13 November 2011

MAJLIS KORBAN PERDANA HPA DI SHAH ALAM


Sebanyak 2 ekor lembu dikorbankan sumbangan Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail untuk jamuan tengahari bersama kakitangan HPA dan PKNS disamping pengedar / pemimpin HPA setempat.
Puan Zaimah AGM Pusat Operasi Zon Tengah turut hadir semasa kerja penyembelihan, melapah dan memasak daging korban berlansung dan tidak ketinggalan dengan kehadiran PJM Hafidzan Faudzi, PJM Cikgu Haji Murad dan Ust. Mohammed ‘Cina’ membuatkan kemeriahan Majlis tersebut lebih dirasai.




Diantara gambar-gambar disekitar Majlis Korban

Jamuan Makan daging korban yang telah dimasak diadakan pada sebelah petang bertempat didataran letak kereta Menara HPAic, Seksyen 13, Shah Alam dengan dihadiri oleh ramai keluarga HPA yang berkesempatan. Mereka yang hadir sempat ber Takbir Aidiladha beramai-ramai diketuai oleh PJS Ismahali selaku Pengerusi Majlis sebelum Jamuan Makan dihidangkan... Allahu Akbar.. Allahu Akbar...Allahu Akbar, Walillahil hamd.






Diedit dan dipos oleh: PJS Hj. Mohamad Ismail, PSD Kerinchi KL