03 December 2010

PERHATIAN KEPADA PELAPIS PJS UNTUK PROGRAM 14-15 DIS

Info terkini mengenai program Pelapis


Perhatian dan peringatan kepada semua presiden kelab dan peserta program :-

1 - Kehadiran peserta adalah WAJIB. Penggunaan proksi atau wakil adalah tidak dibenarkan sama sekali. Potongan bonus akan dibuat kepada peserta sekiranya gagal hadir pada hari program.

2 - Hanya peserta yang layak sahaja yang dibenarkan mengikuti program.

3 - Pemarkahan merit akan diberikan kepada peserta yang komitmen dalam program. Pemarkahan merit diberikan seperti yang berikut :

i - Program Zon : 3 point akan diberikan

ii - Program National - 10 point akan diberikan

Pemarkahan ini akan melayakkan seseorang itu menjadi PJS Regular.

4 - Etika pakaian peserta semasa program adalah seperti yang berikut :

Lelaki :
Kemeja berlengan panjang
Jaket atau Blazer berwarna hitam
Berseluar panjang hitam
Berkasut hitam

Perempuan :
Baju kurung atau Jubah
Bertudung hitam
Kasut bertutup
Memakai stokin berwarna hitam

5 - Setiap peserta juga dikehendaki membawa sejadah masing-masing pada hari program tersebut.

6 - Senarai penginapan para peserta Pelapis PJS adalah seperti yang berikut :

i - Homestay (Laguna Merbok)

ii - El Zahraa Hotel, Lagenda Height

iii - 3G Hotel, Taman Lagenda Indah

iv - Casa Lagenda Hotel, Lagenda Height.

Sila hubungi pegawai bertugas, En Khidhir Othman (019-4582205) pada hari pendaftaran.

7 - Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi En Kamal (013-4804717) dan Cik Normalina (019-2212073).