13 November 2010

PELAN PEMASARAN HPA TERBAIK DALAM DUNIA PERNIAGAAN MLM

Presiden Kelab Pemimpin AlWahida (KPA) menerima cenderahati dari Penolong Pengurus Besar HPA Zon Tengah Pn. Zaimah Ismail selepas selesai Majlis Pemantapan Pelan Pemasaran HPA di Menara HPAIC di Shah Alam.



12 Nov di HPAic Shah Alam, Presiden KPA Pjs Hafidzan Faudzi menegaskan bahawa Pelan Pemasaran HPA adalah antara yang terbaik dalam perniagaan MLM di seluruh dunia. Alhamdulillah kehadiran adalah 150 orang di HPAic semalam.

Kelebihan yang terdapat dalam Pelan Pemasaran HPA

1. Bonus Kongsi Keuntungan Syarikat (Profit Sharing) pada BONUS PEMBELIAN STABIL, BONUS KEMAJUAN JARINGAN dan BONUS PENGARAH JATI SETIA.

2. Bonus Royalti / Pencen pada BONUS GENERASI PANGKAT dan BONUS PENGARAH JATI (EMAS / INTAN / MAHKOTA)

Menurutnya lagi walaupun struktur organisasi perniagaan MLM HPA ini berbentuk piramid, tetapi kaedah pemberian bonus HPA berbentuk piramid terbalik. Bermula dari 6% pada generasi pertama sehinggalah kepada 2% pada generasi ke 6 hingga ke generasi ke 10. Generasi ke 7, 8, 9 dan 10 hanya dibayar kepada PJS. Begitu juga bonus Generasi PJ dalan bonus PJE/I/M bermula dari 5% pada generasi 1 dan 1% pada generasi ke 5.

Beliau juga menjelaskan bahawa Kejayaan kita bukan bergantung kepada upline tetapi bergantung kepada sejauhmana kita dapat menguruskan downline dengan baik. Lagi besar Nilai Mata yang dikumpulkan oleh downline kita, maka besarlah bonus kita walaupun pangkat kita rendah. Sebaliknya walaupun besar pangkat kita, jika Nilai Mata yang dikumpulkan oleh dowline kita itu rendah maka rendahlah bonus kita.

Sebaiknya untuk mendapatkan bonus yang lebih besar Pangkat kita mestilah tinggi dan Jumlah Nilai Mata kumpulan kita juga mestilah besar.