27 August 2010

Jemputan Ke Majlis Iftor di Cawangan Rawang hari ini..



Alhamdulillah setakat ini KPA melalui Komuniti Cawangan telah mengadakan dua kali Majlis Iftor (Berbuka Puasa) iaitu di HPA Cawangan Kajang pada hari Isnin 16 Ogos dan di HPA Cawangan Klang pada hari Sabtu 21 Ogos.

Maka satu majlis Iftor Perdana yang akan dihadiri oleh wakil semua komuniti Cawangan HPA di Zon Tengah khususnya di Lembah Klang dan wakil syarikat dari Zon Tengah yang diketuai oleh Us. Ahmad Adnan Fadhil pada:

Tarikh : 27 hb Ogos 2010 bersamaan 17 Ramadhan 1431H

Hari : Jumaat

Tempat : Dewan dan Perkarangan Pejabat HPA Cawangan Rawang.

Tazkirah : Us. Ahmad Adnan Fadhil


Aturcara Majlis Iftor Perdana KPA di Caw Rawang:

5.00 ptg - 6.30 ptg : Perjumpaan Blogger komuniti KPA

6.45 - 7.20 mlm : Tazkirah oleh Us Mohamad Ibrahim (Pensyarah KPJ)

7.23 mlm : Berbuka puasa (Kurma & Minuman kopi radix/jus)

7.30 mlm : Solat Maghrib berjemaah

7.45 mlm : Jamuan Makan Nasi (Nasi Tomato & Ayam Organik masak merah)

8.35 mlm : Solat Isyak berjemaah dan Solat Tarawikh 8 rakaat serta witir 3 rakaat.

9.45 mlm : Bacaan Tahlil

10.00 mlm : Taklimat semasa oleh Presiden KPA & Penyampaian sumbangan kepada Anak Yatim, OKU.

11.00 mlm: Jamuan Moreh (bubur lambuk & kuih muih) dan bersurai


Semua PJS KPA, Pelapis PJS KPA, Wakil Komuniti dan semua pengedar berhampiran serta pembaca blog ini yang berkesempatan dijemput hadir.

Seterusnya selepas ini majlis Iftor KPA akan diadakan

pada hari Rabu 1 September di Hpa Cawangan Klang diikuti dengan Kuliah Perubatan Jawi oleh PJM CIKGU MURAD ABU BAKAR.

Semua pengedar khususnya yang berhampiran dijemput hadir.
/