23 May 2010

Lebih 100 hadiri program IFTOR KPA di HPA WANGSA MAJU

/
Khamis 20 Mei merupakan hari bersejarah kepada HPA Cawangan Wangsa Maju apabila lebih 100 pemimpin pengedar HPA di Zon Tengah (KPA) menghadiri majlis berbuka puasa sunat hari Khamis. Cawangan Wangsa Maju baru saja beroperasi pada tahun ini dan telah pun mempunyai AJK KOMUNITI untuk menggerakkan kelas mingguan yang diadakan pada hari Isnin jam 9.00 - 11.00 malam.

Program ini kita akan adakan sebulan sekali di setiap cawangan yang ada kelas mingguan. Selain majlis berbuka puasa, peluang pertemuan pemimpin yang terdiri dari PJS dan 3 wakil AJK KOMUNITI CAWANGAN dan pengedar setempat, majlis diisi dengan TAZKIRAH oleh Panel Syariah HPA Us. Mohd Adnan Fadhil dan taklimat perkembangan semasa syarikat oleh Presiden KPA PJS Hafidzan Faudzi.