09 February 2011

PJS US RAMIZU DINOBATKAN SEBAGAI DOTY 2010 - 2011.

PJS Us. Ramizu bin Abdullah bersama ibunya bergambar diatas pentas selepas dinobatkan sebagai Distributor Of The Year untuk tahun 2010 - 2011.

Konvek HPA, 5 Februari 2011 di PICC Putrajaya telah berlangsung dengan jayanya. Pelbagai acara diadakan seperti penyampaian anugerah, cabutan bertuah, pelancaran produk baru dan persembahan nasyid dari UNIC dan Munif Hijjaz. Tahniah diucapkan kepada Distributor of The Year HPA 2010 - 2011 iaitu PJM Ustaz Ramizu dan juga semua penerima anugerah. Semoga ia menjadi pembakar semangat kepada semua ahli HPA untuk berjuang mempromosi produk Halal HPA dengan lebih gigih lagi bagi merealisasikan sasaran mencapai jualan bulanan produk sebanyak RM 25 juta untuk tahun 2011.

Gerai jualan makanan juga turut dibuka diluar dewan PICC seperti Radix Fried Chicken, Radix Pizza House, Radix Chicken House, Radix Organic Recipe, Radix Oriental Cuisine, Aiskrim Toyyibah, promosi produk dari syarikat Melaka Halal Hub dan lain-lain.

Booth-booth seperti jualan produk baru HPA, buku, cenderamata, Koperasi HPA juga sentiasa penuh dikunjungi para ahli HPA dari seluruh Nusantara. Antara produk yang dijual:

  • Coklat Radix
  • Produk kosmetik dari Muslimah Skincare & Cosmetics Manufacturing Sdn Bhd (boleh beli online dari webhttp://www.mscm.com.my )
  • Jawi Energy Water Filter System
  • Teh Hijau
  • Radix Susu Kambing
  • Jam Tawaf HPA (jam tangan mengikut arah putaran tawaf dari kanan ke kiri)
  • Jawi Power Saver
  • Majalah IKON edisi ke2
  • Perfume Munif Hijjaz
  • Album Nasyid Hijrah dari UNIC
Untuk melihat lebih banyak gambar, sila ke web rasmi HPA di www.hpa.com.my/hpaic