Showing posts with label makluman. Show all posts
Showing posts with label makluman. Show all posts

16 November 2011

PENAJAAN SEMULA AHLI YG TAK AKTIF BERMULA 1 JAN 2012

SYARAT PENAJAAN SEMULA AHLI


Permohonan untuk penajaan semula kini dibenarkan mulai 1 Januari 2012 kepada semua ahli HPA dengan syarat seperti di bawah.
  • Sekiranya seseorang ahli itu tidak maintain 50NM sekurang2nya sekali dalam tempoh selama enam ( 6 ) bulan daripada tarikh permohonan.
Cara permohonan penajaan semula:-
  1. mengemukakan surat rayuan penajaan semula
  2. menyertakan salinan kad pengenalan
  3. mestilah mengisi borang pendaftaran ahli baru
  4. mendapatkan pengesahan daripada pesuruhjaya sumpah
  5. penukaran penajaan hanya berlaku kepada individu yang memohon sahaja
  6. downline atau rangkaian di bawah tidak sama sekali boleh di pindahkan kerangkaian yang baru
  7. tertakluk kepada kelulusan dari pihak pengurusan HPA

17 March 2011

KULIAH MUAMALAH ISLAM DI HPAIC

Program Garis Panduan Syariah Dalam Jual Beli

KPA menjemput semua ahli HPA agar dapat hadir bersama rangkaian masing-masing ke Program Kuliah Muamalah Islam bertajuk "Garis Panduan Syariah Dalam Jual Beli" yang akan disampaikan oleh Pengerusi Panel Syariah Yg Berbahagia Al Fadhil Ustaz Ahmad bin Ali pada hari Jumaat 18 MAC ini bermula selepas solat Maghrib berjemaah di HPAIC SHAH ALAM.


Program Terbuka Untuk Semua (Ahli dan bukan ahli Hpa)

12 January 2011

SISTEM AGEN STOK SECARA ONLINE

Insyallah program perisian baru sistem agen stok online sudah memasuki fasa akhir dalam penyiapan. HPA akan melaksanakan berperingkat mulai Mac 2011 dan dijangkakan seluruh agen stok akan menggunakan perisian tersebut menjelang Jun 2011.

Sehubungan dengan itu agen stok di sarankan memliki dan memahirkan penggunaan komputer bagi memastikan perjalanan perisian tersebut berjalan dengan lancar.

Kelengkapan yang perlu di sediakan
1. Set komputer atau notebook
2. Anti Virus yang high kapasiti bagi tujuan mengelak dari serangan virus, spam dsbnya.
3. Printer utk isu inbois, lapuran dsbnya
4. Sistem internet broadband atau talian strymx atau lain talian.

Koperasi Wahida juga ada menyediakan perkhidmatan jual beli secara ansuran dan sila hubungi koperasi sekiranya tuan dan puan berhajat.

sumber dari blog GM

07 January 2011

KPA kembalikan PBC kepada Komuniti mengikut Zon.

Perjumpaan para PJS, Pelapis PJS dan Wakil Komuniti di Cawangan Bangi malam tadi sebulat suara menerima cadangan program PBC akan dikembalikan pengurusannya kepada komuniti mengikut Zon..

Zon 1: Bangi, Serdang, Kajang, Ulu Langat, Sepang dan Putrajaya.
Ketua: PJS HAFIDZAN FAUDZI

Zon 2 : Tg Malim, Kuala Kubu Baru, Serendah, Rawang, Sg Buluh dan Petaling Jaya:
Ketua: PJS JAMALUDDIN YEOP MAJLIS.

Zon 3 : Bentong, Gombak, Ampang, Wangsa Maju, Chow Kit dan Tasik Permaisuri.
Ketua: PJS AHMAD AZAM JAAFAR

Zon 4 : Puchong, Shah Alam, Klang, Bukit Tinggi dan Banting.
Ketua: PJS US SAFUAN PAMIDI / PJS US ASRI ZAKARIA

Zon 5 : Kuala Selangor, Tg Karang, Sg Besar, Sabak Bernam dan Simpang Empat.
Ketua: PJS FAUZANI ABDUL RAHIM.

Zon 6 : Ipoh, Taiping, Sri Iskandar, Manjong dan Teluk Intan.
Ketua: PJS CIKGU SANI

Setiap Ketua Zon yang telah dilantik bolehlah menyusun jadual program PBC bulanan mulai sekarang dengan memaklumkan kepada Ketua Unit Latihan KPA: PJS HJ ROSMANDI bagi tujuan penyelarasan..

Manakala program MEGA PBC pula akan diteruskan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali yang akan dikendalikan pengurusannya oleh Jawatankuasa KPA dan Jawatankuasa Kelab Pelapis KPA.

MEGA PBC akan melibatkan pengurusan syarikat seperti PU, GM dan Panel Syariah. Manakala PBC biasa cuma diisi oleh para PJS dan Pelapis PJS dan dikendalikan oleh sekurangnya 3 orang PJS dengan minima 30 peserta.
/

16 June 2010

PROGRAM DIAGNOS & KAUNSELING

Insyallah, bersempena dengan KPJ yang akan disampaikan oleh Rektor KPJ; Tn Hj Ismail bin Hj Ahmad pada 17hb JUN d Hotel D Palma Ampang, pihak UNIT HERBALIS akan mengadakan Sessi Diagnos dan Kaunseling seperti maklumat di bawah ini:



Sebagai satu usaha untuk membantu mereka yang ada masalah kesihatan dan ingin mendapatkan perawatan yang sewajarnya, adalah dijemput untuk datang awal dan berjumpa dengan herbalis yang bertugas.

