23 December 2010

Dr Syed Haleem bekas tahanan Israel di HPAIC

Bersama Bekas Tahanan Israel


Seperti yang kita tahu Mavi Marmara merupakan kapal dari Turki yang membawa bantuan kepada umat Islam Palestin yang tertindas dan tidak cukup keperluan hidup. Ianya telah diserang oleh pasukan komando Zionis dengan alasan kapal tersebut membawa senjata yang merbahaya.

Oleh itu, pada 24hb Disember 2010 akan diadakan program "Bersama Bekas Tahanan Israel Yang Merawat Pengganas Di Atas Mavimarmara" yang bermula pada pukul 9 malam. Datanglah beramai-ramai bagi mendengar taklimat daripada mereka yang menjadi tahanan Israel. Semoga kita dapat mengambil iktibar dan menimbulkan kesedaran mengapa kita perlu menaikkan ekonomi umat Islam.