17 July 2010

100 HADIR KPJ DI HPA CAWANGAN RAWANG

Sebahagian dari 100 peserta yang hadir dalam KPJ malam tadi di HPA Caw Rawang.

Alhamdulillah kehadiran pengedar HPA ke program KPJ malam tadi amat memberangsangkan. Rasanya lebih 100 yang hadir. 100 buah kerusi yang disediakan dalam dewan semuanya penuh diduduki. Pensyarah KPJ malam tadi ialah Herbalis Hj Ramly memperkenalkan Herba Unggul daripada HPA iaitu DDET.

Dua orang peserta tampil memberi testimoni kesembuhan

1. Cikgu Mohd Ali Osman 54 tahun dari Kuang menceritakan pengalamannya setelah berbekam dan mengamalkan set darah tinggi HPA, telah mengalami perubahan ketara pada dirinya. Dulu beliau terlantar 2 minggu di hospital Sg Buluh kerana jatuh akibat tekanan darah tinggi yang melampau di rumahnya. Beliau yang kini masih bercuti dari mengajar di Sek Men Bukit Garing Rawang terus beristiqomah mengamalkan produk HPA seperti Vitex, Teh Herba, Omega 3 SG dan Minyak Zaiton. Perubahan yang dialaminya dari tak boleh bercakap dengan lancar, sekarang dah mula difahami apa yang diungkapkan dalam percakapannya. Beliau juga sekarang dah berani memandu sendiri keretanya menghantar anak mendaftar belajar di Politeknik Dungun Terengganu baru baru ini.

Cikgu Ali sedang memberi testimoni dihadapan 100 peserta KPJ di HPA Caw Rawang

2. Cikgu Azlilah bt Mat Saman 40 tahun dari Serendah menceritakan pengalaman suaminya yang patah kaki kerana kemalangan jalanraya, tetapi doktor tak dapat buat operate segera kakinya untuk dimasukkan besi kerana didapati tekanan darah dan nadinya terlalu tinggi dan keadaan darahnya yang terlalu pekat. Menyedari hal ini, Cikgu Azlilah terus mencari penawarnya dari HPA dengan memberinya set 3D iaitu ddet, dkarm dan ddeu disamping Omega3 SG. Kesannya setelah membuat pemeriksaan selepas kakinya pulih, suaminya tidak lagi mengalami tekanan darah tinggi dan mendapati denyutan nadinya setabil.

Cikgu Azlilah bt Mat Saman sedang menerima cenderahati dari Herbalis Hj Ramly

Antara PJS yang hadir selain saya selaku pengerusi majlis ialah Presiden KPA, PJS Hafidzan Faudzi bersama isteri PJS Siti Rahmah, PJS Us. Safuan Pamidi, PJS Abdullah Kadir, PJS Norhayati Yunus, PjJS Normah Satar dan PJS yang baru dilantik iaitu PJS Fauzani Abd Rahim dari Tg Karang.

PJS FAUZANI ABDUL RAHIM antara PJS yang hadir dan memberi sedikit motivasi sebelum kuliah bermula

Sebelum majlis bermula PJS Fauzani memberikan sedikit ucapan dengan penuh semangat juang yang berkobar dalam dirinya. Beliau yang kini telah pun berpangkat Pengarah Jati Intan mempunyai pusat rawatan sendiri di Jeram telah memulakan kariernya sebagai pengedar rasmi Hpa sejak 3 tahun yang lalu dan merupakan Pengerusi pertama Komuniti HPA Cawangan Klang. Tahniah diucapkan kepada beliau..
/