28 March 2010

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN PTB APRIL 2010
Diminta bagi mereka yang ingin mengikuti Kursus PTB untuk membuat pendaftaran segera sebelum 10 April 2010 bagi memudahkan persiapan kursus nanti.

Harap maklum & terima kasih.

PRODUK BARU BAKAL MEMASUKI PASARAN TIDAK LAMA LAGI





Selamat Berangkat ke Tanah Suci

/
Semua ahli HPA dibawah Kelab Pemimpin Al Wahida (KPA) mengucapkan Selamat Mengerjakan Umrah kepada Presiden dan Setiausaha KPA iaitu PJS Hafidzan Faudzi dan PJS Fatin yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada malam ini. Semoga mereka berdua yang juga suami isteri selamat pergi dan balik. Mereka berdua dijadualkan balik ke Malaysia pada 10 April 2010.

Mesyuarat AJK KPA akan diadakan pada hari Selasa 13 April jam 10 pagi di HPA CAW BANDAR BARU BANGI. Semua AJK diwajibkan hadir.

Sehubungan dengan itu kepada semua pengarah pengarah PBC semasa hendaklah memaklumkan terus tarikh PBC yang telah disusun pada bulan April ini pada saya (Jamaluddin Yeop Majlis) melalui email jymhpa@yahoo.com atau hp 012-2503041 / 013-9812655 untuk dimasukkan dalam Jadual PBC bulan April yang masih banyak kosong lagi tu.

27 March 2010

Program PSC (Pengguna Setia Cemerlang) akan dilaksanakan pula..

/
Setelah 5 tahun program PBC (Dis 2005 - Mac 2010) dilaksanakan adalah difikirkan perlu bagi pihak Al Wahida Marketing memperkenalkan satu program baru bagi mempercepatkan lonjakan jualan kearah pencapaian jualan RM20 juta. Program PSC dicadangkan untuk diperkenalkan oleh pihak Syarikat bukannya untuk menggantikan program PBC tetapi sebaliknya adalah bagi memantapkan lagi program tersebut.

MATLAMAT
Bagi melahirkan pengguna setia produk HPA dikalangan pengedar disamping menjana pendapatan yang selesa dengan cara yang mudah.

SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI
Semua PB yang belum berpangkat

JANGKAMASA PROGRAM – 1 HARI (9 PAGI – 5 PTG)
INSENTIF PROGRAM: DINOBAT SEBAGAI PENGURUS MELATI (PLX) SETELAH
MAINTAIN 100 NM SELAMA 6 BULAN BERTURUT-TURUT

TEMPAT PROGRAM: HOTEL ATAU YANG SETARAF DENGANNYA

MODULE –
1. PENGENALAN SYARIKAT
2. MARKETING PLAN – BAGAIMANA MENJANA PENDAPATAN SELESA
MELALUI PROGRAM PSC
3. PRODUK KNOWLEDGE
BAYARAN – RM10 – RM30 TERMASUK BAHAN DAN MAKAN
BILANGAN PESERTA – (200 HINGGA 500) ORANG – (10 ORG PESERTA BG SETIAP PJS)

SYARAT PENYERTAAN

A. TELAH MEMBUAT PEMBELIAN 100 NM SEBULAN DALAM MANA2 BULAN DALAM TEMPOH 3 BULAN SEBELUM KURSUS. PESERTA DIKEHENDAKI MEMBUKTIKAN DENGAN MENYERTAKAN INVOIS PEMBELIAN SEMASA PENDAFTARAN BERSAMA DENGAN KAD PENGENALAN. PESERTA YANG MENGIKUTI PROGRAM PSC PADA BULAN PEMBELIAN SYARAT DIBUAT ATAU BULAN BERIKUTNYA HANYA PERLU MENERUSKAN MAINTAIN 100 NM SELAMA LIMA BULAN BERTERUSAN UTK MELAYAKAN MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT PLX

B. HANYA PESERTA YANG HADIR LAYAK MENERIMA KENAIKAN PANGKAT. TIDAK DIBENARKAN PENGGANTI UNTUK HADIR KURSUS

C. PESERTA PERLU HADHIR SEPENUH MASA DALAM KURSUS

SYARAT PENGANJURAN

DIANJURKAN OLEH KELAB DAN PADA PERINGKAT PERMULAAN CUKUP SATU ATAU DUA PROGRAM UNTUK SATU KELAB. TARGET 500-1000 PESERTA SEBULAN

KENAPA PROGRAM PSC RATIONAL?

