasi Pemimpin dan Penutup

PJS Hj. Khalid Iskri

Top Ten HPA/ Distributor Of The Year

04.45 ptg

Bersurai



Pendaftaran dengan Bayaran penuh sahaja akan diterima.
Sila buat pembayaran tunai ke akaun MAYBANK 162263367410
ATAS NAMA NOR HAIDA RAMELI dan hantarkan bukti pembayaran ke email: fatinhpa@yahoo.com dan sms nama peserta ke 013-3962550.

Pendaftaran bermula AHAD 1GOS 2010 MULAI JAM 10.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG.

Terhad kepada 350 peserta sahaja
/

/

KURSUS PRA HERBALIS DI AMPANG


26 July 2010

MEGA PBC

MAKLUMAN
PENDAFTARAN MEGA PBC 28-29 OGOS AKAN BERMULA PADA 1 OGOS
DARI JAM 10PG-4PTG SAHAJA.
HARAP DAPAT MEMBERIKAN KERJSAMA

TERIMA KASIH
S/U KPA

25 July 2010

PROGRAM MINGGU INI

JADUAL KELAS MINGGUAN DI LEMBAH KLANG

ISNIN 26 JULAI

HPA Kajang: Pjs Norshidah dan Herbalis Rahani
HPA Wangsa Maju: Pjs Juita
HPA Ampang: Pjs Zaimah dan Pjs Jumani

SELASA 27 JULAI

HPA Rawang: Pjs Siti Rahmah dan Pjs Jamaluddin Yeop Majlis
HPA Shah Alam : Pjs Hj Shahir dan Herbalis Syifa'
HPA Bangi: Pjs Hj Khalid Iskri dan Herbalis Kasmaliza

RABU 28 JULAI

HPA Klang: Pjs Zainal Ahmad dan Herbalis PJ Hj. Onn
HPA Sri Gombak : Pjs Us Muhamad Asri Zakaria dan Herbalis Kayishah
HPA Tangjung Malim : Pjs Sajaruddin Hj Tasiron
HPA Bentong : Pjs Azam
HPA Serdang : Pjs Aznin dan Pjs Zainon
HPA Tanjung Karang : Pjs Us Safuan dan Herbalis Pjs Fauzani

JUMAAT 30 JULAI

HPA Tasik Permaisuri : Pjs Nor Haida
HPA Masjid Serendah : PJS CIKGU MURAD ABU BAKAR Pensyarah KPJ
HPA Bukit Tinggi : Pjs Us Safuan Pamidi dan Pjs Fauzani
/

24 July 2010

Majlis Perasmian MEGA PBC

/
Pengarah MEGA PBC PJS Hafidzan Faudzi memberi cenderahati kepada Pengarah Urusan yang telah merasmikan program mega pbc setelah membentangkan Slot Perubatan Jawi dan Pengetahuan Produk HPA.

PJ Khadijah Jaafar salah seorang ahli Kelab Pelapis PJS KPA memberikan cenderamata berbentuk gubahan bunga yang dibuat olehnya dari sacet kopi radix kepada Pengarah Urusan selepas majlis perasmian.

PJS Rosmandi selaku Ketua Unit Latihan KPA mempengerusikan Majlis Perasmian Mega Pbc.

Antara PJS yang hadir untuk menjadi pemantau kepada perjalanan Mega Pbc.

Sebahagian dari 205 peserta bersama 38 pengurus cawangan dan 20 fasilitator yang terdiri dari PJS dan Ahli Kelab Pelapis PJS.

500 hadiri KPJ bersama PU di Ampang

KPJ yang diadakan semalam di Hotel Depalma Ampang mendapat sambutan luar biasa dari pengedar di Lembah Klang. Walaupun peringkat awal kehadiran kurang tetapi sehingga jam 10 malam semua kerusi di dalam dewan dipenuhi bukan sahaja para pengedar yang setia tetapi juga dihadiri para tetamu dari Kemboja.


Pengarah Urusan Tn Hj Ismail sedang menyampaikan kuliah sambil memperkenalkan produk yang baru dikeluarkan iaitu Aren Syrup.

Para PJS KPA, GM dan AGM bersama Pengarah Urusan bergambar sambil memperkenalkan produk khususnya produk Melaka Halal Hub yang baru dipasarkan oleh HPA.

Sebahagian dari 500 peserta KPJ sedang mendengar kuliah yang disampaikan oleh Pengarah Urusan.


Seorang peserta sedang memberikan testimoni kesembuhan setelah mengamalkan 3D, Omega3, Madu Radix dan Kopi Radix.







