SEKRETARIAT ini ditubuhkan sebagai penyelaras segala aktiviti yang dilakukan di dalam ZON TENGAH (PERAK, WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR) agar berbetulan dengan kehendak HPA. Kerjasama yang erat diharap dari semua pihak samada daripada pihak pengurusan zon, cawangan dan pemimpin-pemimpin agar mengutamakan matlamat syarikat daripada kepentingan peribadi. KESATUAN HATI dan FIKRAH akan menghasilkan KEJAYAAN UMMAH dalam memartabatkan PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA. 1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH
04 November 2010
Halalkah Produk Bergelatin pada hari ini?
Ahad 7 November 2010 akan diadakan seminar bertajuk "Halalkah produk yang dibuat menggunakan gelatin pada hari ini?" yang akan disampaikan oleh En. Mohamad Yakob bin Munshi Deen, Pengarah Urusan Halagel Sdn Bhd. Seminar akan bermula pada pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam. Datang beramai-ramai bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan kesedaran tentang halal haram makanan dan minuman.