05 March 2010

IFTAR KPA DI WILAYAH ZON TENGAH (UTARA)

Ipoh: Pada 1 Mac 2010 telah berlangsung IFTAR yang buat pertama kali diadakan di HPA Ipoh yang melibatkan seluruh PJS dan pemimpin yang berada di dalam Komuniti Zon KPA. Sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran sekitar 50 orang dari Komuniti Manjung, Seri Iskandar, Tanjung Malim dan Ipoh sendiri. Program bermula sekitar 7.30 malam dengan majlis berbuka puasa, solat maghrib berjamaah dan isyak. Majlis dipengerusikan oleh PJE Cikgu Sani, Pengerusi Komuniti Ipoh.

Pemimpin yang turut hadir adalah Presiden KPA PJS Hafidzan , Timbalan Presiden PJS Rosmandi, PJS Hj. Marjuni dan PJS Hj. Zainal Ahmad. Seterusnya majlis ucapan PJS-PJS Perak terdiri drp PJS Hj. Jamaluddin, PJS Khalilah Wong dan PJS Meor Johaidi, serta Ahli Tribunal KPA yang disempurnakan oleh PJS Hafidzan dan PJS Rosmandi. Majlis diakhiri dengan sesi dialog dan pembentang dan demo Penapis Air Dew oleh Presiden KPA. Program tamat pada jam 11.45 malam. Gempurrrr.