18 May 2010

BANGUNAN HPA INTERNATIONAL CENTER

Sebenarnya saya d beritahu tentang lawatan ke bangunan HIC ini hanya pada masa terakhir oleh PJM Cikgu Murad. Saya pun bergegas membawa camera dan keperluan untuk mesyuarat dengan REKTOR KPJ pada sebelah petangnya d HPA Halal Mart yang terletak dalam The MINES.


Ini merupakan permulaan baru bagi HPA bersama seluruh warganya, di anugerahkan ALLAH SWT dengan sebuah bangunan yang kedudukannya sangat strategik seperti berada "dalam syurga" kata Ustaz Mad (Cina) semasa diminta oleh PU untuk memberikan sepatah dua kata.

PU Bersama pegawai dari TTDI NAZA, PJM Murad, Herbalis Hj Zakaria
Bersama Dato Alias dari Hotel D Palma
Wakli daripada Thailand

MESYUARAT AWMIT DI HPA HALAL MART, THE MINES


11 May 2010

DIAGNOS & KAUNSELING

UNIT HERBALIS KPA di bawah BIRO PROGRAM akan mengadakan SESSI DIAGNOS DAN KAUNSELING sebelum PROGRAM KPJ yang akan diadakan pada malamnya.


SESIAPA yang ada masalah kesihatan dan perlukan nasihat dan kaunseling daripada HERBALIS TERLATIH dan MAHIR sila datang awal ke lokasi yang tertera di bawah



PRODUK HPA DIBERHENTIKAN






08 April 2010

KURSUS BEKAM ALHIJAMAH APRIL'10

Satu kursus Bekam Al Hijamah akan di adakan di bawah kendalian Herbalis Ramly seperti butiran di bawah;

TARIKH: 25hb APR 2010 [Ahad]
MASA: 9 PAGI hingga 5 PETANG
TEMPAT: Pusat Latihan & Rawatan holistik Nuruliman. Bt9 Cheras. Selangor.
YURAN KURSUS: RM300/= [Termasuk 1 set alat bekam 12 mangkuk lengkap]

Sesiapa yang berminat untuk mempelajari ilmu warisan Sunnah ini sila hubungi:

Pengurus: Cik Iema
Telefon: 03 - 9074 3680[pjbt]; 013 - 966 3184.

Makan tengahari dan sijil penyertaan disediakan.
DAFTAR SEGERA SEBELUM 21hb APRIL.

14 March 2010

UNTUK MU HERBALIS

Di harap semua HERBALIS dalam zon KPA dapat menghubungi Ketua Unit IT & Multimedia (PJS Jamaludin YM: jymhpa@yahoo.com) @ saya Herbalis Ramly Ahmad (hamba_6640@yahoo.com)dengan memaklumkan alamat emel; blog peribadi yang berkaitan aktiviti perawatan anda untuk kami senaraikan dalam blog KPA sebagai membantu ANDA semua dalam mempromosikan tempat perawatan ANDA.

03 March 2010

UNTUK RENUNGAN

Fakta yang disampaikan oleh Pengurus Besar AWM semasa taklimat PROGRAM GEN2 di MESJID AL GHUFRAN TTDI pada 15hb FEB 2010 yang lalu.



Jumlah Pengedar HPA : 600,000 orang
Jumlah yang aktif (dapat bonus) : 40,000 orang (6.6%)
Jumalah pengedar setia (istiqomah) : 8,000 orang (150 org drpd nya PJS)
Jumlah yang terlibat dengan komuniti : 1,000 orang

KESIMPULANNYA: CUMA 1,000 ORANG SAHAJA YANG BENAR-BENAR MENGGERAKKAN KOMUNITI DAN KUMPULAN MASING-MASING UNTUK MEMBANTU HPA MENJUAL PRODUK DI PASARAN SETIAP BULAN.

ADAKAH ANDA DI ANTARA 1,000 ORANG YANG BENAR-BENAR SEBAGAI PEJUANG (DAIE) BAGI HPA.

KALAU BUKAN SEKARANG BILA???

GEMBELING JUAL PENAPIS AIR DEW

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PJS



Berikutan dari mesyuarat AJK KPA, beberapa PJS dengan En Fisal Ahmad Tajuddin (Bapak Angkat Pengedar Zon Tengah) di HPA bangi pada 12hb Feb yang lalu, Presiden KPA; PJM Hafidzan menegaskan untuk mencapai penjualan RM20juta/bulan dalam masa terdekat, beliau menyarankan supaya setiap PJS dan kumpulan mereka dari setiap zon Utara, Timur, Tengah, Selatan dan Borneo menjual 100 unit penapis DEW mulai 1hb Mach 2010 dengan serentak.


Beberapa hari yang lalu, pengedar-pengedar telah dikejutkan dengan penurunan harga produk minuman berkabonat. Ini adalah disebabkan HPA telah memiliki KILANG BOTOL MINUMAN sendiri dan dengan itu mampu bersaing dalam pasaran yang di monopoli oleh bukan ISLAM