1. PSC TIDAK AKAN MENYEBABKAN PROGRAM PBC TERGENDALA MALAHAN AKAN MENJADIKANNYA LEBIH RANCAK KERANA MEREKA YG MENYERTAI PSC APABILA MENYERTAI PBC PADA BULAN BERIKUTNYA, HANYA PERLU MEMBUAT PENAMBAHAN 200 NM. DISAMPING ITU MEREKA JUGA AKAN MENJADI PESERTA PBC YANG LEBIH BERKUALITI KERANA TELAH FAHAM AKAN MATLAMAT DAN KELEBIHAN PBC.

2. PROGRAM PBC TELAH PUN BERJALAN SEJAK TAHUN 2005. SETELAH 5 TAHUN, RASANYA SUDAH SAMPAI WAKTU DAN KETIKA PARA PEMIMPIN DAN PENGEDAR DIDEDAHKAN DENGAN PROGRAM BARU YANG BOLEH MEMBANGKITKAN SEMANGAT MEREKA.

3. PSC AKAN MEMASTIKAN PESERTA MENERUSKAN PEMBELIAN SEKURANG2NYA 6 BULAN DIMANA ADA KALANYA PESERTA PBC HANYA MAMPU UNTUK MAINTAIN DALAM MASA 2 BULAN PERTAMA SELEPAS PBC

4. TERDAPAT DIKALANGAN PENGEDAR YANG HANYA SANGGUP MEMBERI MASA 1 HARI BAGI MENGIKUTI PROGRAM. INI ADALAH LEBIH MUDAH BAGI ORANG YANG KURANG SEMANGAT DAN KEYAKINAN.

24 March 2010


Kursus diagnosis cara mudah dan tepat

Kursus ini akan diadakan pada bulan april bagi memantabkan ilmu perawatan kepada ahli-ahli HPA dengan keupayaan diagnosis penyakit melalui,muka,lidah,mata,hidung,telinga,kaki ,kulit dan lain-lain lagi. Kursus ini lebih khusus kepada mereka yang telah pun mengikuti program PIC,iridologi,bekam,reflexologi dan seumpamanya.

Peserta hanya dibuka kepada 100 orang sahaja dan masa kursus 2 hari 1 malam.Tidak ada alatan digunakan untuk merlakukan diagnosis,hanya memahami dari perubahan zahir tubuh sahaja.

Mereka yang berminat boleh menghubungi saudara hafiz (019 4749717) atau Suhairi (013 423 9717) .


sumber dr blog PU

20 March 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN PRODUK MELAKA HALAL HUB DAN KONSERT HPA RAIHAN

Assalamualaikum..
Makluman dan hebahan

Majlis Pelancaran Produk Melaka Halal Hub dan konsert Nasyid Raihan

Tarikh : 29hb Mac 2010 (Isnin)
Tempat : Melaka Halal Hub, Serkam dan Dewan Bistari, Ayer Keroh.
Masa : 10.00 Pagi dan 8.00 Malam.

Tetamu Kehormat :

  1. YB Datuk Hj. Md Yunos bin Husin

  2. YB Ar. Hj. Ismail bin Othman

  3. YB Datuk Wira Hj Ahmad bin Hamzah

  4. YB Datuk Hj Dhazale bin Mohamad

  5. Tn. Hj. Ismail bin Ahmad.


Semoga kedatangan anda dapat mengimarahkan lagi majlis tersebut dan menyokong perkembangan kita...

