19 April 2011

KPJ di Cawangan Rawang malam ini. SELASA 19 APRIL


Kuliah Perubatan Jawi atau singkatannya KPJ akan diadakan malam ini di HPA Cawangan Rawang. Herbalis Pjs Us. Jamaluddin Jusoh AlHafiz atau lebih dikenail dengan nama Ustaz Ja dari Terengganu telah dipilih oleh pihak HPA Zon Tengah untuk mengisi program ini pada malam ini..

Oleh itu pihak KPA dan Jawatankuasa Komuniti Rawang mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Us. Ja yang juga merupakan Motivator HPA Zon Timur dan Anggota Majlis Syura PJS Semalaysia dari KPT (Kelab Pemimpin Timur). Beliau adalah Pengetua Madrasah Darul Bayan di Paka Terengganu. Blog beliau bernama MUJAHID HPA boleh dilayari dengan menaip alamat www.ctjust.blogspot.com

Semua pengedar HPA di Zon Tengah khususnya yang berhampiran adalah dijemput beramai-ramai bersama rangkaian dan prospek masing-masing. Jamuan ringan diakhir majlis akan disediakan oleh pihak Komuniti Hpa Cawangan Rawang.