08 October 2011

PKLP Percuma! Ahad ni di Hotel Depalma Ampang

SKEMA dalam kenyataannya hari ini memaklumkan PKLP di Hotel Depalma Ampang hari Ahad ini adalah PERCUMA kepada orang ramai samada sudah jadi ahli atau pun belum. Bagi yang belum menjadi ahli HPA, semasa program ditawarkan menjadi ahli dengan bayaran cuma RM10 dan dibekalkan buku modul PKLP secara percuma. Bagi yang telah menjadi ahli buku modul PKLP ini dijual dengan harga RM5.00.

PKLP yang diadakan secara percuma ini bermula dari jam 8.30 pagi sehingga jam 5.30 petang turut menawarkan pangkat Pengurus Melati (PLX) kepada pengedar bertauliah (PB) yang membuat belian minima 50NM semasa program berlangsung.

Produk baru VIGOR dan PUERARIA yang masing masing bernilai 25NM setiap unit akan dijual bersama KOPI RADIX bernilai RM500,000.00 sepanjang program berlangsung. Oleh itu para agen stok digalakkan hadir menyertai program ini yang merupakan kali ketiga diadakan selepas kali kedua berlangsung dengan jayanya di Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu Sabah.

InsyaAllah program PKLP seterusnya selepas ini akan diadakan di Sg Petani pada Sabtu 15 Oktober, di Kuantan Pahang pada Sabtu 22 Oktober dan di Melaka Halal Hub pada Sabtu 29 Oktober.

Untuk PKLP di Hotel Depalma Ampang Ahad ini pihak SKEMA telah melantik Urusetia dari Sekretariat ESP KPA yg dipengerusikan oleh Pjs Jamaluddin Yeop Majlis dan pihak pengurusan HPA Zon Tengah yg diketuai oleh Pn Zaimah Ismail.

PKLP kali ini Pertandingan Kopi Radix Tarik digantikan dengan 3 kali cabutan bertuah iaitu 10 cabutan selepas pembentangan modul 1, 10 cabutan sebelum pembentangan modul ke 3 dan 10 cabutan lagi diakhir program.

Berikut adalah Jawatankuasa Urusetia PKLP pada 9 Oktober ini di Hotel Depalma Ampang.

Pengarah Program: PJS JAMALUDDIN YEOP MAJLIS
Timb Pengarah 1 : PJS FAUZANI ABDUL RAHIM
Timb Pengarah 2 : PJS HJH JUITA TAHA
Pengerusi Majlis 1 : PJS CIKGU MOHD SANI IBRAHIM
Pengerusi Majlis 2 : PPJS ROHAIZAN
Urusan Hadiah : PJS FAUZANI ABDUL RAHIM & PPJS AZIZAH RAMLI
Pengurus Pentas : PPJS SHAMSUL KAMAL
Protokol Dalaman :
1. PJS HJ MARJUNI SALEH
2. PJS ISMAHALI
3. PJS ABDULLAH KADIR
4. PJS  HJH JUITA TAHA
5. PPJS HJ MOHAMAD ISMAIL
Protokol Luaran:
1. PJS ABDULLAH ABDUL RAHIM
2. PJS SAFUAN PAMIDI
3. PJS CIKGU HARUL NIZAR
4. PPJS KHADIJAH JAAFAR.

Urusan pendaftaran, jualan, makanan dan peralatan ditugaskan kepada kakitangan syarikat dari HPAIC dan Cawangan utama dari Zon Tengah.