14 November 2011

347 PESERTA PKLP DI HPAIC SHAH ALAM.

Pak Habib memulakan program dengan bacaan ayat suci Al-Quran.
Program Khas Laluan ke Puncakjaya (PKLP) buat kali pertama diadakan di Dewan Menara HPAic, Shah Alam bermula dari jam 7:30 pagi hingga 5:30 petang 13 Nobember 2011 dengan kehadiran peserta seramai 347 orang.


Pembentangan Modul disempurnakan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SKEMA disamping Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd dengan pembentangan 3 modul:


Modul 1 09:15 – 10:45 pagi: Gempur Pasaran Radix oleh PJS(PJM) Cikgu Hj Murad, Tim. Pengerusi SKEMA merangkap Presiden PERJAWI diikuti dengan soal jawab.
PJS SHAMSUL KAMAL dan PJS US SAFUAN PAMIDI gandingan mantap mempengerusikan majlis.

Modul 2 11:15 pg – 12:30 th: Gempur Bonus Radix oleh PJS(PJM) Hafidzan, Pengerusi SKEMA merangkap Presiden KPA diikuti dengan soal jawab.

Modul 3 2:15 ptg – 3:45 ptg: Gempur Kopi Radix, Vigor dan Pueraria oleh Yg Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd. Suatu pembentangan yang dinamik membuatkan setiap peserta merasakan kepuasan dan tidak berganjak sehingga pembentangan selesai. 


Seterusnya  2 IKON RADIX terdiri dari PJS ABDULLAH BIN ABDUL RAHIM dan PJS AZIZAH RAMLEE dijemput memberikan testimoni kesembuhan dan kejayaan bersama HPA.




Urusetia PKLP kali ke 11 di Hpaic bergambar selepas selesai program pada pukul 5.30 petang.


Aksi mencemaskan apabila Pengarah Urusan membuat demo kekuatan tulang belakang kepada PJS Cikgu Harulnizar yg telah 4 tahun mengamalkan kopi radix.. Ternyata tulang belakangnya mampu menahan tekanan lebih 100kg berat badan Tn Hj Ismail.