Sekian dimaklumkan...
/

PERUBAHAN MODUL HERBALIS BAGI KELAS MINGGUAN

Di harap para herbalis dan komuniti sentiasa melihat ruangan jadual bertugas herbalis kerana berkemungkinan ada perubahan dari segi tajuk modul pembentangan bagi kelas mingguan

-sekian-

17 March 2010

Panel Syariah: Insentif 2009
0 comments Tuesday, March 16, 2010 Posted by GM


PANDANGAN PANEL SYARIAH MENGENAI INSENTIF KONVEK 2009
KONVEK 2009 HPA telah menawarkan ganjaran berikut kepada pengedar yang mencapai tahap jualan yang ditetapkan.
Ganjaran tersebut adalah seperti berikut:“Top 20 akan mendapat ganjaran mengerjakan ibadah haji suami isteri @ kereta @ RM30,000 tunai.”
Pihak pengurusan memohon supaya Panel Syariah memutuskan masalah berikut:
Pengedar yang layak mendapat ganjaran berkenaan telah memilih untuk menolak ganjaran menunaikan haji tetapi menukarkannya dengan ganjaran wang tunai.
Apakah pandangan Panel Syariah berhubung dengan perkara berkenaan?
Panel Syariah telah mengemukakan pandangan seperti berikut:
“Sekiranya penerima ganjaran telah menunaikan ibadah haji atau umrah dan memilih untuk mengambil ganjaran wang tunai, maka syarikat hendaklah menunaikan pilihan penerima iaitu membayar ganjaran wang tunai.”
“Tetapi, sekiranya penerima ganjaran belum menunaikan ibadah haji atau umrah tetapi memilih untuk mengambil ganjaran wang tunai, maka:
1. Pihak syarikat hendaklah terlebih dahulu menasihati penerima ganjaran supaya menunaikan ibadah haji atau umrah.
2. Setelah dinasihati, penerima ganjaran tetap dengan keputusan untuk mengambil ganjaran wang tunai, maka syarikat hendaklah menunaikan pilihan penerima ganjaran.”

sumber dari blog GM

14 March 2010

UNTUK MU HERBALIS

Di harap semua HERBALIS dalam zon KPA dapat menghubungi Ketua Unit IT & Multimedia (PJS Jamaludin YM: jymhpa@yahoo.com) @ saya Herbalis Ramly Ahmad (hamba_6640@yahoo.com)dengan memaklumkan alamat emel; blog peribadi yang berkaitan aktiviti perawatan anda untuk kami senaraikan dalam blog KPA sebagai membantu ANDA semua dalam mempromosikan tempat perawatan ANDA.

13 March 2010

PELANCARAN ALBUM BARU HPA RAIHAN DAN PRODUK BARU MINYAK WANGI




Tarikh : 17hb March 2010 (Rabu)
Jam : 8.00 Malam
Tempat : De Palma Ampang

Bersama :
Tn. Hj. Ismail b. Ahmad (Pengarah Urusan 1 ),
Tn. Hj. Fisal b. Ahmad Tajuddin (PU 2 / Pengurus Besar Zon Tengah)
En. Mohd. Faisol b. Abd. Rahman (GM AWM / Pengurus Besar Zon Borneo & International)

Kerusi terhad : 700 orang ( dalam Ballroom ).

LCD Plasma Besar akan disediakan di luar Ballroom

Datang ramai-ramai. Bawa prospek dan rangkaian anda. CUTI SEKOLAH...... PERCUMA !

KULIAH PERUBATAN JAWI


SEBARKAN DAN JEMPUT RAKAN NIAGA ANDA. PERCUMA !

