16 July 2010

TAHNIAH KEPADA 4 PJS BARU DI ZON TENGAH






















































KPA mengucapkan tahniah kepada 4 orang pengedar dari Zon Tengah yang baru dilantik sebagai Pengarah Jati Setia (PJS). Perlantikan mereka berkuatkuasa pada bonus bulan JUN 2010 yang akan diterima dalam bulan ini. Mereka yang dilantik itu ialah:

1. 053864.MY01 HARIDAH KHANUN BT REHMAN KHAN dari TAIPING PERAK

2. 073502.MY01 NIK AHMAD SAIKHAN BIN RAJA DAUD dari IPOH PERAK

3. 281587.MY01 MOHAMAD SANI BIN HJ IBRAHIM dari IPOH PERAK

4. 290616.MY01 FAUZANI BIN ABD RAHIM dari TG KARANG SELANGOR

Semoga dengan perlantikan ini akan menambah semarakkan lagi perkembangan HPA khususnya di Zon Tengah yang mana ibu pejabat HPA akan berpindah ke Shah Alam tak lama lagi..

"Dengan perlantikan PJI FAUZANI sebagai PJS maka dengan sendirinya jawatan yang baru dipegangnya sebagai Timbalan Pengerusi Kelab Pelapis PJS KPA terbatal.. Kelab Pelapis PJS KPA hendaklah melantik Timbalan Pengerusi baru dalam organisasinya.."

Itulah antara ungkapan Presiden KPA PJS HAFIDZAN FAUDZI dalam taklimatnya selepas kuliah hadis 40 yang disampaikan oleh Setiausaha Panel Syariah HPA Us. Ahmad Adnan Fadhil sempena Majlis Iftor dan Usrah bulanan KPA di HPA Cawangan Gombak malam tadi.

Hampir 100 orang hadir dalam program yang dimulakan dengan majlis berbuka puasa sunat hari khamis. Sewaktu makan antara Maghrib dan Isyak majlis diserikan dengan alunan nasyid dari Kumpulan Nasyid Khasif yang dipimpin oleh Hanim Ahmad dan Ustaz Abd Hay.