SEKRETARIAT ini ditubuhkan sebagai penyelaras segala aktiviti yang dilakukan di dalam ZON TENGAH (PERAK, WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR) agar berbetulan dengan kehendak HPA. Kerjasama yang erat diharap dari semua pihak samada daripada pihak pengurusan zon, cawangan dan pemimpin-pemimpin agar mengutamakan matlamat syarikat daripada kepentingan peribadi. KESATUAN HATI dan FIKRAH akan menghasilkan KEJAYAAN UMMAH dalam memartabatkan PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA. 1 HPA 1 PERJUANGAN 1 UMMAH
27 May 2011
Bengkel Keusahawanan MLMSyariah di HPAIC
Bengkel Keusahawanan MLMS adalah antara 5 Bengkel wajib yang diberi PERCUMA kepada peserta ESP. Oleh itu semua peserta ESP di seluruh Malaysia yang telah memperolehi sijil ESP bolehlah mendaftar secara percuma di mana-mana tempat yg diadakan bengkel ini yang akan dikendalikan oleh KPA, KPU, KPT dan KPS. Namun begitu para pengedar yang tiada sijil ESP juga boleh diterima jika ada kekosongan tempat tetapi dikenakan bayaran RM50.
Untuk Zon KPA, telah pun ditetapkan tarikh pada hari Ahad 29 Mei 2011 dan hari Selasa 31 Mei 2011. Peserta hanya diperlukan sebanyak 50 orang sahaja. setiap bengkel. Untuk bengkel pada hari Ahad 29 Mei ini telah pun penuh. Senarai peserta sila klik http://pusatoperasizontengah.blogspot.com/2011/05/nama-nama-peserta-bengkel-susulan-esp.html
Selebihnya boleh lah mendaftar mulai sekarang dengan Cik Atikah 019-4490082 untuk bengkel ini siri ke 2 pada hari Selasa 31 Mei 2011 juga di HPAIC SHAH ALAM.
Bengkel ini bertujuan untuk melahirkan seramai mungkin usahawan MLMS dengan mewujudkan program "Mentor Mentee" yang berkesan. Ini akan mewujudkan "Real Business" tanpa melibatkan proksi.
Para PJS yang telah mengikuti Kursus Bengkel di Sg Petani bersama Pengarah Urusan pada 24 Mei baru baru ini telah pun berjanji apabila mereka menjadi mentor nanti akan membimbing peserta di dalam kumpulannya selama 3 tahun walaupun bukan line mereka.
Tugas mentor ini termasuk dalam akad hibah PJS. PJS yang berpengalaman akan berusaha mendidik kumpulan baru ini untuk berjaya kerana ramai penajaan tidak di arah kemana langkah seterusnya sehingga mereka menjadi pengguna tetapi tidak menjadai usahawan.
Target program ESP ialah untuk melahirkan usahawan yang mendapat pendapatan 5 angka stabil dalam tempoh 3 tahun selepas mengikuti 30 bengkel kemahiran serta program yang difikirkan perlu untuk pengukuhan gerak kerja.
Mentor hendaklah mempunyai semangat yang tinggi untuk membantu orang dan tidak harus ada sifat "bias" dalam menyelesaikan skil komunikasi dan perlu mengetahui nilai yang boleh kita pegang.
Apa yang berlaku dalam PBC sebelum ini situasinya tidak "Real Business" lantaran tidak wujudnya usahawan pada penama yang berpangkat atau usahawan "instant" yang wujud dengan penanaman modal tinggi bagi membeli pangkat. Penyerapan roh perjuangan produk halal masih rendah dibandingkan situasi mengejar status dan pangkat yang akhirnya ahli-ahli HPA bukan sahaja kabur dengan perjuangan tetapi mereka lebih mengenali KOPI RADIX dari sebuah jihad ekonomi dalam HPA.
Oleh sebab itulah program Mentor Mentee diwujudkan untuk kesinambungan perjuangan ini seribu tahun lagi....
23 May 2011
Mesyuarat KPA putuskan PBC ditangguhkan untuk memberi laluan kepada ESP dan BESP
Mesyuarat KPA yang diadakan di HPAIC Shah Alam pada 20 Mei 2011 seiya sekata bersetuju semua program PBC di Zon Tengah khususnya di Lembah Klang ditangguhkan dulu sehingga program ESP dan Bengkel ESP selesai diadakan. Ini kerana menurut Presiden KPA Pjs Hafidzan Faudzi, bila bengkel ESP diadakan nanti, ianya benar benar telah menggantikan program PBC. Semua PJS nanti akan dilibatkan sebagai MENTOR dalam program Bengkel susulan selepas program ESP.
