Showing posts with label iftar. Show all posts
Showing posts with label iftar. Show all posts

11 August 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS IFTOR JAMA'IE KOMITI KLANG (ZON 4 KPA)


Assalamualaikum.

Sukacita dimaklumkan bahawa Komiti Zon 4 KPA akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Hpa Cawangan Klang pada hari Ahad 14 Ogos 2011.

Majlis akan diserikan lagi dengan program Tazkirah sebelum berbuka puasa dan Motivasi selepas solat tarawih.

Tazkirah oleh PJS US SAFUAN PAMIDI (Ketua Zon 4 KPA)
Motivasi oleh PJS HAFIDZAN FAUDZI (Presiden KPA)

Setiausaha Komiti PJS US MOHAMAD ASRI ZAKARIA memaklumkan Menu utama majlis berbuka puasa ialah Kari Kambing & Ayam masak merah.

Sehubungan dengan itu semua pengedar khususnya yang tinggal di kawasan Klang dan sekitarnya dijemput sama sama memeriahkannya. Sumbangan buah tangan seperti buah-buahan dan kuih muih dialu-alukan.

27 August 2010

Jemputan Ke Majlis Iftor di Cawangan Rawang hari ini..



Alhamdulillah setakat ini KPA melalui Komuniti Cawangan telah mengadakan dua kali Majlis Iftor (Berbuka Puasa) iaitu di HPA Cawangan Kajang pada hari Isnin 16 Ogos dan di HPA Cawangan Klang pada hari Sabtu 21 Ogos.

Maka satu majlis Iftor Perdana yang akan dihadiri oleh wakil semua komuniti Cawangan HPA di Zon Tengah khususnya di Lembah Klang dan wakil syarikat dari Zon Tengah yang diketuai oleh Us. Ahmad Adnan Fadhil pada:

Tarikh : 27 hb Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadhan 1431H

Hari : Jumaat

Tempat : Dewan dan Perkarangan Pejabat HPA Cawangan Rawang.

Tazkirah : Us. Ahmad Adnan Fadhil


Aturcara Majlis Iftor Perdana KPA di Caw Rawang:

5.00 ptg - 6.30 ptg : Perjumpaan Blogger komuniti KPA

6.45 - 7.20 mlm : Tazkirah oleh Us Mohamad Ibrahim (Pensyarah KPJ)

7.23 mlm : Berbuka puasa (Kurma & Minuman kopi radix/jus)

7.30 mlm : Solat Maghrib berjemaah

7.45 mlm : Jamuan Makan Nasi (Nasi Tomato & Ayam Organik masak merah)

8.35 mlm : Solat Isyak berjemaah dan Solat Tarawikh 8 rakaat serta witir 3 rakaat.

9.45 mlm : Bacaan Tahlil

10.00 mlm : Taklimat semasa oleh Presiden KPA & Penyampaian sumbangan kepada Anak Yatim, OKU.

11.00 mlm: Jamuan Moreh (bubur lambuk & kuih muih) dan bersurai


Semua PJS KPA, Pelapis PJS KPA, Wakil Komuniti dan semua pengedar berhampiran serta pembaca blog ini yang berkesempatan dijemput hadir.

Seterusnya selepas ini majlis Iftor KPA akan diadakan

pada hari Rabu 1 September di Hpa Cawangan Klang diikuti dengan Kuliah Perubatan Jawi oleh PJM CIKGU MURAD ABU BAKAR.

Semua pengedar khususnya yang berhampiran dijemput hadir.
/

11 August 2010

PROGRAM BULAN RAMADHAN ALMUBARAK

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA UMMAT ISLAM DAN WARGA HPA ZON TENGAH KHASNYA.

Hadirnya Ramadhan membawa rahmat pada awalnya, keampunan pada pertengahannya dan kelepasan dari api neraka pada penghujungnya. Dalam Ramadhan, amalan fardhu digandakan 70 kali ganjarannya manakala amalan sunat diganjarkan dengan pahala amalan fardhu.

