
SEKRETARIAT ini ditubuhkan sebagai penyelaras segala aktiviti yang dilakukan di dalam ZON TENGAH (PERAK, WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR) agar berbetulan dengan kehendak HPA. Kerjasama yang erat diharap dari semua pihak samada daripada pihak pengurusan zon, cawangan dan pemimpin-pemimpin agar mengutamakan matlamat syarikat daripada kepentingan peribadi. KESATUAN HATI dan FIKRAH akan menghasilkan KEJAYAAN UMMAH dalam memartabatkan PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA. 1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH
24 July 2010
500 hadiri KPJ bersama PU di Ampang
KPJ yang diadakan semalam di Hotel Depalma Ampang mendapat sambutan luar biasa dari pengedar di Lembah Klang. Walaupun peringkat awal kehadiran kurang tetapi sehingga jam 10 malam semua kerusi di dalam dewan dipenuhi bukan sahaja para pengedar yang setia tetapi juga dihadiri para tetamu dari Kemboja.
Pengarah Urusan Tn Hj Ismail sedang menyampaikan kuliah sambil memperkenalkan produk yang baru dikeluarkan iaitu Aren Syrup.
Para PJS KPA, GM dan AGM bersama Pengarah Urusan bergambar sambil memperkenalkan produk khususnya produk Melaka Halal Hub yang baru dipasarkan oleh HPA.
Seorang peserta sedang memberikan testimoni kesembuhan setelah mengamalkan 3D, Omega3, Madu Radix dan Kopi Radix.