Bengkel pertama selepas ESP ialah Bengkel Kepimpinan dan Keusahawanan MLMS yang akan diadakan di HPAIC pada hari Ahad 29 Mei ini. Mereka yang dipilih sebagai MENTOR untuk benkel pertama yang akan mengikuti kursus bengkel bersama Pengarah Urusan di Sungai Petani hari Selasa 24 Mei ini dari KPA yang telah diputuskan ialah:
1. PJS HAFIDZAN FAUDZI
2. PJS ROSMANDI ISHAK
3. PJS MURAD ABU BAKAR
4. PJS KHALID ISKRI
5. PJS MARJUNI SALLEH
6. PJS JAMALUDDIN MD NOR (PERAK)
7. PJS ISMAHALI
8. PJS SAFUAN PAMIDI
9. PJS FAUZANI ABDUL RAHIM
10.PJS JAMALUDDIN YEOP MAJLIS
Mesyuarat juga memutuskan jadual kelas mingguan akan disusun semula oleh Unit Latihan KPA Pjs Rosmandi dalam tempoh 2 minggu dari sekarang. Hanya 8 tempat dikekalkan Kelas Mingguan di Lembah Klang iaitu:
1. Cawangan Bandar Baru Bangi (Rabu)
2. Cawangan Wangsa Maju (Isnin)
3. Cawangan Ampang (Selasa)
4. Cawangan Rawang (Selasa)
5. Cawangan Klang (Rabu)
6. Cawangan HPAIC Shah Alam (Jumaat) - Kelas akan diadakan di Tingkat 10
7. Cawangan Tanjung Karang (Jumaat)
8. Cawangan Gombak / Batu Caves. (Rabu)
Mesyuarat selama 3 jam bermula jam 9 malam sehingga 12 malam yg turut dihadiri oleh PJS Hj Khalid Iskri dan wakil komuniti cawangan turut membahaskan isu penajaan semula yg telah diputuskan bersama Pengarah Urusan, GM, Panel Syariah, Pjs Syura dan Wakil Pelapis Pjs setiap kelab baru baru ini. Presiden KPA menjelaskan semula bahawa penajaan semula yang tak dibenarkan ialah penajaan rangkaian. Hanya individu sahaja yang boleh ditaja semula jika individu berkenaan tidak pernah aktif sejak 2007 dan menjadi ahli pada tahun 2007 kebawah. Jika individu berkenaan mempunyai rangkaian, maka rangkaian lamanya itu tidak mengikutinya tetapi akan di pass up kepada penaja lamanya dulu. Individu yg ditaja semula itu akan mendapat no keahlian baru dan kembali zero.
Mesyuarat juga dengan rasminya telah melantik PJS HJ JAMALUDDIN MD NOOR dari Manjung menjadi AJK KPA sebagai Ketua Zon Negeri Perak berkuatkuasa serta merta.
Presiden juga mengumumkan bahawa Setiausaha KPA yang baru dilantik En Ismahali telah pun dilantik sebagai Pengarah Jati Setia berkuatkuasa urusniaga bulan Mei 2011. Semua ahli mesyuarat mengucapkan TAHNIAH kepada PJS MOHD ISMAHALI BIN HJ ISMAIL yang baru-baru ini menerima Anugerah Pusat Jualan Terbaik dan juga sebagai Pelapis Pjs Terbaik. Beliau juga kini merupakan Pengerusi Tetap Program ESP di seluruh Malaysia.
18 May 2011
BENGKEL ESP DI HPAIC 29 MEI
Seperti yang dijanjikan dalam program ESP, 30 bengkel dalam tempoh 3 tahun akan disediakan kepada semua ahli HPA dan diberi percuma 5 daripada bengkel itu kepada perserta ESP.
Bengkel pertama yang bertajuk Bengkel Keusahawanan MLMS akan diadakan seperti dalam jadual dalam poster di atas. Untuk pengedar yang berada di Zon Tengah Bengkel ESP yg pertama ini akan diadakan di Menara HPAIC pada hari Ahad 29 Mei 2011. Kepada ahli HPA yang membawa Sijil ESP mereka berhak mendapat yuran PERCUMA malah jika peserta belum berpangkat semasa menghadiri ESP dulu tak sempat membuat belian 150NM semasa program ESP boleh berbuat demikian semasa menghadiri Bengkel percuma ini.
Kepada mereka yang belum menghadiri program ESP boleh juga menghadiri program bengkel ini tetapi dikenakan bayaran RM50.00.
Adalah dimaklumkan bahawa Maintain 150 NM di Bengkel ESP hanya dibenarkan untuk PESERTA ESP yang telah menyertai Program ESP sahaja (bagi yang belum maintain), manakala bagi peserta baru perlulah menyertai Program ESP terlebih dahulu bagi membolehkan untuk maintain 150NM.
Program ESP yg terdekat akan diadakan di HPAIC pada hari Sabtu 11 JUN 2011.
16 May 2011
Ceramah "Ramadhan di Gaza"
TAJUK CERAMAH :
Catatan Ramadhan di Gaza(RADIG)
TARIKH :
21/5/2011(Sabtu)
MASA :
8.30mlm - 11.30mlm
TEMPAT : Dewan Menara HPAic Tingkat 1(atas pasaraya Halal HPAic)
PENCERAMAH : Haji Abdul Aziz Hj Abu Bakar
Masuk adalah PERCUMA.....
