08 May 2011

LAPORAN BERGAMBAR ESP DI AMPANG 2 MEI 2011

Dari pagi sehingga malam Pengarah Urusan Tn Hj Ismail mengisi program yg dibahagikan kepada 3 sesi. Sesi pagi, Sesi petang dan Sesi malam.

Dr Yusri Yahya turut mengisi slot di sesi pagi. Beliau mengupas tajuk Terapi Jiwa yang banyak menyentuh hati para peserta yg terdiri dari berbagai latar belakang berumur 18 tahun ke atas.

3 dari 5 IKON yang dibawa untuk ESP di Ampang. Mereka ialah dari kiri: PJS SYED SALEHUDDIN AL HADAD, PJS US JAMALUDDIN JUSUH ALHAFIZ dan PJS HJ RAHMAT DAIM. 2 lagi IKON yg duduk di bahagian wanita adalah PJS SITI HABIBAH YUSOF dan PJS NORHANI KONTING.

Kumpulan Nasyid UNIC turut menghiburkan peserta dengan mendendangkan terus lagu-lagu motivasi yg telah dialbumkan dalam album nasyid Hijrah keluaran HPA.

Peserta bertuah menerima hadiah utama JAWI WATER SYSTEM dari Pengarah Urusan HPA.

Selepas habis sesi pagi Tn Hj Ismail mengetuai lawatan ke Pasar ESP. Bermula dari gerai Melaka Halal Hub dan seterusnya..

Petugas Pasar ESP sudah bersiap dari awal pagi untuk menerima order pukal kopi radix dan 4 lagi produk utama dalam program ESP.

Satu lagi produk terbaru HPA yg juga diperkenalkan dalam Pasar ESP iaitu Minyak Enjin kereta berjenama HPALUBE.

5 IKON HPA yang diperkenal oleh Pengarah Urusan dalam program ESP di Ampang selepas masing-masing memberi kata-kata semangat dan berkongsi pengalaman diatas kejayaan mereka bersama HPA.

Kumpulan Dikir Barat dari Kelantan turut menghiburkan peserta dan berjaya menghidupkan suasana bila mengemukakan kuiz diakhir persembahan dan memberi hadiah berupa album cd mereka.

Tn Hj Ismail bersama VVIP mengetuai nasyid doa waktu Dhuha sebelum majlis bermula.

Acara cabutan bertuah bermula dengan GM En Mohd Faisol memulakan cabutan. 10 hadiah bertuah disediakan. 1 unit Jawi Water Filter, 2 Jam Tawaf Hpa dan 7 set alatan bekam.

5 IKON ESP HPA diberi penghormatan menandatangani poskad HPA kepada semua peserta untuk mendapatkan hadiah misteri...


Presiden KPA Pjs Hafidzan Faudzi mengetuai para peserta membaca ikrar ESP di awal sesi pagi.

Tn Hj Ismail di sesi malam menyampaikan Kuliah Perubatan Jawi khas untuk ESP. KPJ pada sebelah malam ini dibuka penyertaannya secara percuma kepada orang ramai.