Insyallah, bersempena Ramadhan ini KPA membawa satu kelainan dari tahun2 yang lepas dengan mengadakan program IFTOR, TERAWIH & KPJ di 2 cawangan HPA yang terpilih:


16 OGOS : HPA KAJANG


IFTOR, TERAWIH & KPJ


PENSYARAH: HERBALIS RAMLY






27 OGOS : HPA RAWANG


IFTOR BULANAN, TAZKIRAH & TERAWIH


PENSYARAH: USTAZ AHMAD ADNAN



1 SEPT : HPA KELANG


IFTOR, TERAWIH & KPJ


PENSYARAH: PJM MURAD ABU BAKAR



GEMPUR KEHADIRAN BERAMAI-RAMAI

/

26 February 2010

Majlis IFTAR KPA

Tarikh: 25hb Februari, 2010
Tempat: HPA Cawangan Bangi.
Alhamdulillah dengan izin ALLAH SWT, majlis kali ini telah dapat diadakan dengan jayanya oleh AJK Komuniti HPA Cawangan Bangi yang dipimpin oleh PJ Ustaz Fadil dan PJM Rosmandi sebagai penasihatnya. Tahniah kepada semua AJK Komuniti HPA Cawangan Bangi yang telah berusaha keras untuk melaksanakan tugasan yang diserahkan kepada mereka.



Suasana dewan kuliah di mana majlis ini dijalankan agak berlainan dengan adanya pembaharuan yang dilakukan pada dinding yang telah dipenuhi dengan banner baru dan gambar-gambar menarik. Usaha menghias dewan kuliah ini patut dicontohi oleh AJK Komuniti yang lain agar memudahkan pengedar-pengedar baru untuk mendapat maklumat tentang syarikat, pelan pemasaran dan pengetahuan produk secara asas.







Selepas berbuka puasa, majlis diteruskan dengan solat maghrib berjemaah dan diikuti dengan tazkirah "Maulidul Rasul" oleh PJS Ustaz Safuan Pamidi. Sambil memberi tazkirah sempat juga ustaz berjenaka dalam penyampaiannya untuk mengelakkan para hadirin dari "Pancing udang" selepas makan gulai ayam organik yang disediakan.




Solat Isya' telah diimamkan oleh Pengerusi Komuniti Bangi; Ustaz Fadzil dan para jemaah telah bersalam-salaman dengan mesra selepas doa dibacakan. Sesungguhnya kejayaan jemaah bergantung rapat dengan kesatuan fikir dan kesatuan hati. Situasi ini hanya boleh berlaku apabila setiap individu berusaha dengan bersungguh-sungguh (mujahadah)mendisiplinkan diri masing-masing untuk membersihkan hati (qalbu) dari sifat mazmumah yang dibenci oleh ALLAH SWT.

Sekiranya manusia ini tidak mahu melakukan DETOKSIFIKASI QALBU semasa hidup di dalam dunia yang sementara ini; nescaya mereka terpaksa menjalani proses pencucian rohani ini selepas mati; yakni di dalam kubur, di mahsyar, di sirot dan di dalam salah satu neraka yang menggerunkan. NAUZUBILLAH MINZALIK.

Hendaklah setiap individu ingat "Yang HALAL di HISAB, Yang HARAM di AZAB".

Slot akhir pada malam iftar diisi oleh ucapan ringkas daripada Penasihat Komuniti HPA Bangi; PJM Rosmandi Ishak dan diakhiri oleh taklimat oleh Presiden KPA; PJM Hafidzan Faudzi disusuli dengan demo Penapis Air DEW dan soaljawab (dialog).

Dalam taklimatnya; saudara Hafidzan telah melontarkan satu "IDEA" iaitu Program Pengedar Setia Cemerlang (PSC) yang mana ia memberi peluang kepada pengedar biasa yang tidak berkesempatan untuk menghadiri PBC untuk dapat mengikuti kursus satu hari PSC ini agar mereka dapat ditarbiyah untuk menjadi pengamal setia produk HPA.


Dalam usaha untuk mencapai jualan 20juta sebulan; beliau telah pun menyarankan kepada Presiden kelab-kelab yang lain agar menggempur pasaran dengan Penapis Air DEW mulai Mach 2010 ini dengan setiap PJS dan rangkaian mereka menjual 100 penapis. Sekiranya segala usaha penyatuan fikir dan hati dapat digembelingkan secepat mungkin di seluruh Malaysia maka dijangkakan bahawa sasaran untuk menjual RM20 juta sebulan akan dicapai sekurang-kurangnya dalam Mei 2010.

Semuga ALLAH SWT membantu kita semua untuk mendetoksifikasikan QALBU kita sebersih-bersihnya sepertimana AIR DEW dapat membersihkan tubuh kita daripada toksid yang kita longgokan semenjak bercerai susu ibu lagi.


GEMPUR PASARAN DENGAN KESATUAN FIKIR DAN JIWA

13 February 2010

IFTAR

Majlis iftar (berbuka puasa) untuk semua PJS KPA dan wakil komuniti akan di adakan pada :
Tarikh : 25 Feb 2010
Tempat : HPA Cawangan Bangi
Masa : Bermula dengan solat maghrib berjemaah

Setiap komuniti dibenarkan menghantar 2 orang wakil sahaja