Serba Ringkas Penceramah :
Beliau merupakan Wakil NGO's MAPIM(Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia), beliau telah ke Gaza Palestin Ramadhan yg lalu, Beliau melihat sendiri kemusnahan dan penderitaan yg di alami oleh rakyat Pelestin. Beliau telah menjadi tetamu rasmi kerajaan Hamas, beliau berpeluang berjumpa PM Ismail Hanieyah dan sekarang mengumpulkan dana untuk pembinaan Masjid & HospiTal....
InsyaAllah dengan kehadiran anda, kita dpt membantu mengumpul dana tersebut dan membantu rakyat Palestin, saudara kita!!!
15 May 2011
KPJ DI RAWANG DAN KULIAH HADIS DI HPAIC
1. Kuliah Perubatan Jawi oleh Us. Mohamad Ibrahim di Hpa Cawangan Rawang pada hari Isnin 16 Mei 2011 bermula jam 8.30 malam sehingga 11.30 malam
2. Kuliah Hadis menggunakan kitab Bulughul Maram yang akan disampaikan oleh Us. Ahmad Adnan Fadhil Setiausaha Panel Syariah HPA di Dewan Utama Tingkat 1 Menara Hpaic Shah Alam pada hari Khamis 19 Mei 2011 bermula Solat Maghrib berjemaah sehingga jam 10.00 malam.
Semua pengedar HPA khususnya yang berdekatan dijemput hadir pada kedua-dua majlis tersebut diatas.
10 May 2011
4 ESP LAGI: IPOH, PENANG, KUANTAN DAN JOHOR BAHRU
PASAR ESP AKAN DI DIADAKAN PADA 14 MEI 2011 JAM 10.30 PAGI DI PASARAYA HALAL HPAIC BAGI MENGGANTIKAN ESP TERSEBUT
MOHON MAAF ATAS SEGALA KESULITAN YANG BERLAKU..
ESP seterusnya 14 MEI di Hotel Sri Malaysia Ipoh
Gunakan ESP sebagai peluang mencari rakan kongsi yang baik bersama HPA.
Itulah diantara ungkapan sulung Pengurus Besar AWM En Mohamad Faisol ketika membentangkan Target Perlaksanaan ESP di Hpaic malam tadi.
Menurutnya lagi HPA adalah sebuah perniagaan yang sangat unit kerana
1. Ianya membangunkan sistem MLMS.
2. Dibangunkan oleh pemimpin yang soleh, alim, cintakan agama, mempunyai semangat yang kental, mempunyai cita-cita besar untuk menuju kejayaan dunia dan akhirat.
3. Memperjuangkan produk halal dan toyyibah.
4. Sebuah perniagaan yang berasaskan herba dan bersumberkan Thibbunnabawi.
5. Mempunyai tonggak kepimpinan pengedar yang tak ada pada syarikat MLM yang lain.
Beliau memberikan kata kata semangat itu semalam sebelum Penceramah utama Presiden PERJAWI Pjs Hj Murad Abu Bakar. Cikgu Murad dalam kuliahnya yang bertajuk Pencucian dan Pengimbangan - Satu Falsafah Perubatan Herba Holistik sebelum itu menceritakan kelebihan produk Mocha Radix dimana Kekuatan Mocha Radix ada pada Koko, Kopi dan 7 herba yang digunakan.
Presiden KPA Pjs Hafidzan Faudzi juga turut memberikan kata-kata perangsang menceritakan pengalaman beliau bersama HPA sejak 1995 lagi di UPM. En Hafidzan menyeru semua pemimpin pengedar HPA di Zon Tengah ini supaya dapat menggempur program ESP seterusnya pada hujung minggu ini di Hotel Sri Malaysia Ipoh Perak pada hari Sabtu 14 Mei ini... Tiket ESP boleh dibeli disemua cawangan HPA di Zon Tengah..
Lokasi Hotel Seri Malaysia Ipoh
Lot 10406,Jalan Sturrock,Off Jalan Tambun,30350 Ipoh,Perak, Malaysia.
Tel : 05-241 2936
Fax: 05-241 2946
08 May 2011
LAPORAN BERGAMBAR ESP DI AMPANG 2 MEI 2011
Peserta bertuah menerima hadiah utama JAWI WATER SYSTEM dari Pengarah Urusan HPA.
07 May 2011
KPJ KHAS SEMPENA PASAR ESP DI HPAIC
Sempena Pasar ESP khas yang bakal diadakan di Pasaraya Halal Mall HPAIC pada hari Isnin 9 Mei 2011 ini, satu Kuliah Perbatan Jawi akan diadakan pada sebelah malamnya. Presiden PERJAWI PJM'S Tn Hj Cikgu Murad bin Abu Bakar akan menyampaikan Kuliah Perubatan Jawi di Dewan Utama Tingkat 1 Menara HPAIC Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam bermula jam 8.30 malam sehingga 11.30 malam.