01 August 2011

Bimbingan (daurah) Pengajian Hadis 40 bersanad di Hpa Rawang

Bersempena dengan Bengkel ESP 1 (Keusahawanan dan Kepimpinan MLMS) kali pertama di Cawangan Rawang hari Ahad 7 Ogos ini satu majlis Daurah (bimbingan) pengajian hadis 40 bersanad kepada Imam Sayuti dan kepada Rasulullah SAW akan diadakan sebelum majlis berbuka puasa.

Majlis ini akan dipimpin oleh AR-RAJI' AFWA RABBIHI AT-THALIB AHMAD ADNAN BIN FADZIL. Setiausaha Panel Syariah HPA dan Mudir Am MANHAL-HPA. Beliau yang lebih dikenali dengan nama Us. Nan juga merupakan GM Teknologi Hpa Group of Company telah menghasilkan lebih 30 buah buku dan juga sebagai pengendali laman soal-jawab agama www.ilmudanulamak.net.

Penyertaan terbuka kepada semua pengedar dengan mendaftar dulu dengan Pegawai Latihan di Hpaic kerana pendataran terhad kepada 70 orang sahaja. Yuran dikenakan sebanyak RM20 (untuk buku dan derma tabung MANHAL). Mereka yang berminat boleh lah menghubungi no hp ini:

013-6265260 ATAU 019-4490082 ATAU 013-2110267

Pendaftaran Bengkel ESP masih dibuka juga dengan menghubungi nombor diatas dengan memberi maklumat lengkap peserta iaitu Nama, No IC dan no. tel.

Jadual di hari tersebut ringkasnya adalah seperti berikut:

TEMPAT : HPA CAWANGAN RAWANG
TARIKH: AHAD 7 RAMADHAN 1432 H / 7 OGOS 2011

8.30 pagi - 4.30 petang : Bengkel Keusahawanan dan Kepimpinan MLMS (peserta bengkel berdaftar sahaja)

4.30 - 5.30 petang : Solat Asar dan Pendaftaran peserta Daurah

5.30 - 7.00 petang : Majlis Daurah Hadis 40 bersanad dari Imam Sayuti oleh Al Fadhil Us. Adnan.

7.30 - 8.30 malam : Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib berjamaah (Solat bergilir antara jemaah lelaki dan jemaah perempuan).

8.45 - 10.15 malam : Solat Tarawih dan Witir berjemaah.

10.30 malam : Penutup dan bersurai...