06 November 2011

SALAM AIDIL ADHA & SELAMAT BERKORBAN

KELAB PEMIMPIN ALWAHIDA (KPA) mengucapkan Salam Aidil Adha dan Selamat Berkorban kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia khususnya kepada semua warga HPA di Zon Tengah.
Sempena Hariraya Aidil Adha tahun ini HPA akan mengadakan Majlis Korban Perdana dengan kerjasama Surau Al Amin Seksyen 18 Shah Alam. Sehubungan dengan itu semua warga HPA dijemput hadir ke Majlis ini pada hari RABU 9 NOVEMBER bersamaan 13 ZULHIJJAH 1432. Penyembelihan & Agihan akan dilakukan di perkarangan Surau Al-Amin Seksyen 18. Jamuan makan akan diadakan selepas jam 12.30 tengahari. Semua dijemput hadir meraikannya.
Pada tahun sudah Majlis Korban HPA diadakan di Masjid Serendah bersama ahli kariah pada hari kedua 11 Zulhijjah. Kelihatan dalam gambar Presiden KPA Pjs Hafidzan Faudzi bersama Penasihat Komuniti Rawang Pjs Jamaluddin Yeop Majlis setelah berjaya menumbangkan seekor lembu untuk dikorbankan.