23 July 2010

PBC TA'AWUN IPOH PERAK

PBC Ta'awun Ipoh akan diadakan pada:

Tarikh : 31 Julai- 1 Ogos 2010
Tempat : Hotel Seri Malaysia Ipoh (sijil halal JAKIM)

Pembimbing :

1. Al Fadhil Us. Zolkarnain Zainal Abidin - MLM Syariah HPA
( Ahli Panel Syariah HPA )
2. PJM Hafidzan Faudzi - Kongsi Pengalaman & Ucapan Penutup
( Presiden KPA )
3. PJM Rosmandi Ishak - Motivasi & 6M
( Timb. Presiden KPA )
4. PJI Hj Zainal Ahmad - Plan Pemasaran & Jana Pendapatan
5. PJI Herbalis Khalilah Wong - Perubatan JAWI
6. PJE Cikgu M. Sani Ibrahim - Dilema Ummah Isu Halal & Haram
7. PJ Herbalis Shafariah - Saraf Tapak Tangan & 350 Produk HPA
8. PJE Cikgu Hamid - Tak Kenal Tak Cinta

Yuran : RM140.00

Pendaftaran Awal : Hubungi : PJS Cikgu Sani @ PJ Shafariah 013 6641872

22 July 2010

HPA RAWANG TUAN RUMAH IFTOR RAMADHAN

/
Suasana Majlis berbuka puasa di perkarangan HPA RAWANG yang diadakan pada tahun sudah di bulan Ramadhan.

Mesyuarat Jawatankuasa KPA semalam memutuskan Komiti HPA RAWANG menjadi tuan rumah untuk Majlis Iftor KPA di bulan Ogos ini yang jatuhnya dalam bulan Ramadhan. Tarikh yang telah dipersetujui bersama ialah pada hari Nuzul Quran 17 Ramadhan yang mana merupakan hari cuti am bagi negeri Selangor Darul Ehsan.

Tarikh : 27 hb Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadhan 1431H

Hari : Jumaat

Tempat : Dewan dan Perkarangan Pejabat HPA Cawangan Rawang.

Tazkirah Ramadhan : Us. Ahmad Adnan Fadhil

Pada hari ini juga akan diadakan mesyuarat penyelarasan Unit Herbalis KPA disebelah padi dan sebelah petangnya pula akan diadakan perjumpaan blogger pengedar HPA di Zon Tengah khususnya yang mengendalikan blog komuniti cawangan dibawah KPA.

Sehubungan dengan itu saya selaku Ketua Unit IT KPA yang mengendalikan blog ini menjemput semua pengedar HPA di Zon Tengah yang mengendalikan blog samada blog peribadi atau blog komuniti dapat hadir lebih awal sebaiknya solat Asar berjemaah di dewan Caw Rawang. Selepas itu kita akan mengadakan perjumpaan dan ramah mesra serta perbincangan tak formal dalam suasana kekeluargaan untuk menambah baik blog masing-masing. Blogger dari pihak syarikat khususnya pengendali blog cawangan dan Zon Tengah juga boleh hadir sekali.

Ringkasan Aturcara Majlis Iftor Ramadan KPA di Caw Rawang:

10.00 pg - 1.00 tghr : Mesyuarat Penyelarasan Sillibus Kelas Mingguan Unit Herbalis KPA.

5.00 ptg - 7.00 ptg : Perjumpaan Blogger HPA khususnya pengendali blog komuniti KPA.

7.00 - 7.30 mlm : Bacaan Tahlil

7.30 mlm : Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib Berjemaah

8.45 mlm : Solat Isyak berjemaah dan Solat Tarawikh

9.45 mlm : Tazkirah Ramadhan akan disampaikan oleh Us. Ahmad Adnan Fadhil

11.00 mlm : Jamuan Moreh.


Semua PJS KPA dan Ahli Kelab Pelapis PJS KPA beserta 3 wakil Komuniti Cawangan di Zon Tengah dijemput hadir..

Semua AJK KOMUNITI RAWANG selaku tuan rumah diminta mengadakan mesyuarat lebih awal untuk persediaan yang dijangka akan dihadiri lebih dari 100 orang. Peruntukan perbelanjaan akan disediakan oleh pihak syarikat dan KPA.
/

KARNIVAL HPA BENTONG

KARNIVAL HPA telah diadakan oleh Komuniti Bentong pada 18 Julai 2010. Banyak aktiviti di adakan antaranya pertandingan mewarna untuk kana-kanak, pertandingan meneka biji betik, cabutan bertuah, demo kiropraktik dan penerangan HPA oleh Presiden Kelab KPA PJM Hafidzan Faudzi, penjualan makanan berasaskan produk HPA dan mendiagnos penyakit secara percuma. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. TAHNIAH kepada Komuniti Bentong di dalam usaha mempromosikan HPA pada masyarakat.