27 June 2011

SHAMSUL KAMAL dilantik sebagai Penolong Setiausaha KPA



Mesyuarat KPA baru baru ini sebulat suara melantik PPJS Shamsul Kamal bin Idris sebagai Penolong Setiausaha KPA dan PJS Fauzani bin Abd Rahim sebagai Penolong Bendahari KPA berkuatkuasa sertamerta.

Menurut Presiden KPA PJS Hafidzan Faudzi perlantikan ini sudah sampai masanya memandangkan urusan kerja Kelab semakin banyak dan dapat meringankan bebanan tugas Setiausaha PJS Ismahali yang kini tenaganya bukan sahaja diperlukan di peringkat Zon malah tenaga sukarela beliau dimanfaatkan juga oleh syarikat untuk bertugas di luar kawasan seperti ke Sabah dan Sarawak..

En Shamsul Kamal lulusan Ijazah Pengajian Islam UM berpangkat Pelapis PJS bergerak aktif di Bandar Baru Bangi Selangor dan Senawang Negeri Sembilan telah pun terpilih mewakili pengedar HPA Malaysia bersama PJS Ismahali, PJS Rosmandi Ishak dan PJS Hj Khalid Iskri mengikuti Elite Team di Bogor Indonesia pada 13-15 Jan 2011. Beliau juga diamanahkan mengetuai Ketua Unit Penerbitan KPA sebelum ini.