23 May 2011

Mesyuarat KPA putuskan PBC ditangguhkan untuk memberi laluan kepada ESP dan BESP


Mesyuarat KPA yang diadakan di HPAIC Shah Alam pada 20 Mei 2011 seiya sekata bersetuju semua program PBC di Zon Tengah khususnya di Lembah Klang ditangguhkan dulu sehingga program ESP dan Bengkel ESP selesai diadakan. Ini kerana menurut Presiden KPA Pjs Hafidzan Faudzi, bila bengkel ESP diadakan nanti, ianya benar benar telah menggantikan program PBC. Semua PJS nanti akan dilibatkan sebagai MENTOR dalam program Bengkel susulan selepas program ESP.

Bengkel pertama selepas ESP ialah Bengkel Kepimpinan dan Keusahawanan MLMS yang akan diadakan di HPAIC pada hari Ahad 29 Mei ini. Mereka yang dipilih sebagai MENTOR untuk benkel pertama yang akan mengikuti kursus bengkel bersama Pengarah Urusan di Sungai Petani hari Selasa 24 Mei ini dari KPA yang telah diputuskan ialah:
1. PJS HAFIDZAN FAUDZI
2. PJS ROSMANDI ISHAK
3. PJS MURAD ABU BAKAR
4. PJS KHALID ISKRI
5. PJS MARJUNI SALLEH
6. PJS JAMALUDDIN MD NOR (PERAK)
7. PJS ISMAHALI
8. PJS SAFUAN PAMIDI
9. PJS FAUZANI ABDUL RAHIM
10.PJS JAMALUDDIN YEOP MAJLIS

Mesyuarat juga memutuskan jadual kelas mingguan akan disusun semula oleh Unit Latihan KPA Pjs Rosmandi dalam tempoh 2 minggu dari sekarang. Hanya 8 tempat dikekalkan Kelas Mingguan di Lembah Klang iaitu:
1. Cawangan Bandar Baru Bangi (Rabu)
2. Cawangan Wangsa Maju (Isnin)
3. Cawangan Ampang (Selasa)
4. Cawangan Rawang (Selasa)
5. Cawangan Klang (Rabu)
6. Cawangan HPAIC Shah Alam (Jumaat) - Kelas akan diadakan di Tingkat 10
7. Cawangan Tanjung Karang (Jumaat)
8. Cawangan Gombak / Batu Caves. (Rabu)

Mesyuarat selama 3 jam bermula jam 9 malam sehingga 12 malam yg turut dihadiri oleh PJS Hj Khalid Iskri dan wakil komuniti cawangan turut membahaskan isu penajaan semula yg telah diputuskan bersama Pengarah Urusan, GM, Panel Syariah, Pjs Syura dan Wakil Pelapis Pjs setiap kelab baru baru ini. Presiden KPA menjelaskan semula bahawa penajaan semula yang tak dibenarkan ialah penajaan rangkaian. Hanya individu sahaja yang boleh ditaja semula jika individu berkenaan tidak pernah aktif sejak 2007 dan menjadi ahli pada tahun 2007 kebawah. Jika individu berkenaan mempunyai rangkaian, maka rangkaian lamanya itu tidak mengikutinya tetapi akan di pass up kepada penaja lamanya dulu. Individu yg ditaja semula itu akan mendapat no keahlian baru dan kembali zero.

Mesyuarat juga dengan rasminya telah melantik PJS HJ JAMALUDDIN MD NOOR dari Manjung menjadi AJK KPA sebagai Ketua Zon Negeri Perak berkuatkuasa serta merta.

Presiden juga mengumumkan bahawa Setiausaha KPA yang baru dilantik En Ismahali telah pun dilantik sebagai Pengarah Jati Setia berkuatkuasa urusniaga bulan Mei 2011. Semua ahli mesyuarat mengucapkan TAHNIAH kepada PJS MOHD ISMAHALI BIN HJ ISMAIL yang baru-baru ini menerima Anugerah Pusat Jualan Terbaik dan juga sebagai Pelapis Pjs Terbaik. Beliau juga kini merupakan Pengerusi Tetap Program ESP di seluruh Malaysia.