22 November 2010

Majlis Korban HPA Dan Jamuan Raya Aidil Adha

Majlis Korban dimulakan tepat jam 8 pg di Masjid Serendah pada 20 Nov 2010 (Sabtu) bersamaan 13 Zulhijjah 1431H.

HPA telah menyumbangkan 2 ekor lembu. Kerjasama antara Kariah Masjid Serendah, Kelab Peminpin Al Wahida dan Pengurusan HPA di ketuai Ust. Adnan Fadzil dan di bantu oleh AGM Pn. Zaimah.

Kehadiran sekitar 300 orang. Selain aktiviti memasak, acara pertandingan mewarna untuk kanak-kanak juga dijalankan. Jamuan makan selepas solat Zohor. Ust Ahmad Adnan telah menyampai tazkirah dan bonus stok Kiosk HPA Masjid Serendah sebanyak RM945.00 kepada Bendahari Masjid Nurul Iman.

Sebanyak 22 bungkus (1 kilo setiap bungkus) telah diagihkan kepada asnaf di kalangan masyarakat Serendah. Telah disampaikan oleh tuan nazir masjid iaitu Cikgu Abd. Rahman dan Ust. Adnan

Alhamdulillah, program selesai jam 3 petang. Terima kasih kepada semua Kakitangan HPA, PJS, Pelapis PJS, JK Komuniti Rawang dan Serendah, AJK dan ahli kariah Masjid Serendah serta semua yang menjayakan program Majlis Korban anjuran HPA.