13 October 2011

PKLP SETERUSNYA DI HPAIC PADA AHAD 13 NOV 2011

Program Khas Laluan ke Puncakjaya (PKLP) yang diadakan di Hotel Depalma Ampang 9 Oktober baru ini berjaya menghimpunkan pengedar baru dan lama untuk mendengar amanat penting dari Pengarah Urusan 1 HPA Tn Hj Ismail dan Pemimpin kanan pengedar HPA Tn Hj Murad Abu Bakar dan Sdr Hafidzan Faudzi selaku Pengerusi SKEMA.

Hampir 700 peserta hadir yang rata-rata mengambil kesempatan ini untuk berpeluang meningkatkan jaringan pendapatan dan kebersamaan serta ilmu yang disampaikan oleh pemimpin-pemimpin MLMS HPA ini.

Slot pertama dimulakan oleh penceramah PJM Haji Murad yang menyampaikan Modul bertajuk Gempur Pasaran Radix.

Kemudian diikuti oleh Modul ke dua bertajuk Usahawan MLM Syariah yang disampaikan oleh PJM Hafidzan Fauzi.

Modul terakhir adalah mengenai Sinergi Herba yang di sampaikan sendiri oleh Tn Haji Ismail selaku Pengarah Urusan HPA Sdn Bhd. Beliau menekankan kehebatan akar Tongkat Ali sehingga kerajaan Malaysia mempatenkan herba Tongkat Ali ini sendiri di peringkat antarabangsa.





Sepanjang acara berlangsung diadakan pelbagai acara salingan seperti persembahan zikir munajat serta alunan nasyid dan beberapa cabatan bertuah kepada para perserta.


PKLP seterusnya akan diadakan di HPAIC Shah Alam pada hari Ahad 13 November 2011. Semua para pemimpin khususnya PJS dan PPJS diharap dapat menggempur penyertaan mulai sekarang. Pendaftaran boleh dibuat di mana mana cawangan berdekatan.