15 July 2011

AJK KPA kongsi pengalaman di Cawangan Ipoh.

Rombongan KPA bergambar bersama komuniti Ipoh sempena lawatan sambil perkongsian pengalaman pimpinan KPA.

Isnin 11 Julai, pimpinan KPA diketuai oleh Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha dan semua ketua zon mengadakan lawatan sambil memberikan sedikit motivasi dan perkongsian pengalaman kepada para pengedar yang menghadiri kelas mingguan di dewan kuliah Cawangan Hpa Ipoh. Mereka terdiri daripada Pjs Hafidzan Faudzi, Pjs Rosmandi Ishak, Pjs Ismahali, Pjs Jamaluddin Yeop Majlis, Pjs Ahmad Azam Jaafar, Pjs Fauzani Abd Rahim dan Pjs Us Safuan Pamidi. Manakala Pjs tempatan yang hadir ialah Pjs Hj Jamaluddin Mohd Noor, Pjs Cikgu Sani Ibrahim, Pjs Nik Ahmad Shaikhan dan Pjs Abdul Jalil. Majlis dipengerusikan oleh Pelapis Pjs Rahaizan Mohd Noor dari Manjung Perak.

Dalam mesyuarat bersama komuniti Ipoh selepas itu, kelas mingguan yang telah ditetapkan oleh Komuniti akan diteruskan pada setiap hari Jumaat malam dan para pimpinan Kpa akan hadir sebulan sekali mengikut jadual yang akan dibuat oleh Sekteriat Latihan KPA selepas ini selain dari jemputan khas komuniti untuk menjemput mana mana pimpinan HPA dari seluruh Malaysia.

Mesyuarat bersama pada malam itu juga memutuskan pada hari Khamis 28 hb Julai ini akan diadakan Majlis Iftar (Majlis Berbuka Puasa Sunat hari Khamis) bersama Setiausaha Panel Syariah Ustaz Ahmad Adnan Fadhil dan jawatankuasa KPA yang kebetulan dalam perjalanan ke Program ESP2 Zon Utara di Sg Petani Kedah.

Program pada malam itu diakhiri dengan jamuan makan buah durian yang dibawa oleh Pjs Cikgu Sani dari Bukit Gantang.