31 December 2010

KENALI JANTUNG KITA



•Jantung anda adalah otot ciptaan tuhan yg paling kuat bekerja dalam badan.

•Saiznya sebesar penumbuk sahaja.

•Tidak seperti otot, mata, mulut dan lain2 anggota, jantung bekerja siang dan malam tanpa henti. Jantung tidak mengenal erti jemu dan penat.

•Ia mula berdenyut ketika fetus berusia 8 minggu dalam kandungan ibu.

•Secara purata, jantung berdenyut sebanyak 2.5 bilion kali dan mengepam hampir 50 juta gelen darah apabila kita mencapai usia 70 tahun.

•Jantung berdenyut 100 kali seminit atau kira2 100000 kali sehari. Jantung uga mengepam lebih kurang 1900 gelen darah ke seluruh tubuh badan dalam jangka masa 24 jam.

•Jantung umpama karburator kereta, di mana tanpa karburator, kereta tidak akan mampu utk bergerak.

•Denyutan jantung juga adalah di luar kawalan kita. Ia bergerak tanpa diminta dan berhenti tanpa disuruh.

•Tisu khas pada jantung yg dikenali sebagai 'pacemaker' adalah penggerak utama denyutan jantung.

•Jantung mengalirkan darah ke seluruh badan dan juga kepada jantung itu sendiri.

•Jantung mendapatkan bahan tenaga pukal berbentuk oksigen dan gula dari salur darah koronari pada permukaan jantung.

•Terdapat 3 salur darah koronari utama pada jantung kita yg mempunyai kebarangkalian tersumbat.