15 November 2010

HALALKAH PENYEMBELIHAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MODEN?

Inilah logo rasmi Halal Jakim yang terbaru


Us. Mohd Amri (berbaju biru) bersama pegawai penyelidiknya

Penolong Pengarah Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal JAKIM, Ustaz Mohd Amri Abdullah sekali lagi dijemput untuk menyampaikan ceramah berkaitan bidang kuasanya di Menara HPAIC pada malam ini .

Kali ini beliau akan menyampaikan topik Persoalan Halalkah Penyembelihan yang dilakukan dengan menggunakan kaedah teknologi moden. Jemputlah hadir beramai-ramai.

Butiran lanjut adalah seperti berikut

Program : Teknologi Moden dalam Penyembelihan Halal
Tarikh: 15hb November 2010
Masa: 8.30 malam - 11.30 malam
Penceramah: Oleh : Ustaz Mohd Amri Abdullah
Tempat: HPA International Center, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Datang beramai-ramai bagi menambahkan pengisian ilmu.


Inilah ayam yang banyak dijual di pasaraya yang dimiliki oleh orang bukan Islam. TESCO pernah disaman RM1.6 juta kerana menjual ayam yang tidak disembelih seperti ini.
/