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Al Wahida Marketing Sdn Bhd Zon Selatan akan menganjurkan Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) jam 8.30 malam seperti butiran berikut:

24 MAC 2010 (RABU)
DEWAN NURUDDIN FAHMEY, KLUANG

25 MAC 2010 (KHAMIS)
DEWAN BANGUNAN ANCHOR, MELAKA HALAL HUB, SERKAM



Diharap pihak cawangan boleh membuat hebahan kepada para PJS, leader-leader, stokis-stokis dan ahli-ahli berkenaan dengan makluman ini. Sekian Terima Kasih.

HPA RAIHAN DENGAN KERETA BARU



4HB MARCH 2010: PERJUANGAN SEMAKIN HEBAT. TAHNIAH KEPADA HPA RAIHAN 3 BULAN PERTAMA YANG HEBAT. KERETA HPA RAIHAN TERBARU YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH HPA INDUSTRIES SDN BHD UNTUK TUJUAN PENGERAKKAN RAIHAN.

PADA 17HB MARCH 2010 HPA RAIHAN AKAN MEMBUAT MELANCARKAN ALBUM BARU “MUSAFIR PERJUANGAN” DAN “SELAWATERAPI” SERTA PROPDUK AROMI TERAPI RAIHAN DI DE PALMA AMPANG OLEH PENGARAH URUSAN HPA, TUAN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD

12 March 2010

Kiosk HPA Baru di Zon Tengah

KINI DIBUKA
berkonsepkan HPA Halal Mart
lokasi berhadapan Sunway Piramid.belakang Caltex

10 March 2010

FORUM KEPENGGUNAAN ISLAM DAN PELANCARAN HPAPMIUM

Sempena dengan Ekspo Halal 2010 anjuran Lujnah Ekonomi PMIUM pada 13 - 14 Mac ini, satu majlis Forum Kepenggunaan Islam akan diadakan di Fakulti Perniagaan & Perakaunan Universiti Malaya, Jalan Pantai Baru Kuala Lumpur.

Forum Kepenggunaan Islam

Tajuk : ”Survival Ekonomi Islam Dalam Era Globalisasi”


Tempat: Dewan Kuliah 1, Fakulti Perniagaan & Perakaunan Universiti Malaya


Tarikh: Sabtu 13 Mac 2010

Masa: Jam 8.30 malam

Ahli Panel 1 : Mohd Fadzil Bin Abu Kassim

(Ketua Penolong Pengarah, Pusat Ekonomi Dan Kewangan Islam (ILIM)


Ahli Panel 2 : PJS Morad bin Abu Bakar (BA Ekonomi UM, MA Muamalat UIA)

(Pengarah Jati Setia HPA)


Moderator : Hawari Bin Zakaria @ Azahari

11.00 malam : Persembahan nasyid

Oleh : Al- Hamz

11.30 malam : Jamuan dan bersurai


---------------------------------------------------------------------------------------------


MAJLIS PELANCARAN HPAPMIUM


Tarikh: 14 Mac 2010


09.30 pg: Pembentangan Kertas Kerja 4

Tajuk: Syubhah Menurut Perspektif Islam Dan Penyelesaiannya

Oleh: YBhg. Encik Zulkefli bin Mohamed

Setiausaha Penerangan

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Tayangan video PPIM

10.45 pg Pelancaran HPAPMIUM

Ucapan pengarah

Oleh : Saudara Auzani

Perasmian HPAPMIUM

Oleh : PJS Jalaluddin Yeop Majlis

Gimik pelancaran

12.00 tgh Jamuan dan Solat Zohor

2.30 ptg Ucapan Perasmian Penutupan

Oleh: YBhg. Dato’ Wan Mohamad Bin Dato’ Syeikh Abdul Aziz

Ketua Pengarah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM)

Penyampaian hadiah

Cabutan bertuah

Persembahan nasyid

Oleh: Kumpulan Feel Honey

Bersurai



Program ini terbuka untuk semua. Bukan sahaja warga kampus, malah semua orang ramai boleh menghadirinya.



09 March 2010

KPJ Pengarah Urusan bersama HPA Raihan

Program bulanan Kuliah Perubatan Jawi KPJ pada bulan Mac ini di Hotel De Palma Ampang akan diadakan juga Majlis Pelancaran Album Pertama HPA RAIHAN.

