16 September 2010

KPJ bersama Us. Muhammad bin Ibrahim (Us. Mad China)

Setelah lebih seminggu kita berhariraya bersama keluarga dan sahabat handai, marilah kita kembali mengisi ilmu melalui Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) yang telah diatur oleh Pihak Pengurusan HPA Zon Tengah.

Berikut adalah jadual KPJ Zon Tengah di bulan September 2010. Semua kuliah akan disampaikan oleh Us. Muhammad bin Ibrahim (Us. Mad China). Program bermula jam 8.30 malam.

1. Ahad (10 Syawal / 19 Sept) : Dewan HPA Cawangan Ipoh Perak

2. Isnin (11 Syawal / 20 Sept) : Dewan HPA Cawangan Wangsa Maju Kuala Lumpur.

3. Rabu (13 Syawal / 22 Sept) : Dewan HPA Cawangan Tanjung Karang Selangor.

4. Selasa (19 Syawal / 28 Sept) : Dewan HPA Cawangan Shah Alam Selangor.

Semua pengedar HPA khususnya yang berhampiran dijemput hadir. Para PJS dan Pelapis PJS pula bertanggungjawab menghebahkan jadual kuliah ini kepada para pengedar dibawah jaringan masing-masing.

Kelas Mingguan di semua Cawangan juga akan bermula minggu depan seperti biasa. Harap pihak Jawatankuasa Komuniti Cawangan dapat mengatur Kelas Mingguan sementara menunggu jadual Pjs dan Herbalis setempat.

/