SEKRETARIAT ini ditubuhkan sebagai penyelaras segala aktiviti yang dilakukan di dalam ZON TENGAH (PERAK, WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR) agar berbetulan dengan kehendak HPA. Kerjasama yang erat diharap dari semua pihak samada daripada pihak pengurusan zon, cawangan dan pemimpin-pemimpin agar mengutamakan matlamat syarikat daripada kepentingan peribadi. KESATUAN HATI dan FIKRAH akan menghasilkan KEJAYAAN UMMAH dalam memartabatkan PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA. 1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH
01 July 2011
MAJLIS PERASMIAN KILANG BARU KOPI RADIX DAN MAJLIS PENERANGAN TENTANG HIBAH PJS TAHUN INI
Rabu 6 Julai 2011 jam 3.00 petang sebuah lagi kilang automatik Kopi Radix akan dirasmikan oleh Pengarah Urusan bersama para PJS dari seluruh Malaysia dan Indonesie di kawasan MIEL Jejawi Sematang Arau Perlis. Semua pengedar dan orang ramai boleh menghadirinya bagi menyaksikan upacara perasmian ini.
Sebelum ini kilang yang memuatkan 10 mesin automatik telah pun beroperasi sejak 2 tahun sudah tetapi masih tidak mencukupi permintaan yang semakin tinggi sehingga payah nak dapat bekalan di cawangan sejak 6 bulan kebelakangan ini kerana ianya telah pun ditempah lebih awal oleh para Agen Stok yang terdiri dari para pengedar HPA di seluruh Malaysia.
Akhirnya dengan kekuatan modal yg sedikit ditambah dengan kesabaran dan semangat juang yang tinggi di kalangan pengedar selama 6 bulan dapat juga disiapkan sebuah lagi kilang yang mempunyai 10 mesin automatik yang boleh mengeluarkan 400,000 sachet sekali pusingan (10 mesin x40,000) per hari bekerja (dari jam 8.30 pagi sehingga 5.30 ptg). Jika dilakukan 2 shift sudah tentu pengeluarannya menjadi 800,000 sachet sehari (40,000 kopi papan).
Ini bererti mulai bulan Julai ini pengeluaran kopi radix adalah 3 kali ganda dari yang sebelumnya. Untuk peringkat awal semua cawangan yang menjadi stesyen utama iaitu sebanyak 27 cawangan akan dibekalkan kopi radix dengan secukupnya.
6 cawangan di Zon Tengah yang menjadi stesyen utama ialah IPOH, RAWANG, HPAIC SHAH ALAM, AMPANG, KAJANG DAN BANGI.
Cawangan- cawangan yg lain di Zon Tengah yang terus beroperasi tetapi belum menjadi stesyen utama ialah seperti MANJUNG, SRI ISKANDAR, TELUK INTAN, SIMPANG EMPAT, TG KARANG, TG MALIM, SUNGAI BULUH, DEPALMA AMPANG, JLN RAJA LAUT, WANGSA MAJU, SRI PERMAISURI, SUNWAY, KLANG, BUKIT TINGGI, BANTING. PUCHONG dan SERDANG.
MALIS PENERANGAN TENTANG HIBAH PJS TAHUN INI. pula akan diadakan pada hari yang sama di sebelah pagi di Dewan Amir Ramadhan Kompleks Al Wahida di Jalan Jejawi Dalam Arau Perlis. Oleh itu sebagai ingatan kepada semua para PJS walaupun telah dimaklumkan melalui sms oleh Presiden dan SU KPA agar dapat menghadirkan diri lebih awal kerana penginapan disediakan oleh pihak urusetia di Jejawi. Sila laporkan kehadiran yang memerlukan penginapan kepada En Kamal Ismail Penolong Pengurus Pemasaran AWM.
Berikut adalah tentatif untuk program berikut
Tarikh: 6hb Julai 2011
Jam: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi: Kangar, Perlis
Tentatif Ringkas
8.00 pg : Pendaftaran dan Bacaan Matsurat
9.00 pg : Ucapan dan Pembukaan oleh Pengarah Urusan
9.30 pg : Taklimat mengenai akujanji oleh PANEL (GM dan Panel Syariah)
11.30 pg: Rehat dan makan t.hari
1.30 ptg: Solat Zuhur berjemaah
3.00 ptg: Bertolak ke Kilang GMP Jejawi Perlis untuk lawatan dan perasmian Kilang Kopi dan Dapur Segar
4.00 ptg: Penutup
*perubahan tentatif akan di maklum kemudian
Pakaian
Jaket Hitam
Kehadiran wajib untuk semua PJS dan PELAPIS
Semua GM danAGM di wajibkan hadir
Sebarang pertanyaan sila hubungi En Kamal 0134804717, Cik Malin 0125298179 dan En Shamsani 0193801885