Tarikh : 17hb March 2010 Jam : 8.30 Malam

Tempat : De Palma Ampang

Oleh : Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA)

Majlis Pelancaran 6 produk baru termasuk Album Baru Kumpulan HPA Raihan "Musafir Perjuangan” , “Terapiselawat” dan produk Aroma terapi HPA Raihan….

Datang Ramai-ramai insyallah akan diadakan persembahan Kumpulan HPA Raihan dari album barunya

07 March 2010

Persatuan Penguna Islam Malaysia Menggesa Supaya Umat Islam SENSITIF

06 March 2010

Logo Halal: Tindakan MAIS pastikan produk ikut hukum

06/03/2010 8:02pm Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 6 Mac – Tindakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengharamkan penggunaan logo Halal yang dikeluarkan enam syarikat swasta adalah tepat dalam memastikan sesuatu produk halal yang dijual mengikut hukum syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jika sijil halal dikeluarkan syarikat swasta tanpa kawalan, ia akan menimbulkan pelbagai keraguan di kalangan pengguna kelak.

"Syarikat swasta yang tidak mengikut prosedur ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan majlis agama Islam negeri akan menyebabkan syarikat swasta yang lain akan melakukan perkara yang sama dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan sijil halal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis konvokesyen ke-5, Kolej Islam Antarabangsa, Gombak dekat sini hari ini.
Jamil Khir diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang mengatakan MAIS mengharamkan serta-merta penggunaan logo halal yang dikeluarkan enam syarikat swasta di semua restoran, kafe, hotel dan medan selera di Selangor.

Enam syarikat terbabit ialah Bahtera Lagenda Sdn. Bhd., Islamic Food and Research Council (IFRC), SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council SEA dan IFANCA International. – Bernama

05 March 2010

Program PBC bulan MAC 2010

6-7 MAC

  1. Rumah Rehat Bentong : RM 150 : PJS Fatin (013 3962550)
  2. Pusat Zakat Selangor,PULAZ, MAIS, Shah Alam: RM 150 : PJS Habshah ( 019 3337245)
  3. D Anjung Inn Tangkak : RM 150 : PJS Rosli Daus (019 6655637)
  4. Masjid AlGhufran, TTDI : RM 150 : PJS Jamaluddin (013 9812655)
  5. Hotel Sri Malaysia, Ipoh Perak : RM 150 : PJS Khalilah (019 4288416)/ PJ Cg Sani- 013 6641872)
  6. Hay Resort, Sabak Bernam : RM 150 : PJS Hj. Marjuni (019 3835008)
  7. Ayer Kroh Country Resort Melaka : RM150
  8. Allson Klana Nilai : RM170 : PJS Siti Habibah Yusof

13-14 MAC

  1. Hotel De Palma Shah Alam : RM 180 : PJS Norliah (012 3190132)

20-21 MAC

  1. Pusat Dakwah Paroi, Senawang NS : RM150 : PJ Prof Madya Dr Ishak Suliaman
  2. Hotel Adamson Kuala Lumpur : RM150 : PJS Abdul Yadie (019-2692072)

27-28 MAC

  1. Kompleks Rakan Muda, Sementa : RM 150 : PJS Asri (019 2398620)
  2. Hotel Sri Alam (Anjung Rahmat): RM 150 : PJS Abdullah (012 6849263)
  3. Pusat Belia Antarabangsa Bdr Tun Razak KL : RM150 : PJS Cikgu Murad Abu Bakar

Restoran Kopitiam diragui - KOSMO

/



IFTAR KPA DI WILAYAH ZON TENGAH (UTARA)

Ipoh: Pada 1 Mac 2010 telah berlangsung IFTAR yang buat pertama kali diadakan di HPA Ipoh yang melibatkan seluruh PJS dan pemimpin yang berada di dalam Komuniti Zon KPA. Sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran sekitar 50 orang dari Komuniti Manjung, Seri Iskandar, Tanjung Malim dan Ipoh sendiri. Program bermula sekitar 7.30 malam dengan majlis berbuka puasa, solat maghrib berjamaah dan isyak. Majlis dipengerusikan oleh PJE Cikgu Sani, Pengerusi Komuniti Ipoh.

