23 January 2011

145 ikuti Seminar Kepimpinan KPA di HPAIC

Seminar Kepimpinan HPA anjuran Kelab Pemimpin Al Wahida (KPA) pada 20 Januari 2011. 145 orang peserta yg berdaftar bagi mempersiapkan diri menghadapi cabaran di tahun 2011 ini. Seminar ini diadakan di Dewan besar Menara HPAIC Shah Alam.


Seminar 1 hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang diisi sepenuhnya oleh PJS Tn Hj Cikgu Murad Abu Bakar. Sebelum itu Presiden KPA PJS Hafidzan Faudzi yg bertindak sebagai Pengerusi Majlis menjemput PJS Tn Hj Khalid Iskri memberikan kata semangat kepada peserta.
Di dalam ucapan pembukaan majlis, PJM Khalid Iskri menitikberatan pembangunan ukhwah serta konsep menjayakan orang yang hendak dijayakan. Selain itu beliau menyeru para peserta memahami konsep MLM terutamanya HPA MLM yang meliputi dunia dan akhirat.

PJM Tn Hj Khalid Iskri

Manakala penceramah utama iaitu PJM Cikgu Murad menguraikan konsep Usahawan Herbalis MLM Syariah HPA yang bertunjangkan kepada gerak kerja 6M. Antara intipati siminar ini termasuklah kejayaan organisasi, menjauhi alasan,faedah amalan, menyuburkan rezeki, manafaatkan faedah dan pelbagai lagi.

PJM Tn Hj Cikgu Murad Abu Bakar

Seminar diakhiri dengan Latihan Dalam Kumpulan.

Salah satu kumpulan yg membentangkan 10 kekuatan HPA yg diketuai oleh PJS Ahmad Azam Jaafar.