Acara kemuncak Karnival Sambutan Ulang Tahun ke-9 IKIMfm sempena Konsert Mahabbah Gaza' pada 9 hingga 11 Julai 2010 di Stadium Melawati Shah Alam ialah persembahan Konsert Mahabbah Gaza pada jam 8 malam yang akan disiarkan secara langsung melalui IKIMfm.
Antara kumpulan nasyid popular yang akan mengambil bahagian dalam konsert tersebut ialah Rabbani, Raihan, Inteam, Saujana Nowseeheart dan Ummul Qura. Tidak ketinggalan para penyampai IKIMfm akan turut tampil membuat persembahan khas di konsert Mahabbah Gaza pada malam tersebut.
IKIMfm akan meneruskan misinya menjadi salah satu radio terunggul dalam menyampaikan maklumat ilmu pengetahuan dan hiburan yang mendidik jiwa.
IKIMfm mengajak para pendengar untuk turut serta menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan memberi kesedaran tentang penderitaan umat Islam di Gaza dan mengalu-alukan orang ramai hadir di Karnival Sambutan Ulang Tahun ke-9 IKIMfm sempena Konsert Mahabbah Gaza pada 9 - 11 Julai 2010.
Konsert yang dinamakan Konsert Mahabbah Gaza bukan sekadar konsert hiburan yang biasa tetapi ia bertujuan mengumpul dana bagi membantu mangsa kekejaman Israel di Gaza.
Berlangsung pada 10 Julai ini di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor bermula 8.30 malam, konsert ini akan menampilkan kumpulan Rabbani sendiri, Raihan, Inteam, Saujana, Nowseeheart dan Ummul Qura.
Menariknya, ujar ahli kumpulan Rabbani yang juga Pengarah Program, Azadan Abd. Aziz, konsert ini adalah percuma buat semua yang hadir.
"Tujuan kami untuk menarik orang ramai datang dan memberi kesedaran serta hikmah di sebalik apa yang berlaku.
"Nasyid dijadikan wadah agar kita semua bersatu-padu.
"Di samping itu, konsert ini dijadikan sebagai medium untuk penonton menghulurkan derma dan sumbangan ikhlas mereka kepada penduduk Palestin yang akan dikendalikan kutipannya oleh badan yang bertanggungjawab iaitu Haluan Siswa dan Lifeline 4 Gaza."
/