Pemimpin yang turut hadir adalah Presiden KPA PJS Hafidzan , Timbalan Presiden PJS Rosmandi, PJS Hj. Marjuni dan PJS Hj. Zainal Ahmad. Seterusnya majlis ucapan PJS-PJS Perak terdiri drp PJS Hj. Jamaluddin, PJS Khalilah Wong dan PJS Meor Johaidi, serta Ahli Tribunal KPA yang disempurnakan oleh PJS Hafidzan dan PJS Rosmandi. Majlis diakhiri dengan sesi dialog dan pembentang dan demo Penapis Air Dew oleh Presiden KPA. Program tamat pada jam 11.45 malam. Gempurrrr.

04 March 2010

PJS SITI HABIBAH DILANTIK PRESIDEN KPS





































PJS SITI HABIBAH BT YUSUF - PRESIDEN KELAB PEMIMPIN SELATAN (KPS)

Tanggal 4 Mac 2010, Khamis mengukir satu sejarah bagi kepimpinan baru bagi HPA zon selatan. Mesyuarat pembentangan dan penubuhan Kelab Pemimpin Selatan (KPS) yang telah diadakan di Dewan Nuruddin Fahmy, Kluang, Johor. Majlis dimulakan jam 10 pagi dengan ucapan GM Zon Selatan, En. Abd. Ghani dengan taklimat perkembangan terkini HPA di zon selatan.

Seterusnya GM AWM, En. Mohd. Faisol Abd. Rahman telah menyampaikan kata-kata amanat dan nasihat sebelum mengumumkan perlantikan jawatankuasa KPS yang diputuskan oleh pihak pengurusan HPA.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Kelab Pemimpin Selatan (KPS)

Presiden : PJS Siti Habibah Yusuf

Timbalan 1 : PJS Rahmat Daim

Timbalan 2 : PJS Mohd. Shafie Tasiron

Setiausaha : PJS Alimah Sam

Bendahari : PJS Evi Shoraiya Riduan Yamani

Unit Kehalian : PJS Maslizar Mat Seman, PJ Rahmah Rahmat, PJ Nasimah Musa

Unit Kebajikan : PJS Fauziah Abu Samah, PJS Rogayah Mod. Zain, PJ Mirzahtul Laila

Unit Latihan : PJS Rosli Daud, PJS Naziadi Margini, PJ Roslina Hasim

Unit IT dan Sebaran : PJS Ahmad Shaffik Mohd, PJS Rahim Mutawil, PJ Hassan Sulaiman

Unit Perubatan Jawi : PJS Zahirah Mohamed, PJS Rosjulila Husin, PJ Ust. Abd. Hadi Mohd. Isa

Majlis penyerahan watikah perlantikan yang ditandatangi oleh Pengarah Urusan HPA dan GM AWM telah disempurnakan oleh EN. Mohd. Faisol dan En. Abd. Ghani.

Presiden KPA, PJS Hafidzan dan Presiden KPU, Tn. Hj. Azizan telah dijemput memberikan ucapan, motivasi dan perkongsian pengalaman dalam menguruskan KPA dan KPU. Presiden KPT, PJS Ust Ramizu tidak dapat hadir.

Mesyuarat pertama jawantankuasa KPS telah diadakan sebelah petang jam 3 pm bagi membincangkan aktiviti yang akan dijalankan terutamanya Program Gen 2 Zon Selatan yang telah ditetapkan pada bulan April.

Tahniah kepada Jawatankuasa KPS. Semoga Allah beri kekuatan dalam menjalankan amanah ini.